Tips Mengurangkan Bintik Hitam dari Dapur Anda!
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Kulit kita akan semakin berusia, semakin mengedut, mengeluarkan bintik-bintik hitam. Di sini saya berikan tips mengurangkan bintik hitam dari dapur anda.
1. Lemon
Jus lemon telah lama digunakan untuk menghilangkan dan mencerahkan bintik hitam di kulit muka. apa yang anda perlu buat ialah perah lemon dan ambil perahannya sahaja. Gunakan cotton buds, celupkan ke dalam perahan tadi dan sapukan terus di bahagian bintik hitam dua kali sehari.
2. Bawang
Bawang paling mudah didapati di dapur anda. Tetapi, tahukah anda bawang mampu mencerahkan bintik hitam di wajah anda? Bawang merah mempunyai bau yang kurang enak tetapi jusnya memberi khasiat dan manfaat kepada kulit wajah kita.
Hanya potong bawang merah, ambil jusnya atau kisar untuk dapatkan jus. Sapukan di bahagian bintik-bintik gelap atau di bahagian yang anda inginkan. Biar sehingga 10 - 15 min sebelum dicuci menggunakan air suam dan diikuti dengan pencuci muka anda.
Jika anda konsisten dan sentiasa mengamalkan tips ini, insyaAllah bintik-bintik hitam akan kurang kelihatan. Perlu diingat, petua yang menggunakan bahan semulajadi mengambil masa yang agak lama, jadi bersabar, bersabar dan teruslah bersabar untuk mendapatkan hasil yang pasti memuaskan hati anda!
Selamat mencuba kawan-kawan!
Sumber

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana