4 Tips Penyusuan Ketika Hamil Style Ibu Hana
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Ketika hamil adalah waktu yang sangat penting untuk anda buat persedian dalam menjayakan perjalanan penyusuan anak anda sehingga 2 tahun, itu pun jika anda berhajat. Seperti biasa, akan saya berikan tips yang saya sendiri amalkan.
1) Persiapkan diri
Saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya hendak menjayakan penyusuan anak sehingga 2 tahun. Kenapa saya kata waktu ini adalah sangat penting? Supaya ia dapat membantu menggerakkan diri saya untuk sentiasa membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
2) Persiapkan peralatan
Ketika ini juga, waktu yang anda perlu senaraikan peralatan atau gadjet penyusuan anda. Senaraikan jumlah wang yang perlu anda peruntukkan untuk itu. Peralatan yang diperlukan:
Ice pack |
Plastic milk storage |
Bottle milk storage |
Breastpump |
Cooller bag |
* Boleh tambah, jika ada senarai yang saya tertinggal.
Jika perancangan dan sedikit budget untuk sediakan peralatan ini dibuat semasa hamil, ia boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan dengan membeli sedikit demi sedikit. Berbanding beli dalam satu masa, ia mungkin membebankan anda.
3) Tambah ilmu
Entri yang lepas, saya sudah tekankan tentang ilmu penyusuan tetapi kenapa saya tekankan lagi ketika ini? Ilmu penyusuan ni sangat luas dan terlampau banyak, jadi perlu di baca berulang-ulang kali untuk persediaan mental anda.
Sekurang-kurangnya ia membantu kita mengingatkan kembali apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa perjalanan penyusuan itu nanti.
4) Sering bercakap dengan bayi di dalam kandungan.
Pelik kan? Tapi apa nak dipelikkan sebab kita selalu dinasihatkan supaya perbanyakkan membaca AlQuran supaya bayi di dalam kandungan juga akan menyukai dan menjadikan AlQuran sebagai peneman mereka ketika mereka lahir nanti dan juga untuk melahirkan bayi yang bijak.
Jadi, sering bercakap dengan bayi tentang niat anda untuk menyusukannya selama 2 tahun tanpa susu formula juga boleh membantu anda. Kiranya ini teknik hinopsis kepada bayi lah. Tak percaya? Cubalah hamil dan lakukan segala tips di atas. Hehe gurau je.
Saya selalu amalkan begini:
Sayang, nanti awak lahir terus minum susu ibu tau.
Sayang, awak kena minum susu ibu masa dalam labour room lagi tau.
Alhamdulillah, ketika anak kedua saya lahir dia sudah pandai minum susu saya. Kenapa saya berpesan begini kepada anak saya? Kerana ketika anak pertama saya lahir, beliau tidak pandai menyusu, hampir satu hari setengah juga beliau tidak pandai hisap. Jadi ianya pengalaman saya yang amat berharga untuk buat yang lebih baik pada anak yang seterusnya.
Saya rasa cukup setakat empat ini sahaja tips ketika kehamilan, Jika anda ada pendapat atau tips penyusuan yang lain ketika sedang hamil, boleh tinggalkan komen di bawah.
Sharing is caring :)
4 comments
Write commentshooo, bagus tips no 4 tuh, saya suka sangat
Replyjom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!
tips yang bagus untuk kita amalkan...
ReplyAlhamdulillah, baby saya dah setahun 8 bulan bf.
Replynice tips...
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana