Basic-H, Pencuci Serbaguna
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Rasa macam saya tak pernah cerita tentang basic-H ni. Tapi ketahuilah bahawa basic-H ni saya sangat suka. Sangat-sangat suka. Ish memang susah nak diterangkan betapa sukanya. Saya gunakan basic-H ini sejak tahun 2011, 3 tahun sudah.
Basic-H ni saya gunakan untuk tugasan-tugasan seorang suri rumah. Saya guna untuk lap dapur gas yang berminyak selepas memasak. Saya gunakan untuk lap lantai yang berminyak, meja makan dan banyak lagi. Jimat sangat tau. Sebotol tu boleh tahan sampai setahun sebab penggunaannya hanya 2-3 titik sahaja.
Basic-H adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah. Sungguh, ini tak tipu. Hanya perlukan 2-3 titik basic-H dan masukkan ke dalam spray yang berisi air. Taraaaa, anda sudah boleh gunakan air campuran ini dan ianya sangat menjimatkan.
- Kepekatan yang tinggi - 16 auns basic-H mampu menjadikan sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila dicampur dengan air.
- Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh, di dalam dan luar.
- Tidak perlu bilas, tiada sisa dan formula bebas coretan.
- Tanpa toksik.
- Ianya asli.
- Ganda dua tertumpu.
- Surfaktan biodegradasi
Yang lebih saya suka ialah ianya selamat, berkesan dan mesra alam. Moh kita tengok pelbagai testimoni mereka yang dah menggunakan basic h ini.
Testimoni 1: Membersihkan dapur gas yang berkarat.
Testimoni 2: Membasuh kotoran yang melekat pada mangkuk tandas.
Testimoni 3: Mengilatkan semula cerek yang telah berkarat.
Testimoni 4: Menghilangkan kerak yang melekat di periuk.
Testimoni 5: Mengilatkan lantai,
Dengan Basic-H, kerja-kerja rumah anda menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menyental sekuat-kuat hati. Jimat tenaga, jimat duit dan jimat masa. :)
6 comments
Write commentsBaguslah Hana..
ReplyKakak tak pernah guna lagi ni.
Aah kakak, boleh cuba. Memang best..gerenti tak menyesal..
ReplyWah..luar biasa la sis..
Replysangat luar biasa kak kathy..hihihi
Replynice sharing :)
Replytqq..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana