Melawat Rakan Follower Baru
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Hari ni ada masa lapang sedikit, jadi saya berkesempatan melawat rakan follower saya yang baru. Eh bukan sakit, tapi melawat blog mereka ni.
Dalam dunia blogging, anda dikehendaki melawat dari blog ke blog untuk membina ukhuwah di antara blogger. Bukan wajib tapi dikehendaki. Kalau ikut saya sendiri, ianya WAJIB. Yelah, apa tujuan anda buka blog? Mesti nak ada pembaca dan pelawat kan?
Kalau kita sendiri tak baca blog oranglain, kalau kita sendiri tak melawat blog oranglain agak-agak ada tak orang nak berkunjung ke blog kita? Terkubur gitu jelah blog tu silap-silap. Jadi, sediakan masa 1-2 jam untuk blogwalking rakan blogger untuk membina ukhuwah ini.
Kepada follower baru saya, terima kasih kerana sudi follow saya. Tunggu kunjungan satu persatu ye, akan saya follow anda semula. Salam jumaat semua. :)
4 comments
Write commentsJom...sama-sama kita melawat. Ramai lagi followers yang saya tak melawat diaorang
ReplyKan..tak terbalas jasa diorang..
Replyjom berBW...^_^
ReplyJom kak..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana