Followers

Showing posts with label Tips makan secara sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips makan secara sihat. Show all posts

Resolusi Jadi Langsing Dengan Gembira

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Ramai yang mula putus asa untuk berdiet kerana hasil yang diterima tidak menampakkan hasil. Adakah anda ketahui peraturan mudah mendapatkan tubuh idaman TANPA SEKATAN yang amat menyeksakan?

Saya juga sedang dalam proses diet tetapi bukan saya yang berdiet ya kawan2. Proses diet itu untuk suami saya. Jadi, saya sering mencari jalan penyelesaian atau apa saja pilihan dan cadangan untuk memastikan suami mendapat tubuh idaman beliau.

Jom kita lihat peraturan yang saya dapat dari buku Nona, Januari 2011. 

KARBOHIDRAT BUKAN MUSUH
  • Suatu masa dulu, diet rendah lemak menjadi kegilaan buat pengamal diet Atkins. Tapi untuk jangka masa panjang, tiada siapa pun dapat bertahan.
  • PERATURAN: Jangan sekat pengambilan karbohidrat! Anda tahu ia sangat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh. Jadi, amalkan lima hidangan bijirin setiap hari terutamanya yang berasaskan bijirin penuh seperti oat dan beras perang dalam saiz kecil.
KHASIAT TELUR KUNING


  • Kolesterol di dalam telur kuning sebenarnya sangat kecil berbanding jumlah gram lemak tepu yang terdapat pada daging berproses.
  • PERATURAN: Telur kuning mengandungi protein, kalsium dan zat besi. Anda masih boleh mengambil telur kuning sebagai sebahagian diet seimbang tapi elakkan sama sekali makanan daging berproses seperti salami.
MENGUDAP SEPANJANG HARI
  • Benarkah mengudap akan menaikkan nafsu makan? Kajian terbaru oleh British Journal of Nutrition mendapati bahawa tiada kenaikan berat yang signifikan di antara wanita yang mengudap dan tidak mengudap.
  • PERATURAN: Terasa asyik ingin mengudap? Bawalah bekal buah-buahan kering seperti kismis, kurma atau prun di sisi. Namun harus diingat bahawa anda tetap perlu mengawal 1,200 kalori seperti disarankan untuk kurus.
SNEK LARUT MALAM
  • Kajian oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa menunjukkan bahawa anda tidak akan gemuk kerana bila waktu anda makan, tetapi APA yang anda makan.
  • PERATURAN: Anda boleh makan selambat mana yang disukai, tapi jangan sesekali melebihi kalori yang diperlukan. Jangan biarkan perut terlalu lapar sebelum makan kerana ini juga akan mendorong anda makan malam berlebihan. Pastikan anda tunggu kira-kira dua jam sebelum tidur untuk penghadaman.
JANGAN BERLAPAR
  • Jika biarkan perut kosong terlalu lama, tanpa sedar anda mungkin akan makan berlebihan. Lebih-lebih lagi ketika tertekan, makan bagaikan suatu terapi untuk mengubati perasaan.
  • PERATURAN: Puaskan keinginan  makan secara sederhana. Anda boleh menikmati makanan-makanan yang digemari tetapi dalam saiz yang kecil.
Jika anda ingin mencuba set diet dari Shaklee, boleh hubungi saya di sini. :)




Cara Kembalikan Berat Badan Normal #5

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Cara kembalikan berat badan normal yang ke 5 sangat mudah iaitu makan malam yang ringan.

Kebanyakan mereka yang sedang menjalankan proses penurunan berat badan atau dengan kata mudahnya diet sering mengabaikan waktu makan malam. Tetapi hari disedar, bahawa makan malam adalah sangat penting.


Konsepnya begini, diet yang seimbang / sihat adalah makan mengikut waktu dalam jumlah yang sedikit. Bermaksud kita perlu kita perlu mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika anda mengikuti entry saya yang lepas, saya ada menekankan, seseorang yang sedang diet perlu mengambil minum pagi dan minum petang. Ia bertujuan mengelakkan seseorang itu terlalu lapar dan menyebabkan mereka makan dalam jumlah yang banyak.

Waktu makan malam adalah selewat-lewatnya jam lapan malam. Tetapi adalah disyorkan untuk anda makan di antara jam enam hingga tujuh malam. Waktu makan malam lebih awal boleh memberi ruang kepada perut anda untuk menghadam makanan sebelum waktu tidur anda.

Bacaan berkaitan:






Cara Kembalikan Berat Badan Normal #4

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Minum petang adalah penting untuk setiap manusia terutamanya bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Langkah ini bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Waktu di antara makan tengahari dengan waktu makan malam mempunyai jarak masa 6 jam. Jika kita tidak mengambil minum petang, ia akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam. 

Jadi, cara kembalikan berat badan normal #4 ialah minum petang. 

Minum petang yang ringkas

Pilihan terbaik termasuklah keju rendah lemak, biskut tawar mil penuh atau Greek yogurt setengah cawan.

Saya lebih gemar menjadikan biskut tawar dan Air Teh sebagai minum petang saya.

Bacaan berkaitan:

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #1

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #2

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #3

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #5 

 

Tips Makan Secara Sihat

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kita sebagai hamba Allah sering makan tapi adakah kita tahu cara makan yang sihat? Di sini saya ingin kongsikan kepada para pembaca yang luar biasa di luar sana tips cara makan yang sihat.

  • Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
  • Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
  • Elakkan makan di tengah malam.
  • Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
  • Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
  • Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan. Elakkan dari minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.
  • Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dan sebagainya. Banyakkan makan sayur dan ulam.
  • Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk makanan laut, belacan, telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.
  • Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
  • Setiap kali selepas makan, amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yang dimakan cepat dihadamkan dan dapat mengelakkan perut buncit. Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan