Hati, Perasaan Penyebab Sakit
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Semalam saya ada tulis satu status di laman facebook saya berkaitan hati dan perasaan yang menyebabkan sakit.
"Orang yang suka berdendam, berkemungkinan mendapat fibroid"
Fuhhh! Menakutkan. Tetapi ini realiti sebab apa yang saya beritahu ini adalah hasil dari ceramah yang kakak saya hadir. Beliau beritahu dalam group whatsapp kami adik beradik. Ada banyak lagi, antaranya seperti di bawah:
- Sikap suka bertangguh - masalah tulang
- Buat kerja separuh jalan - masalah usus besar
- Was-was - masalah pankreas
- Keliru - kolesterol tinggi
- Suka cakap perkara yang orang tidak faham - tiroid
- Tidak kisah perasaan orang lain - masalah paru-paru
- Tidak boleh terima teguran - masalah jantung
- Terlebih ketawa atau tidak ketawa ketika orang buat lawak - tidak subur
- Satu solat yang ditinggalkan - akan ada vitamin yang berkurangan dalam badan dan lahirnya sikap negatif.
Cuba kita perhatikan setiap satunya, adakah kebenarannya? Saya akui bahagian solat, sangat sokong kerana solat ini adalah umpama senaman harian yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Jadi, bila kita banyak tak solat, mudah sakit dan bersikap negatif.
Jika anda ada merasa ragu, cuba hubungi Dr Norhissam Mustafa seperti di dalam gambar di bawah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana