10 Petua Amalan Orang Dulu-dulu
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Nenek moyang kita memang tak punya harta tetapi mereka sangat berharga kerana punya banyak petua dan nasihat yang berguna. Hari ni nak kongsi pada semua petua yang saya kira petua orang dulu-dulu. Terima kasih kak Mesrah kerana kongsikan pada saya. Moh kita terjah!
Petua-petua untuk diamalkan.
- Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
- Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
- Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
- Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
- Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
- Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
- Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
- Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
- Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
- Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam. Saya pernah kongsikan kepada anda rahsia awet muda dengan air putih.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
- Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
- Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
- Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
- Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Banyak sungguh petua yang bagus ni kan. Jom laa kita amalkan, tak rugi apa pun malah sangat bagus diamalkan.
4 comments
Write commentsnice sharing...
Replyerm yang no 2 tu tak leh kut nak panggil petua nenek moyang sb dolu2 tak ada Sprite hehe :)
ReplyKalau macam tu kita panggil petua mak-mak kita. Hehehe..
Replyberguna juga perkongsun petua macam nie
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana