Amalan Positif Setiap Pagi
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah pagi yang ceria hari ini. Caj positif saya pagi ini membuak-buak, penuh dengan aura positif yang tak mungkin saya siakan sepanjang hari.
Kepentingan caj positif?
Sangat penting kerana apa yang terjadi di awal pagi akan membawa kepada situasi atau keadaan kita sepanjang hari. Kita juga dapat menarik hal-hal positif dan menepis perkara negatif datang ke kita. Perasan tak, jika mood pagi anda sedih atau suram. Keadaan seharian anda juga suram.
Jadi, apa tips positif setiap pagi?
- Senyum sebaik sahaja bangun dari tidur.
- Lakukan solat subuh, lebih baik jika dapat laksanakan solat fajar.
- Membaca Yassin selepas subuh, jika tidak sempat baca sepotong ayat dan tafsirnya sekali adalah lebih baik berbanding tidak baca langsung.
- Zikir: Istigfar 300x, Selawat 300x, Ya Wahab 300-1000x, La Haula Wala Quwwata Illa Billah 100x.
- RCA - bercakap perkara yang anda ingin lakukan atau perkara-perkara positif di hadapan cermin.
- Solat Dhuha.
Ini adalah 5 perkara yang saya sering lakukan di awal pagi. Kalau satu hari tak buat, mood memang kelaut.
Jom kita sama-sama amalkan tips ini supaya hari-hari kita disirami dengan perkara-perkara yang positif dan baik-baik sahaja.
2 comments
Write commentstips terbaik..
ReplyMama Niza
TQ mama
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana