Vitamin Antioksidan untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Vitamin c ialah vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ia telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut-kedut serta muncul pigmen-pigmen hitam pada kulit.
Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.
Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kulit menjadikan kulit awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih, bersinar dan cerah.
1) Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari. Ia juga dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.
2) Kekurangan vitamin c menyebabkan kolagen yang lemah dan tidak sihat menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi. Badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
3) Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya. Jadi suplemen tambahan vitamin c diperlukan.
4) Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila diambil berlebihan ia dengan mudah boleh dikeluarkan daripada tubuh.
5) Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama dan juga terdedah pada udara.
Saya sering tambah dos vitamin c ketika saya sakit dan ternyata ia membantu saya untuk pulihkan masalah yang saya hadapi.
5 comments
Write commentsanak2 mama kalau makan limau habis semua kena sakit tekak.. hihi
ReplyMama Niza
Nice sharing :)
Replyvitamin c memang bagus...saya pon suka ambil bila kurang sihat...
Replylimau jgn banyak2 sekaligus mama, kene selangkan masa dan banyakkan minum air masak..
ReplyKann..dulu xpnh nak makan suplemen pun..dah tua2 ni baru tahu kepentingan suplemen..hehe
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana