6 Makanan Perbaiki Mood Anda!
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Kalau anda stress, anda cari coklat? Kalau anda letih, anda mahukan kopi? Pernahkah anda mengalami situasi ini? Haa inilah yang diberi maksud "makanan perbaiki mood anda"!
Saya suka cerita tentang makanan (sumber yang saya kumpulkan dari pembacaan saya), sebab manusia memang tidak lari dari makanan. Sokong? Cuba pergi mana-mana tempat, perkara pertama yang berada dalam fikiran anda adalah "makanan apa yang sedap di sini?".
Okay berbalik pada tajuk asal. Saya nak kongsikan kepada anda 6 jenis makanan perbaiki mood anda. Ringkas sangat.
1) Jika anda rasa: Marah
Kekacang - terutama walnut dan badam, ia mengandungi lignan dan asid lemak sihat yang boleh memberi kesan santai.
2) Jika anda rasa: Keletihan
Anggur - Semua jenis anggur mengandungi antioksidan yang meningkatkan tahap tenaga mental dan juga fizikal.
3) Jika anda rasa: Tertekan
Dark chocolate - Makanan yang mengandungi theobromine mampu menenangkan anda. Theobromine terdapat di dalam coklat.
4) Jika anda rasa: Kesakitan
Nenas - Tahukah anda bahawa, buah tropika mengandungi enzim bromelain (anti radang) untuk membantu mengurangkan keradangan dan mengawal sakit dan bengkak dari semakin serius.
5) Jika anda rasa: Bimbang
Air teh hijau - Minum air teh hijau boleh melegakan anda. Tahukah anda bahawa air teh hijau juga mengandungi theanine iaitu asid amino yang terbukti mempunyai kuasa menenangkan.
6) Jika anda rasa: Sedih
Kopi - Kombinasi 100 mg kafien dan susu membantu meningkatkan aktiviti neuron di dalam otak. Ia juga membantu anda melupakan kisah sedih anda buat sementara waktu.
Perbaiki mood anda supaya apa yang terjadi sepanjang hari adalah yang terbaik dan semoga dipermudahkan segala urusannya. Jika kita boleh perbaiki atau ubah mood dengan segala jenis makanan ini, kenapa perlu kita melayan mood kita bukan?
Asalkan ianya membawa perkembangan yang positif, itu yang terbaik bagi saya.
5 comments
Write commentsperkongsian yang menarik. kadang-kadang kita perlu rehatkan diri...
Replyterima kasih.
wah nice sharing :)
Replysalam perkenalan....selesai memollow kamu :)
Minum kopi time sedih? Elok ke?
ReplyYang bab letih dan sakit mmg tak tau..thanks for sharing
Replyjom blogwalkin
Cik Iman, minum secawan sahaja boleh tapi kalau bergelen2 kopi tak boleh..hehe..minum kopi kan menenangkan..santaiii je :)@Cik Iman
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana