Rahsia Kurus #1: Minum Air Masak 6-10 Gelas Sehari
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Bagi sesetengah orang, minum air masak adalah satu masalah yang besar sebab cirinya yang tida rasa, tiada warna.
Minum air masak 6-10 gelas sehari adalah lebih mudah berbanding 2 liter sehari. Nampak macam berbeza, tetapi sebenarnya sama. Saya lebih suka isi air ke dalam botol air 2 liter dan saya bawa ke mana-mana saya pergi. (Jangan ikut cara saya jika anda bukan suri rumah sepenuh masa)
Jika kita kelaskan sesuatu itu kepada jumlah yang lebih kecil, ia memberi signal kepada otak bahawa ianya sangat mudah untuk di capai.
Mulakan dengan minum segelas air sebaik sahaja bangun tidur, ia membantu melonjakkan metabolisme anda.
Apakah kepentingan pengambilan air masak yang mencukupi dalam kehidupan?
- Membantu mengelakkan badan anda terhidrat.
- Memastikan buah pinggang anda berfungsi dengan baik.
- Membantu menyingkirkan bahan buangan.
- Membantu meningkatkan metabolisme anda di mana ia membantu anda mengurangkan berat badan.
Nota: Air teh, air kopi, jus buah-buahan tidak dikira sebagai air yang diperlukan oleh badan ye. WAJIB air masak!
3 comments
Write commentsSetuju sgt dengan fakta minum air masak boleh kurus...bagus entry ni dear
Replyair masak itu penting untuk diminum secukupnya...
ReplyBetul..saya testimoni sendiri, kurus dengan minum air masak secukupnya..kdg2 lebih, tapi xpe sebab banyak jugak yang keluarnya. Hihi
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana