[Tips Cantik] 5 Makanan untuk Kulit Sihat, Cantik & Berseri!
Teks: Norhana MarsomGambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan
kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan
kulit yang kita sering gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie
Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik
merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu
tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan?
Terdapat banyak langkah untuk
mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, hari ini kami mahu
berkongsi lima jenis makanan yang boleh bantu anda mendapatkan kulit
yang sihat, cantik dan berseri!
Lima jenis makanan tersebut ialah :
Salad
- Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kita. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Strawberry
- Secawan strawberry menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah berpotensi tinggi untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
Tomato
- Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.
Soya
- Kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.
Epal merah/hijau
- Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
Makanan-makanan di atas, sangat mudah didapati. Jom amalkan pemakanan yang sihat untuk kekal cantik dan berseri!
Bagi saya pula, saya mengamalkan pengambilan suplemen tambahan kerana saya adalah seorang yang sangat cerewet bab-bab makan. Ada beberapa jenis makanan yang saya tidak gemar makan iaitu sayur mentah, jadinya salad dah tentu-tentu TAK MAKAN. hehehe.
Jadi, pencegahan awal saya amalkan vitamin C, vitamin E, B complex serta ESP untuk kecantikan dalaman dan terserlah diluar.
Ingin cuba seperti saya, boleh hubungi saya di sini :)
ATAU
Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana