Suplemen untuk Kanak-kanak
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Perlu ke vitamin untuk anak-anak? Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak anda tidak cerewet makan. Makna ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediannya.
Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak hari ini sangatlah memilih makanan. Walaupun tidak semua begitu, ada sesetengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja. Lebih teruk lagi nasi + kicap sahaja! (anak saya..hehe) Jadi, di manakah anak saya atau kanak-kanak yang seperti beliau mendapat khasiat yang lain?
Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin untuk anak-anak. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam-macam lagi.
Tahukah anda?
Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlkau dalam tempoh ini.
Selepas umur 3 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
Pada umur 5 tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 11 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.
Jangansalah anggap ye, tidak semestinya perlu semua ini. Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak iaitu
- Kanak-kanak bawah 1 tahun - SUSU IBU
- Kanak-kanak 1-3 tahun - MEALSHAKE DAN OMEGA GUARD
- Kanak-kanak 4 tahun ke atas - MEALSHAKE, OMEGA GUARD, CHEWABLE VITAMIN C
Apakah pula khasiat suplemen ini?
1. Mealshakes
- Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai kanak-kanak
- Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendah lemak dan rendak glisemik
- Sumber protein dan kalsium
- Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Manfaat Mealshakes:
- Meningkatkan sistem imun anak, Jadi anak tidak mudah mendapat penyakit, jika sakit insyaAllah akan cepat sembuh.
- Meningkatkan selera makan anak.
- Membantu mengurangkan masalah eczema.
- Kulit tidak mudah berparut, jika berparut akan mudah hilang.
- Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
- Membantu mencantikkan kulit.
- Menjadikan anak lebih sihat, bertenaga dan aktif sepanjan hari.
- Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bagi ibu yang tiada selera makan.
- Bagi ibu yang menyusukan, mealshakes juga membantu melancarkan penyusuan ibu.
Nota: Setiap bancuhan Shaklee Mealshakes memberikan 1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
2. Omega Guard
- Penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
- Meningkatkan sistem imunisasi.
- Menapis segala virus dan bakteria daripada badan.
- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
3. Chewable Vita C 100mg
- Menguatkan fungsi imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.
- Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat.
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
Saya beri anak-anak saya ketiga-tiga suplemen ini sebab saya nak yang terbaik buat mereka. Lebih-lebih lagi anak sulong, Muhammad. Beliau ni hanya makan nasi + kicap je. Kadang-kadang nak juga la ikan tapi KADANG-KADANG atau TAK NAK PUN. Haa risau laa saya ni. Mana khasiat dia?
Fuhh, hasilnya beliau memang sukar jatuh sakit (Alhamdulillah, Allah beri keizinan). Ammar pun sama, bijak mereka berdua ni. Macam-macam je idea. Muhammad berumur 4 tahun, boleh diajak berborak dan kadang-kadang saya kongsi perasaan dengan beliau. Boleh pula dia faham.
Apa-apa pun, beri yang terbaik kepada anak-anak anda sebagai pelaburan jangka panjang.
2 comments
Write commentsbagus info ni.. anak-anak mama ni memilih bab makan...lagi-lagi cik sufi..
Replynampak kaler merah je, pedas katanya..
Mama Niza
sama lah dengan anak yg sulong ni ma...anak no 2 tu semua dia makan, x kisah sangat..
Reply@Mama Niza
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana