Panggilan SPAM, Sila Berhati-hati!
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Panggilan SPAM ni memang dah berleluasa sangat kat Malaysia ni kan. Sebelum ni selalu baca dan dengar hal-hal begini terjadi pada orang luar. Hari ini nak kongsikan pada semua hal ni jadi pada adik saya.
Seriau pula bila baca mesej dia. Nampak macam saya kejam je cakap dia mamai kan. Dia ni memang jenis blur sikit. Banyak berangan. (Hehehe..jangan marah ye dik).
Risau juga kalau dia terlepas cakap, nasib baik dia sedar. Bahaya kan panggilan SPAM ni, kenapa mesti buat panggilan untuk minta nombor kad pengenalan dan sebagainya?
Apakah tujuan sebenar mereka? Orang sekarang ni, semua nak mudah. Nak kaya duit berkepuk, tapi buat cara yang tak sepatutnya. Macam sekarang ni lah, buat panggilan SPAM. Nak ada duit yang banyak, tapi MALAS usaha.
Asal nampak iklan gambar duit katanya
Tak perlu buat apa-apa, daftar sahaja tiap-tiap hari duit masuk.
Huii, berderet minta di "pm". Tidak terfikirkah anda, dari mana pula datang hasil duit tu tanpa berusaha? Tanpa bekerja? Duduk rumah goyang kaki?
Bercakap pasal duduk rumah goyang kaki, saya ni tengah goyang kaki ni kt bawah meja. Jari sedang menaip. Kalau tak goyang kaki di meja SOHO ni, saya goyang kaki atas katil sambil menyusukan anak sambil jari-jari ni membalas mesej dari pelanggan. Haa ni usaha tau.
Tidur pun beberapa jam sehari je. Saya perlu belajar macam-macam tentang bisnes yang saya ceburi. Berusaha bukan sekadar menaip mesej, mengadap fb, instagram sahaja tapi berusaha menjaga networking dengan Allah.
Kerana dari Allah lah duit saya datang. Kalau Allah tak izinkan, apa duit tu tiba-tiba boleh masuk dalam akaun?
Kalau yang sedang bekerja di pejabat-pejabat pula, mereka pun duduk goyang kaki kat meja kerja mereka. Berusaha siapkan tugasan yang diberikan oleh pengurus mereka (saya juga begitu dahulu).
Saya nasihatkan kepada anda supaya berhati-hati kalau ada dapat panggilan macam ni.
10 comments
Write commentseh panggilan spam pn ada? bahaya sggh skrg ye
ReplyBahaya org sekarang ni.. ish ish
Replymama kena sekali dulu.. haha, tapi malas nak layan... penipu banyak..
ReplyMama Niza
Ada Mila..kene byk berjaga2 dan alert sikit skrg ni..
Replykene alert kan..skrg ni nak angkat telefon rumah pun takut
Replybetul3..tu kita alert, tapi kalau jenis tak alert, habis laa smua maklumat dia beri..
Replymcm ni pun ada yer.senang2 nk dpt duit...
ReplyTerima kasih kerana kongsikan info berguna... Zumal pun pernah terima gak beberapa panggilan sebegitu. Memang bahaya...
Replyaah, buat keje mudah je mereka ni..
Replysetakat ni xpernah tapi kalau boleh tak nak lah dapat panggilan2 macam ni..takut kita tgh xsedar time tu kan
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana