Yeah! Dah Gaji
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, hari ni bonus Shaklee masuk. Tak sangka awal bonus masuk, selalunya dalam 14hb macam tu. Hehe beza beberapa hari je.
Bonus yang baru masuk ni hasil daripada kerja keras bulan November yang lepas. Alhamdulillah dapat bayar loan, bayar kereta, bayar ptptn, belanja mak abah makan, belanja suami dan anak-anak. Tak lupa sedekah dan zakat walaupun sedikit, ia tetap sedekah dan zakat.
Walaupun saya suri rumah sepenuh masa, saya perlu cari pendapatan sampingan untuk bantu suami saya, ringankan bebas suami juga. Segala h***** (tak nak sebut..), tak kan saya nak harapkan duit suami, nak belanja mak abah pun takkan nak harapkan duit suami juga kan. Dulu saya bekerja, jadi bila dah tak bekerja WAJIB ada pendapatan seperti masa bekerja juga.
Saya rasa seronok bila dapat jaga anak-anak di rumah, dapat tengok mereka membesar di depan mata, dapat masak untuk suami walaupun tak hari-hari. Masa saya kerja dulu, hati selalu dihantui dengan perasaan rindu, selalu rasa tak sabar nak balik rumah cepat-cepat jumpa anak.
Tapi bila dah sampai rumah, mesti tak larat nak tahan mata ni layan mereka. Akhirnya masing-masing tidur kepenatan dan esoknya bermulalah rutin yang sama. Nak harapkan hujung minggu je? Berapa jam sangat lah dapat main-main dengan mereka kan?
Satu hari tu, tiba-tiba anak sulong saya cakap:
Ibu, ibu ni asyik kerja pagi-pagi, balik malam-malam. Hari-hari macam tu. Tak payah lah kerja ibu.
Allahuakbar, hati ibu mana yang tak sedih? Sedih sangat, jadi setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan bergaji. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya jadi suri rumah bergaji dengan Shaklee.
Saya bukan bersikap serong kepada ibu-ibu yang bekerja, saya bercerita hal yang sebenar yang saya alami. Saya faham kalau diberi peluang, semua ibu nak duduk rumah kan? Jadi jika ada yang berniat sedemikian, saya nasihatkan supaya sediakan payung sebelum hujan. Cari satu peluang yang boleh membantu anda bekerja dari rumah.
Pilihan saya Shaklee dan saya nampak masa depan saya bersama Shaklee. Saya perlu bekerja keras untuk jadikan kukuhkan dan stabilkan pendapatan saya bersama Shaklee.
4 comments
Write commentswah best nyer !!!!, semoga sis murah rezeki..
ReplyAmin..terima kasih ija...InsyaAllah, awak pun boleh nanti..hihi
ReplyYeayyy, alhamdulillah..tumpang seronok.
ReplyTQ mama..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana