Mudahnya Menjemput Rezeki
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Semenjak berkecimpung dalam dunia Shaklee, saya tidak pernah lagi gagal diingatkan tentang amalan-amalan rohani, cara menjemput rezeki dari Ilahi. Mama Shaklee saya sering ingatkan tentang hal ini.
Malah saya tergerak hati nak aktif berkongsi tentang produk Shaklee juga adalah sebab saya hendak berubah ke arah yang lebih baik. Saya nampak perbezaan Kumpulan Jutawan yang dikelolakan oleh Mama Cery dengan MLM yang lain.
Mama Cery sering tekankan tentang solat taubat, solat dhuha, solat tahajud dan zikir-zikir yang lain. Sampaikan suatu masa, saya rasa betul-betul nak berubah dan saya berdoa jika dengan ber'Shaklee' saya boleh menjadi insan yang lebih baik, dekatkan lah ianya pada ku. Siapa sangka, ianya benar-benar terjadi.
Hari ini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari warga jutawan buat anda semua berkaitan mudahnya menjemput rezeki. Terima kasih Sha Mila kerana sudi berkongsi ilmu ini.
-------------------------------
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
- Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
- Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahk bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
- Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
- Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
- Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
- Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
- Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah. Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
- Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana. Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
- Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.
- Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
Selain dari itu, beliau juga beritahu 4 amalan surah yang perlu di amalkan setiap hari.
- Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
- Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
- Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
- Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Tak kenal maka tak cinta tak amal maka tak rasa
-------------------------------
Subhanallah, Masya Allah begitu hebatnya kuasa Allah, kita letakkan pergantungan kita pada Allah, InsyaAllah mudah menjemput rezeki.
Saya dah katam baca buku mudahnya menjemput rezeki. Semasa baca memang terasa getarannya. Ini baru baca, kalau saya pergi seminar ni, mendengar perkongsian setiap orang depan mata bagaimana pula perasaanya.
Siapa yang tak pernah ada buku ni, saya sarankan anda dapatinya di page Mudahnya Menjemput Rezeki dan jemput like page ini. Banyak sangat perkongsian yang baik-baik terdapat di sini.
6 comments
Write commentsbagusnya entri hana malam ni.. insyaallah semoga kita semua Allah akan bukakan pintu rezeki.. amin
ReplyMama Niza
Sekadar berkongsi maklumat yang dapat ni mama..InsyaAllah semoga dibukakan pintu rezeki buat kita semua.
ReplyGood sharing sis.. ija payah sungguh nk buat solat dhuha. Sbb kerja kan. Nk g lari jap pon dh kena panggil. Sedih
ReplyInfo yg bermanfaat...
ReplyIja, boleh mulakan dengan amal doa dhuha ija..pastu doa semoga diberi kesempatan masa untuk solat dhuha pula lepas ni.
ReplySemoga dapat dimanfaatkan..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana