4 Tips Penyusuan Sebelum Hamil Style Ibu Hana
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Saya pasti zaman sekarang ni ramai ibu-ibu yang berusaha sehabis daya untuk menyusukan anak kesayangan yang mereka kandung dan lahirkan. Saya pun begitu juga.
Perjalanan penyusuan anak pertama gagal ketika anak menginjak ke umur 7 bulan ke atas disebabkan kesilapan diri saya sendiri dan kurangnya ilmu dalam penyusuan.
Sejak dari itu, saya berjanji pada diri sendiri untuk cuba sehabis baik dan belajar sebanyak-banyaknya tentang penyusuan untuk memastikan perjalanan penyusuan saya berjaya.
Di sini saya nak tekankan tips yang saya amalkan dari sebelum hamil:
1) Niat
Saya berniat untuk menyusukan anak kedua sehingga beliau berumur 2 tahun dari sebelum saya hamil dimana ketika itu anak pertama berumur 1 tahun 9 bulan.
Saya sentiasa berdoa dari sebelum saya hamil sehingga bersalin, berpantang dan semasa proses penyusuan dari anak berumur 1 hari sehingga anak berumur 2 tahun. Antara doa saya;
Doa sebelum HAMIL.
Ya Allah ya tuhanku, limpahkanlah rezeki susu untuk anak kedua nanti sehingga beliau berumur 2 tahun.
3) Tekad
Saya juga tekad memberitahu pada suami untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya dengan susu saya sendiri dengan izin Allah. Bila kita tekad, apa sahaja cabaran yang berlaku kita tetap akan teruskan apa yang kita hajatkan. Betul betul? Ketekadan ini lah yang membantu saya terus menjayakan penyusuan saya.
4) Tambah ilmu
Ini adalah masa yang sesuai untuk tambah ilmu penyusuan. Saya banyak mencari maklumat dari bagaimana nak pastikan susu sentiasa ada sebaik sahaja melahirkan, bagaimana cara menyimpan stok dari berpantang.
Dulu, saya gagal kerana saya tak mencari satu pun ilmu penyusuan. Ada juga cari tapi tak baca langsung. Rugi sangat masa tu. Jadi, selepas dari itu, saya gali ilmu ini sebanyak-banyaknya. Serta baca dari sekarang (ketika itu).
Kalau anda hendak berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun? Guna tips ni. Amalkan dari sekarang.
10 comments
Write commentsmama sekarang ni masih lagi menyusukan sufi ni haaa...
ReplyMama Niza
terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini...
ReplyDoakan mamamyja berjaya menyusukan arissa sampai 2 tahun. Insyaallah.
Replyoh... tapi yaya ada juga dengar amal minum peria boleh tambah susu badan..
ReplyMama, sy tgh nak wean off anak ni sbb die menggigit aje kejenya ni mama..
ReplySemoga bermanfaat perkongsian ini..
Replymamamyjaaa, insyaAllah berjaya..yakin dan keep positif yeee
ReplyYe yaya...boleh amalkan makan peria semasa meyusukan baby nanti..
Replygood tips hana..
ReplyTQ Fir..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana