7 Rahsia Zikir Ya Wahhab
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Zikir mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kekuatan dalaman dan rohani kita. Hati yang selalu terisi dengan zikir akan memancarkan Nur Allah dan mempengaruhi tindakan yang serba positif.
Kebiasaan melakukan zikir dengan baik akan menimbulkan ketenteraman hati dan menimbulkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang hendak tingkatkan kekuatan dalaman/rohani. Dari segi ibadah, zikir merupakan latihan menuju ikhlasnya hati dan istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq (sang pencipta).
Hari ini saya nak kongsikan kepada anda kelebihan salah satu zikir menjemput rezeki menjempt rezeki iaitu Ya Wahhab. Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. InshaAllah, lama kelamaan akan jadi rutin.
YA WAHHAB
Maksudnya:
Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1- Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2- Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
3- Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).
4- Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6- Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, insya Allah.
7- Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Alhamdulillah, terima kasih Kak Cery atas perkongsian hebat ini. InsyaAllah akan di amalkan setiap hari.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana