5 Sebab Anda Perlukan Set Berpantang Shaklee
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Terlampau banyak set berpantang yang berada di pasaran sekarang ni. Ibu-ibu yang hamil mempunyai banyak pilihan dan tak perlu pening kepala nak cari set berpantang. Tetapi set berpantang apakah yang anda cari? Kesan yang bagaimana yang anda inginkan?
Jika saya dulu, saya tak tahu set bagaimana yang saya perlukan. Saya hanya mengikut peredaran masa sahaja. Hanya ikut apa yang mak beri (padahal tak ikut juga makan). Saya alergi dengan jamu. Bukan alergi kulit sensitif tapi alergi mengada-ngada (tekak tak boleh telan..jangan ikut saya ya).
Sebenarnya, ibu berpantang memerlukan set berpantang yang terbaik untuk menjaga kesihatan dalaman ibu-ibu. Ketika bersalin, kita telah menggunakan sepenuhnya tenaga untuk melahirkan zuriat kita. Banyak urat yang mengembang dan rahim juga membengkak.
Semasa anak pertama, saya hanya mengambil vitamin yang diberikan oleh pihak hospital dan jamu yang disediakan oleh mak bidan. Jamu itu pun saya makan ketika awal-awal bersalin sahaja sebab mak tolong buatkan. (hehehe, manja lebih). Selepas itu, hai-hai bai-bai je.
Semasa anak kedua pula, saya mengambil vitamin Shaklee sepenuhnya sejak hamil sehingga bersalin dan seterusnya berpantang. Malah diteruskan sehingga penyusuan 2 tahun, Alhamdulillah. (21/11/2014, cukup 2 tahun penyusuan susu ibu untuk anak kedua ini).
Saya dah merasa perubahan yang ketara jadi saya memang sangat sarankan ibu-ibu hamil mengambil set berpantang Shaklee. Kenapa saya sarankan ibu-ibu mengambil set berpantang Shaklee ini?
1) Badan bertenaga selepas bersalin.
Saya mengambil masa 45 minit untuk melahirkan anak kedua. Ini kiraan saya masuk ke bilik bersalin dan ketika ini bukaan saya hanya 4cm. Alhamdulillah, selepas 45 minit saya selamat melahirkan. Semasa doktor hendak menjahit luka saya, mereka mengambil masa satu jam setengah kerana didapati pangkal rahim saya koyak.
Ia boleh menyebabkan saya keletihan tetapi Allah sebaik-baik pertolongan, saya masih bertenaga sehingga ditolak ke dalam wad. Lepas keluar hospital, badan masih bertenaga sehinggakan mak tegur "tak macam orang bersalin". (Sangat berbeza dengan anak pertama).
2) HB kekal 12 ke atas.
Sepanjang kehamilan, hemoglobin saya kekal 12 ke atas kecuali semasa bulan puasa hb saya 10.5. Ini rekod terbaik bagi saya kerana masa anak pertama hb saya sering 9 ke bawah.
Bacaan HB sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah semasa melahirkan.
3) Kulit anak dan ibu cantik
Kulit anak cantik (rezeki dari Allah swt.) Saya mengambil ESP sepanjang kehamilan mencantikkan kulit muka saya dan juga anak yang lahir. Alhamdulillah.
4) Luka bersalin cepat kering.
Luka saya kering dalam masa seminggu. Alhamdulillah, berbanding anak pertama, luka saya kering selepas 14 hari bersalin.
5) Tiada SEMBELIT.
Ini paling saya takut ketika bersalin. Saya memang mempunyai masalah sembelit sejak anak dara. Tetapi dengan Shaklee, masalah sembelit saya langsung tiada. Bila hamil dan bersalin, saya masih memikirkan mungkin saya akan sembelit tapi siapa sangka tiada langsung masalah sembelit ini.
Paling seronok bila set berpantang ini boleh diteruskan sampai bila-bila kecuali hamil elakkan ambil Alfalfa complex.
Ini testimoni saya sendiri.
Bagaimana pula pengalaman kawan yang lain?
Baby yang dilahirkan besar tetapi luka cantik dan cepat sembuh. Malah tiada masalah sembelit. Ebm juga dapat dibekalkan untuk baby yang warded.
Berpantang sendiri dan masih bertenaga untuk jaga anak dan diri sendiri. Juga tiada masalah sembelit.
Lebih bertenaga, luka cepat sembuh, tiada sembelit, kulit muka cantik dan tiada masalah susu tak cukup.
Peringatan: Walaupun saya mengambil set berpantang dari Shaklee tetapi saya tetap berpilis, berparam dan berbengkung. Tidaklah saya melupakan kesemua cara berpantang itu, cumanya saya tambah vitamin dari Shaklee untuk kesihatan dari dalam.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana