Air Detox
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Tiada dalam gambar: Hirisan halia |
Cuba teka apa yang saya nak buat? Hehe, takdelah teka sangat pun kan. Sebab tajuk dah ada dah. Sebenarnya ini entri tertunda. Saya dah buat air detoks ni hampir seminggu untuk suami. Ok jom baca apa itu detox dan air detox ni. Info dari sini dan sini.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.
Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Air detox atau "Infused water" adalah air yang diletakkan sama ada herba/sayuran atau buah-buahan agar air yang kita minum itu lebih berperasa. Ramai orang yang nak kuruskan badan menggunakan kaedah ini bagi memastikan mereka mampu minum air dengan banyak setiap hari.
Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum air detox ialah:
- meningkatkan tahap metabolisma
- menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
- membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
- meningkatkan mood
- mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam
Setakat ni saya cuma buatkan untuk suami air campuran halia + lemon + timun dan daun pudina sahaja. Untuk pengetahuan anda, resepi ini adalah untuk membantu sesorang itu mengempiskan perut yang buncit dan ia sangat membantu suami saya minum air masak yang mencukupi.
InsyaAllah, nanti nak cuba resepi lain pula.
6 comments
Write commentsHaha takde teka sangat eh? Kelakar la akak ni. Nad teringin nak amalkan detox water ni tapi pemalas sangat takleh nak buat
ReplyBuat nad, sedapppp..hehehe
ReplyWow...skarang ni memang feymes tau air detox homemade...aku pun berminat nak buat..cuma tak tau macam mane je..huhuuu
ReplySenang je buatnya..tak susah
Replykena cari daun pudina lah kalau gini, hihi
ReplyTakde daun pudina pun boleh nur as..kelebihan ada utk rasa yang segar...fresh gitu..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana