Petua Tradisional Hilangkan Jeragat
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Beberapa hari ini saya sering kongsikan berkaitan kecantikan kulit je kan? Bukannya apa, sejak-sejak umur menginjak ke angka 3 ni, saya semakin sedar kecantikan perlu dijaga lebih awal. Yelah, muda lagi tapi kulit muka dah ada bintik-bintik hitam a.k.a jeragat. Betul ni, tak tipu pun. Semua orang mengalaminya kerana kita terdedaah kepada pancaran matahari, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia dari produk-produk kecantikan.
Sambil-sambil blogwalking, saya terjumpa pula petua ini. Terima kasih ye kawan. Jom kita amalkan.
Petua 1: Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Mudah saja kan bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat jeragat ni. Tetapi semuanya bergantung kepada kerajinan anda juga ya. Yang penting, bersabar dan konsisten adalah kunci utama untuk tampil lebih sihat dan cantik.
Semoga dengan petua ini, anda semua dapat mengurangkan jeragat yang ada.

3 comments
Write commentsTerima kasih sudi datang sini..
ReplyWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Kecantikan.
ReplyTerima kasih sudi singgah..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana