Teknik Pernafasan Alfa
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Minda yang segar dan tenang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membolehkan kita membuat segala keputusan dan berfikir dengan waras.
Kajian menyatakan 90 peratus daripada aktiviti harian kita diproses dalamminda segar. Fungsinya adalah mengawal jantung dan pernafasan ketika kita tidur. Perasaan marah yang tidak terkawal juga banyak dipengaruhi oleh minda segar. Malah, persepsi negatif kepada sesuatu juga adalah aktiviti minda segar.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari perkara-perkara yang negatif. Saya pun begitu juga, tapi bagaimana caranya kita nak elakkan dari yang negatif ini? Saya sering ingatkan pada diri saya, JANGAN MERUNGUT di dalam apa-apa situasi pun. Kalau boleh, cuba sehabis baik.
Cara lebih cepat berkesan adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alfa 2-4-8. Bagaimana tu?
Tarik nafas 2 saat, 4 saat tahan dan 8 saat lepas.
Tujuan pernafasan alfa ini adalah bagi mengembalikan minda kita ke gelombang alfa yang juga disebut sebagai gelombang ketenangan. Ini penting supaya kita dapat menggunakan minda segar dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan juga mengelakkan diri dari perkara negatif.
Tekniknya sangat mudah kan? Boleh di amalkan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja. Saya sering gunakan teknik ini ketika sedang resah, gelisah memikirkan sesuatu atau ketika sedang sakit. Ia sangat menenangkan saya.
Walau sakit tidak berkurang, sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kan. Teknik pernafasan ini saya pelajari dari buku Law of Attraction oleh En. Zuhairi Nopiah dan En. Amin Idris.
Haa buku ni. |
Banyak sangat yang saya pelajari dari buku ini. Memang bagus di manfaatkan oleh setiap dari kita. Kebanyakannya berkisarkan tentang cara kita menarik sesuatu itu dengan pemikiran kita. Sebab itu ia dipanggil Law of Attraction Magnet Kebahagiaan.
Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku atau boleh lawati www.zuhairinopiah.com.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana