Kisah benar! Tua Sebelum Usia
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Saya nak kongsikan kepada anda satu kisah benar ni.
Satu kisah yang mana saya berbual dengan kakak di sebelah katil anak saya di bahagian wad kanak-kanak (HPSF).Berbual tentang kenapa kena tahan wad.Modal permulaan bagi orang-orang yang ingin memulakan perkenalan kan.Bersamanya ada anak kecil yang sebaya dengan anak saya (lingkungan 2 tahun).Dalam agakan saya 'akak ni mesti dah 40 lebih'
Hati kuat nak tanya tapi mulut berat nak buka.berapa umur kakak ni ek?takkan dah tua baru bersalin?tapi memang logik pun umur 40an bersalin lagi.Saya pendam je.
Kebetulan tak lama kemudian datang seorang doktor yang bertanya perihal anak kakak tu dan minta no ic beliau.Tengok,betapa kuat rasa nak tahu saya tu Allah hantar doktor untuk beritahu jawapan.hehe..
Terkejut saya kakak tu punya ic bermula dari tahun 80........Beza 4 tahun je dari saya rupanya.Kenapa saya nak sangat tahu?? kerana kakak tu penuh jeragat kat muka,tambah pula kulitnya sudah berkedut dan kusam.
Tak sempat saya nak membuka cerita tentang Shaklee,petangnya kakak tu dan anaknya dah boleh pulang ke rumah.Saya sedikit kecewa sebab tak berpeluang berkongsi manfaat vitamin terhadap kita yang bernama wanita ni.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah peningkatan usia membuatkan badan kita kurang keupayaan mengeluarkan kolagen yang sangat penting dalam tubuh.tambahan lagi jika kita tidak mengambil peduli pemakanan yang kita ambil.Memang nampak jauh lebih tua lah kita dari usia sebenar.
Kolagen dan vitamin C sangat bagus untuk kulit yang cantik serta elakkan kita dari tua sebelum usia. Seram sangat aihhhh.
Kredit cerita: http://misnawatiisun.blogspot.com/ atau facebooknya Ibu Tayunk
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana