7 Tips Tegangkan Kulit Muka
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Umur ni kalau makin tua makin banyak kedut-kedutnya kan. Nak buat macam mana ni? Eh tak payah risau, saya ada tips untuk awak-awak semua ni. Tips tegangkan kulit muka. Saya terbaca kat dalam majalah wanita keluaran November.
Saya kongsikan kat sini lagi jadi kalau awak-awak tak baca majalah ni boleh juga baca kat dalam blog saya. Tips yang ada ni sememangnya ada 6 tips tradisional dan saya akan tambah 1 tips moden yang memang saya sendiri amalkan. Okay jom kita tengok apa tipsnya:
1) Menggunakan lidah buaya
Sapu seluruh wajah dan leher dengan lendir lidah buaya. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk.
Lidah buaya bukan sahaja dapat menganjalkan kulit wajah malah ia juga melembao dan membantu mengecutkan jerawat.
2) Putih telur dan madu
Ambil sebiji telur ayam sebaik-baiknya telur ayam kampung. Asingkan telur kuning, ambil bahagian putih sahaja. Campurkan dengan dua sudu madu. Gaul sebati, jadikan masker. Sapu rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air suam.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.
3) Kulit pisang
Gunakan kulit pisang emas masak, Gosok bahagian kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit semakin cantik dan parut pula beransur pudar.
4) Timun dan tepung ubi kayu
Sagat timun hingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacar rata, jangan terlalu cair. Jadikan masker, sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering kemudian bilas wajah dengan air suam.
Ia bukan sahaja mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ubi kayu dan timun menyegarkan kulit kusam.
5) Susu segar
Caranya mudah sahaja, sapukan seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga mendapat hasil seperti diharapkan.
6) Jus pegaga dan lobak merah
Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga. Pegaga dan lobak merah sangat baik untuk kesihatan serta kecantikan. Kedua-duanya kaya dengan perlbagai khasiat.
Saya dah cuba petua yang no 1 tu (bestttt) sebab senang sangat, ada kat rumah ni mak mertua tanam. hihi terima kasih mak tanamkan untuk Hana. (Sebenarnya mak mertua ni suka tanam pokok bunga, penuh rumah ni dengan bunga. Menantu dia je yang tak reti tanam pokok bunga).
Sekarang saya nak kongsikan tips moden pula. Tips ini memang saya amalkan setiap hari. Kulit saya memang gelap dari azali tapi semakin meningkat usia ni semakin kusam pula. Bila dah kusam, semakin gelap lah kan. Bila saya konsisten ambil 3 produk ni, kulit muka dah jadi sekata, tak kusam dan jeragat pun berkurangan. Yeaaaa sukaaa.
7) ESP, Collagen Powder dan Vitamin C
Kalau anda semua amalkan setiap hari secara konsisten, anda akan dapat hasil yang sangat best, sangat memuaskan hati sebab ketiga-tiga suplemen ini adalah untuk set kecantikan juga.
Collagen powder sesuai untuk mengurangkan kedutan, garis-garis halus, jeragat, bekas jerawat dan segala jenis masalah kulit yang lain.
Esp pula saya mula consume ketika anak yang pertama masih menyusu. Niatnya nak membantu perjalanan penyusuan tapi bonusnya kulit muka semakin anjal dan lembap. Satu yang saya perasan, tona kulit pun semakin sekata dan tak kusam. Bonus nya lagi, (banyak benaa bonusnya kann) badan saya kekal kurus walaupun makan tanpa henti. (kuat makan ni masa menyusukan anak). Alhamdulillah kekal kurus.
Vitamin c ni pula saya suka sebab ia membantu meningkatkan tahap imunisasi saya. Jarang demam, alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah. Selain itu ia mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat berlakunya pigmen, Pigmen ni adalah penyebab utama jeragat. Bila pigmen terhalang, maka jeragat pun tak berani lah nak muncul kan. Yesss!
Kalau baca banyak kali, semua tips moden ni saya suka. Sebenarnya semua produk shaklee ni saya suka tau sebab saya sendiri dah amalkan jadi saya tahu ia memang best dan saya sarankan anda ambil ketiga-tiga suplemen ni tau. Serius best. Ish susah nak cakap betapa bestnye tu. Hihihi.
Sampai sini sahaja coretan untuk pagi ini. Nanti saya sambung entri yang lain pula ya. Terima kasih mingguan wanita sebab keluarkan tips berguna ni.
4 comments
Write commentsnice tips
ReplySelalunya gunakan daun lidah buaya dan juga putih telur... perkongsian yang menarik...
ReplyTQ dear..
ReplySaya pun pakai juga daun lidah buaya tu..putih telur pakai yang moden punya, egg mask..memang best. Selain ambil suplemen repair dari dalam..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana