Followers

Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget)

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget) | Cukup sebulan saya tak update blog saya ni. Dah mula bersawang sangat dah. Tapi sayangnya pada blog memang susah nak dinafikan. Hari-hari dok teringat tapiiii tak update jugak yek.

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk menghadirkan diri dalam kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget). Kursus ini dianjurkan oleh Puan Shikin dari Mini RTC Batu 18, Air Hitam Muar. Tenaga pengajarnya ialah Puan Sharifah Mahani Syed Ismail dari Bakery Academy Kulai.



Jauh tenaga pengajar datang, jadinya kesemua peserta haruslah belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan ilmu yang diberi kat rumah pula. Boleh juga share resepi pada kawan-kawan blog saya ni. Tapi sat na, resepi mungkin di lain entri.

Kursus ini dihadiri oleh 34 orang peserta. Fuhh memang penuh dan padat! Tak sangka sambutan sangat luar biasa. Owh ye, kursus ni saya hanya bayar RM10 sahaja. Selebihnya ditanggung oleh pihak MRTC. Terima kasih sekali lagi Puan Shikin.





Okay, tanpa membuang masa, kita layan gambar jelah ye. Tengok gambar ni syok sikit kann.



Inilah 2 tenaga pengajar (ber uniform) yang mengajar dalam kursus ini, Puan Sharifah Mahani dan anaknya. Saya lupa nama anaknya. Maafkan saya ye. Puan Sharifah Mahani ini mempunyai bakeri beliau sendiri di Kulai yang diusahakan bersama suami dan anak-anak. Seronoknya mereka semua berada dalam bidang dan minat yang sama. Jadi mereka bersama-sama dalam semua perkara. Seronok kann. (Saya tengah berangan bisnes bersama suami dan anak-anak)







Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sama-sama membantu membentukkan fishball, meatball dan juga nugget. (Gambar semasa fishball, meatball dan nugget dibuat tak ada, maaf ye)







Akhir sekali, proses merebus dan menggoreng fishball, meatball dan nugget. Kemudian dibungkus untuk dibawa pulang oleh peserta (kami laa tu). Rasa nuggetnya memang heaven. Macam nugget beli kat McD. Tak yah dah nak pergi McD ni, buat sendiri je. (Saya pun dah bertahun tak ke McD).









Masa daftar untuk kursus ni, daftar sendiri je. Dah sampai ke kursus rupa-rupanya kakak sekampung pun join sekali. Apa lagi, havoc laa kami bertiga. Heeee..



Akhir sekali, acara wajib. Gambar kenangan bersama-sama kesemua peserta, penganjur dan tenaga pengajar. Seronok sesekali aktifkan diri dalam aktiviti Mukim dan kampung ni. Rasa syok nak join lagi akan datang. InsyaAllah.


Set Kesihatan Asas Keluarga

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Set Kesihatan Asas Keluarga | Jika ada seseorang yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang vitamin asas untuk mereka, saya akan cadangkan set kesihatan asas keluarga ini. Ianya sangat asas seperti yang sering diberikan oleh para doktor. Ianya terdiri daripada Vitamin C, Vitalea dan juga B Complex.

Ini adalah set kesihatan asas ditambah dengan ESP.

Kebaikan ESP shaklee:
🍷Mengawal paras gula dalam darah
🍷Menyokong paras LDL kolesterol sihat
🍷Membina kulit yang sihat dan berseri
🍷Menjadikan otot, rmbut dan kuku yang kuat dan sihat.
🍷Menyokong perkembangan bayi.


Kebaikan SR vitamin c:
🍊 Menentang jangkitan penyakit dan kuman
🍊 Membina kolagen, menyokong kulit sihat dan cerah
🍊 Mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia dan toksik
🍊 Menentang radikal bebas


Kebaikan Vita-lea:
🌿 Mengandungi zat besi
🌿 Menyokong kesihatan menyeluruh
🌿 Memelihara kesihatan jantung, kolon dan mata
🌿 Tulang kuat dan sistem imun sihat


Kebaikan b-complex:
🍃 Meningkatkan tenaga
🍃 Kurang kemurungan
🍃 Mengelak anemia
🍃 Mencegah kecacatan tiub neural


Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Tanpa kesihatan, hidup seperti tidak bermakna lagi.




Keyword: Pengalaman Bertahajud

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah seronok saya bila ada yang mencari di blog ini tentang tahajud dengan kata kunci 'tahajud pengalaman'. Jadi saya kira mereka hendak tahu pengalaman bertahajud.


Sebelum ini saya pernah buat entri tentang tahajud. Alhamdulillah sejak saya bershaklee saya dah mula lakukan solat-solat sunat. Mama shaklee saya sering ingatkan kami tentang amalan-amalan akhirat ini. Bersyukur kerana berada di dalam kumpulan ini.


Sejak bertahajud, saya banyak rasakan perubahan pada diri saya. Hidup saya lebih tenang dan saya menjadi seorang yang sangat positif. Menjadi seorang yang positif itu sangat penting kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita.


Selain dari itu, perubahan yang lebih ketara adalah hidup saya sekarang lebih mendorong kepada membuat kebaikan dengan lebih lagi, nak jadi insan yang lebih baik dan kalau boleh tak nak lagi dah bergelumang dengan dosa. Sama ada dari segi penampilan, perbuatan atau pertuturan.


Ini perubahan ketara yang saya sedar dan ia mendapat sokongan positif dari suami dan tiada paksaan, semuanya atas kehendak saya sendiri. Kalau nak cerita, memang banyak perubahan yang saya alami tapi saya tak tahu macam mana nak zahirkan di sini.


Cuma kalau boleh, saya nak sesiapa sahaja yang baca entri saya ini cubalah bangun untuk bertahajud, sujud padaNya dan rasai sendiri perbezaan pada diri anda.


Allah swt dah banyak beri peringatan pada kita, puting beliung di Kedah, angin dan ribut di Pandamaran, Klang. Allahuakbar! Saya takut dengan keadaan ini. Allah beri kita ujian tanda Allah masih sayang pada kita.


Jom kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang baca entri saya ini, jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah beri kita kekuatan fizikal dan mental, beri kesempatan untuk berbalik padaNya, sujud padaNya.


Cabaran 30 Hari | #15: Surat Kepada Seseorang

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Sampai kita ke hari ke 15 cabaran 30 hari oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Saya sahut cabaran ini!

Yeeehaaaaa!


Kepada xxxx,
Encik mungkin tak kenal siapa saya kerana surat ini tidak bernama. Sejak setahun yang lepas, saya teringin sangat nak tulis surat untuk encik tapi tak berpeluang. Encik dah bersedia nak baca?

Encik,
Encik tak pernah ke pergi kawasan yang encik nak pergi setahun yang dulu tu? Baru pertama kalikah sehingga encik teragak-agak nak masuk lorong tu? Encik tak nampak ke kereta kami dah dekat sangat ketika itu? Encik tak boleh berfikir dengan waras ke masa tu? (Banyak lagi soalan nak tanya ni encik, tapi tak payah lah kan)

Encik,
Kenapa encik tak pernah datang melawat saya ketika saya di hospital? 20 hari tau encik, bukannya 20 minit. Uish panjangnya masa 20 hari tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan encik.

Encik,
Apa perasaan encik ketika itu encik? Apa pula perasaan encik selepas setahun ni encik? Kes pun dah nak naik mahkamah. Ish saya rasa macam tak nak pula tengok muka encik. Saya rasa kalau saya bertembung dengan encik pun, saya tak tahu encik adalah encik.

Encik,
Sebenarnya saya nak cakap, bukan salah encik pun masa kejadian tu. Semuanya sudah ditakdirkan Allah. Saya redha sejak kejadian berlaku lagi. Sejak kereta saya berpusing 360 darjah tu. Encik ingat tak?

Encik,
Saya tahu encik baik. Saya harap kejadian setahun yang lepas itu memberi 1000 kebaikan kepada encik untuk masa-masa akan datang dan juga memberi pengajaran yang sangat bermakna. Saya rasa saya beruntung dipilih untuk menjadi mangsa ketika itu. Kerana, saya sekarang adalah SAYA YANG BARU.
Sekian, have a good day. 


p/s: Encik di atas berbangsa cina menaiki kereta hilux berwarna emas. 




Tips Mengubat Hati dan Jiwa yang Tidak Tenteram

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak anda rasa jiwa tak tenteram?
Rasa tak tenang?
Rasa semuanya serba tak kena?
Rasa macam ada sesuatu yang tak cukup.

Kita dah solat..
Cukup 5 waktu..
Apa lagi yang tak cukup..??

Suatu ketika, saya muhasabah diri saya 360 darjah..
Saya tahu, saya ada kekurangan sesuatu dan saya perlu bertindak!

Gambar sebagai hiasan dan kata-kata semangat!

Akhirnya, saya jumpa jawapannya.
Tanpa membuang masa, saya bernekad pada diri saya.
Saya wajib mengaji 2 helai muka surat Al-Quran setiap selepas solat fardhu.
Bermaksud satu hari, satu juzu'

Alhamdulillah, apa yang saya temui?
Saya jumpa ketenangan saya, saya jumpa jawapan pada setiap soalan hati saya. 
Jiwa saya terisi dan hidup saya lebih ceria dan lebih bersemangat.

Jadi kawan-kawan yang saya sayang, 
JIKA SEDIH, CARILAH AL-QURAN.
JIKA SEDANG BERBAHAGIA, CARILAH AL-QURAN.
HANYA AL-QURAN YANG DAPAT MENGUBATI HATI DAN PENEMAN SETIA ANDA HINGGA KE AKHIRAT.

InsyaAllah.



Waktu Terbaik Solat Tahajjud ~ Waktu yang Paling Tenang!

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,




Saya mengamalkan solat Tahajjud ni bermula bulan Jun 2013 yang lepas. Saya berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan saya memulakan langkah saya dengan mengamalkan solat sunat taubat dan juga solat sunat tahajjud. Ia juga atas ingatan mama Shaklee saya, kak cery. Beliau sentiasa mengingatkan kami amalan-amalan rohani dalam menjemput rezeki. Bersyukur dipertemukan dengan upline yang terbaik!

Alhamdulillah, solat sunat tahajjud mempunyai kelebihan seperti di bawah:

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
 

Waktu terbaik untuk melaksanakan adalah di 1/3 malam seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran. 
 
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)
 
Kebiasaannya, semasa permulaan langkah saya, saya melaksanakan solat sunat tahajjud ni pada pukul 5 pagi. Dan ada suatu ketika, saya terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi, saya pun terus bangun dan melaksanakan solat sunat yang ringan iaitu solat sunat Tahajjud. Khusyuknya..MasyaAllah. Sangat tenang ketika itu kawan-kawan. Sungguh, saya rasa sangat perbezaannya. Benarlah seperti yang di kata, waktu terbaik melaksanakan solat sunat tahajjud ini ialah di 1/3 malam. Kerana ketika ini, adalah ketika di mana saat tenang tanpa ada satu bunyi pun. Di saat insan lain sedang lena diulit mimpi.
 
Kita lihat pula bagaimana yang diperkatakan dengan solat 1/3 malam. Saya ambil dari sini.

Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Dibahagikan kepada 3 bahagian. Kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.
 
Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan:

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

Perlaksanaan solat sunat tahajjud ini sangat mudah! Hanya dengan 2 rakaat yang ringkas dan tiada had bagi rakaat tersebut. Allahuakbar, mudahnya menjemput PAHALA kan.

Jom kawan-kawan, kita sama-sama beramal dan menggandakan pahala. Lebih-lebih lagi, ramadhan hampir tiba. Sebelum sahur tu, boleh lah kita tunaikan solat sunat tahajjud ni dulu.



Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan