Amalan Sunnah Di Hari Jumaat
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Salam jumaat semua. Apa khabar hari ini? Semoga sihat dan sentiasa diberkati Allah. Selalunya hari Jumaat ramai yang akan ingatkan kita amalan-amalan sunnah kan. Ok, ini selalu menjadi panduan saya sekeluarga.
Dah potong kuku kawan-kawan?
Dah berselawat? Sebaiknya kita berselawat sepanjang masa atau sebanyak yang mungkin.
Sudah baca surah Al Kahfi? Surah Al Kahfi mengandungi 110 ayat. Tips nak baca mudah je. Bahagikan kepada 4 kerana surah ini mengandungi 4 kisah iaitu:
- Ayat 1 - 31: Kisah Ashaab al-Kahf
- Ayat 32 - 59: Kisah dua tukang kebun
- Ayat 60 - 82: Kisah Musa dan hamba yang soleh (Khaidir)
- Ayat 83 - 110: Kisah Dzulqarnain
Bila kita membaca sambil memahami terjemahan, banyak manfaat yang kita dapat. Lebih indah perasaan tu.
Jom perbanyakkan berdoa di hari Jumaat ini. Para lelaki pula jangan lupa, datang awal ke masjid. InsyaAllah banyak pahala yang anda dapat.
Semoga Allah memberkati amalan kita semua.
1 comments:
Write commentsnice sharing... :)
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana