Feeling Lost!!!
Teks: Norhana MarsomGambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sekali lagi, selepas 9 bulan. Kisah yang sama. Maaf kawan-kawan, saya belum bersedia lagi nak ceritakan kisah sebenar 9 bulan lepas itu. InsyaAllah doakan saya punya kekuatan itu, mohon diberikan kekuatan Allah s.w.t untuk saya ceritakan untuk dijadikan pengajaran untuk semua.
Kali ini, hari ini selepas 9 bulan pertama kalinya saya pergi ke pejabat pos dan bank bersendirian. Yang memandu, sudah semestinya encik suami. Dia tak bagi saya memandu lagi jauh-jauh.
Feeling LOST!!!
Ye, ini perasaan saya sekarang. Padahal saya hanya beratur je untuk buat pengeposan tetapi perasaan saya hanya Allah yang tahu. 9 bulan, ye 9 bulan. Sangat lama untuk saya berhadapan dengan situasi sebenar, kehidupan sebenar. Dalam 9 bulan tu, kehidupan saya hanya di dalam rumah, mengadap komputer riba saya ni, mengadap anak-anak, keluar jumpa orang-rang kampung tu perkara biasa. Selalu ke hospital pun, masih ditemani suami. Tak pernah lagi saya ditinggalkan bersendirian. Tak pernah!
Kali ini, kerana terpaksa. Encik suami tak berapa sihat jadi saya pergi selesaikan urusan bersendirian. Dia dan anak-anak dalam kereta. Jadi, apa yang saya buat untuk atasi perasaan itu?
1) Tarik nafas menggunakan Teknik Pernafasan Alfa 2 - 4 - 8 (2 saat tarik, 4 saat tahan dan 8 saat lepas). Teknik ini saya pelajari dari buku Law of Universal Attraction oleh Zuhairi Nopiah dan Amin idris.
2) Istigfar sebanyaknya, untuk saya lupakan perasaan takut tu. Alhamdulillah, legaaaaa sangat.
3) Saya sentiasa bercakap dalam hati "I can do it!"
Alhamdulillah, betul-betul lega perasaan tu. Akhirnya, saya boleh hadapi perasaan tu dengan tenang.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana