Followers

Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Kembali Blogging!

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kembali Blogging! | Ya Allah, lamanya saya tak berblogging. Masuk blog sendiri pun rasa malas dan menyampah. Memang orang pun malas lah nak singgah blog ni kan? Hari ni, dengan azam baru. InsyaAllah, nak kembali berblogging semula :)

Doakan ya!


Kenangan Sampul Buku Sekolah

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kenangan Sampul Buku Sekolah | Dah minggu kedua sekolah, tapi masih lagi sampul buku? Hehehe ini bukan sebab ibu malas nak sampul buku Muhammad ye tapi Muhammad dapat 4 buku baru lagi semalam. Jadinya ibu sampul lah untuk kali kedua.



Kenangan sungguh bila sampul buku ni. Dulu bukan main tak suka lagi sampul buku sebab plastik sampul dulu perlu beli saiz besar-besar. Lepas tu plastiknya keras dan susah sangat nak gunting. Silap sikit je, habis lah memang senget sampul buku nanti. Nampak sangat tak cantik.

Sampul buku zaman sekarang? Dah senang sangat. Saiznya memang saiz buku teks. Tinggal gunting sekali je. Siap dah. Kalau sampul buku latihan, lagi lah senang. Tinggal sarungkan je.



Apa pun, kerja menyampul buku ni memang kenangan sangat lah. Dulu malas, sekarang rajinnn nak sampul. Hah buku korang ada lagi yang nak sampul? Meh sini, saya sampulkan hehehe.

Review: Women Desiree Essential Cream

Teks: Norhana Marsom

Assalamualikum w.b.t,

Review: Women Desiree Essential Cream | Alhamdulillah, akhirnya baru saya berani nak buat review women desiree essential cream ni. Bukan review berbayar ye tapi saja je. Sebab saya guna krim ni.

Apa yang menyebabkan saya nak guna krim ni? Mesti ada sebabnya yang sangat menarik. Mula-mula sebab saya tertengok posting kak Dila Ismail (ex-KUSTEM). Tengok kelebihan krim ni, Allah terus rasa nak sangat cuba.

Nak tahu apa kelebihannya? Cuba baca ni.

👰 Meremajakan kulit
👰 Menstabilkan hormon dalam badan
👰 Mengawal tahap stress
👰 Menaikkan seri wajah dan mencerahkan kulit (glowing)
👰 Menegang dan memantapkan tisu kendur dengan pantas
👰 Menghilangkan double chin (V-Shape)
👰 Membanth mengatasi maaalah jerawat
👰 Memudarkan jeragat dengan rawatan dari dalam
👰 Mengatasi masalah eyebag
👰 Mengatasi masalah bibir kering dan hitam (bibir menjadi pink)
👰 Melegakan senggugut dan kitaran haid tidak normal
👰 Merawat penyakit migrain
👰 Membantu menyuburkan rahim
👰 Digunakan sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat
👰 Menambahkan kadar metabolisme (pelansingan badan)
👰 Menghilangkan simptom menopouse
👰 Memudarkan stretchmark
👰 Menghilangkan kembali "Miss V" yang longgar
👰 Meningkatkan "hubungan" kemesraan suami isteri

Mau tak teruja tengok kelebihan-kelebihan ni semua? Perempuan kan? Mesti semua nak cuba.


Bila tengok pulak gambar krim tu, terpikir macam pernah nampak krim ni tapi tak ingat kat mana. Balik kampung, nampak krim ni kat bilik mak. Rupanya krim ni mak saya pakai kat rumah. Kakak belikan dan dia pun agen. Allah, patutlah kan macam pernah nampak sangat.

Tanya mak, ape perubahan yang mak rasa bila pakai krim ni? Mak jawab, jeragat mak dah kurang lah. Muka nampak makin bersih. Wow! Teruja laa saya ni. Mak yang dah berumur 63 tahun pakai pun ada kesan positif, kalau saya pakai? Hehehe. Tu yang nak pakai tu.


Ni mak saya. Perhatikan jeragat dengan kedutan bawah mata tu. Gambar selepas, kedutan berkurang dan jeragat jadi kemerah-merahan.

Teruja lagi tengok testimoni mak ni. Jadi, saya pun beli Wdec ni dengan kakak. Sampai lah saya beli botol yang kedua. Jimat tau.


Tuuu diaaaa. Pakai sikit-sikit je. Tak perlu sapu tebal-tebal pun.

Nak tengok perubahan pada saya pulak? Hehe. Harus lah ada kann. Perubahan dari segi kewanitaan sangat terserlah. Dari segi wajah pun ada.



Eh, lupa nak tulis sebelum dan selepas. Sebelah kiri sebelum. Ketara sangat kan. Muka kusam, kulit gelap, kulit muka ada bintik-bintik halus. Makan suplemen tapi saya tak guna apa-apa skincare. Tu yang muka macam tu. Duduk Malaysia ni, panas kan.

Hmm ok lah. Tu saja review percuma dari saya. Nanti saya sambung lagi kisah tentang WDEC ni. Bye!

Azam Tahun 2016, JIMAT CERMAT

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Azam Tahun 2016, JIMAT CERMAT | Tahun 2016 ni nak doakan yang baik-baik sahaja berlaku. Semakin bertambah usia malah semakin pendek juga usia kita di muka bumi ni. Buat yang terbaik ye!

Tahun ni nak lebih BERJIMAT CERMAT! Dari setiap sudut kalau boleh nak berjimat cermat. Buktinya semalam, saya dah mula berjimat dengan tidak membeli planner yang baru. Hehehe

Ada beberapa tahun yang dulu, saya hanya gunakan planner percuma tapi tahun lepas, saya beli planner dari Faizland Sdn Bhd (mama shaklee saya). Sejak-sejak saya masuk dalam group "Planner Addict Malaysia" ni, baru saya tahu rupanya ada jual insert sahaja dengan pelbagai susun atur!

Jadi, semalam saya pun pergi ke kedai buku di Muar. Cari punya cari, akhirnya saya jumpa ibsert bersaiz A5, sebab planner saya saiz A5. Saiz A6 pun ada dijual tau!




Divider yang terdapat pada insert.



Kertas berwarna putih adalah insert baru. Ada undated monthly planning, daily planning, to-do list, notes dan macam-macam lagi. Seronok!! Bersemangat mulakan tahun 2016 ni! Hee

Semoga kehidupan berumahtangga dan urusan bisnes tahun 2016 ini dipermudahkan dan lebih tersusun serta mengikut apa yang dirancang. Aamiin.

Tabung Paksa Rela

Assalamualaikum w.b.t,

Tabung Paksa Rela | Pernah dengar juga sebelum ni menabung dengan menetapkan jumlah tabungan setiap hari, contohnya sehari wajib simpan RM1. Tak kira laa menggunakan duit syiling atau duit kertas. Tapi pagi-pagi ni terbaca pulak dekat newsfeed fb menabung dengan menetapkan warna duit pilihan.

Agak-agak mampu tak kita nak menabung macam ni? Kalau tak dipaksa, memang tak menjadi. Yang penting mestilah disiplin dan jujur dengan diri sendiri. Semuanya bermula dengan diri sendiri kan. 

>> Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya <<

Pertama sekali, setkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

+ Tempoh masa : 10 bulan
+ Tujuan : Nak gi vacation @ gi Umrah @ nak menikah lagi @ nak beli beg Prada dan sebagainya
+ Duit yang dipilih : RM5 dan RM20 (saya pilih RM20 sahaja)


PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2..HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20.

3..Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT.

4..WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5. Kalau belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG.

Sumber: Nahar Efendy Noordin

 Terbaca pulak komen seseorang di entri ini.

Kalau korang? Menabung ke tak? Hehehe..jujurrrrr



Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget)

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget) | Cukup sebulan saya tak update blog saya ni. Dah mula bersawang sangat dah. Tapi sayangnya pada blog memang susah nak dinafikan. Hari-hari dok teringat tapiiii tak update jugak yek.

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk menghadirkan diri dalam kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget). Kursus ini dianjurkan oleh Puan Shikin dari Mini RTC Batu 18, Air Hitam Muar. Tenaga pengajarnya ialah Puan Sharifah Mahani Syed Ismail dari Bakery Academy Kulai.



Jauh tenaga pengajar datang, jadinya kesemua peserta haruslah belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan ilmu yang diberi kat rumah pula. Boleh juga share resepi pada kawan-kawan blog saya ni. Tapi sat na, resepi mungkin di lain entri.

Kursus ini dihadiri oleh 34 orang peserta. Fuhh memang penuh dan padat! Tak sangka sambutan sangat luar biasa. Owh ye, kursus ni saya hanya bayar RM10 sahaja. Selebihnya ditanggung oleh pihak MRTC. Terima kasih sekali lagi Puan Shikin.





Okay, tanpa membuang masa, kita layan gambar jelah ye. Tengok gambar ni syok sikit kann.



Inilah 2 tenaga pengajar (ber uniform) yang mengajar dalam kursus ini, Puan Sharifah Mahani dan anaknya. Saya lupa nama anaknya. Maafkan saya ye. Puan Sharifah Mahani ini mempunyai bakeri beliau sendiri di Kulai yang diusahakan bersama suami dan anak-anak. Seronoknya mereka semua berada dalam bidang dan minat yang sama. Jadi mereka bersama-sama dalam semua perkara. Seronok kann. (Saya tengah berangan bisnes bersama suami dan anak-anak)







Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sama-sama membantu membentukkan fishball, meatball dan juga nugget. (Gambar semasa fishball, meatball dan nugget dibuat tak ada, maaf ye)







Akhir sekali, proses merebus dan menggoreng fishball, meatball dan nugget. Kemudian dibungkus untuk dibawa pulang oleh peserta (kami laa tu). Rasa nuggetnya memang heaven. Macam nugget beli kat McD. Tak yah dah nak pergi McD ni, buat sendiri je. (Saya pun dah bertahun tak ke McD).









Masa daftar untuk kursus ni, daftar sendiri je. Dah sampai ke kursus rupa-rupanya kakak sekampung pun join sekali. Apa lagi, havoc laa kami bertiga. Heeee..



Akhir sekali, acara wajib. Gambar kenangan bersama-sama kesemua peserta, penganjur dan tenaga pengajar. Seronok sesekali aktifkan diri dalam aktiviti Mukim dan kampung ni. Rasa syok nak join lagi akan datang. InsyaAllah.


Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan