4 Cara Elak Perasaan Hasad Dengki
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Pagi tadi, sambil bersiap-siap terdengar seorang ustaz ni terang di TV3 dalam pukul 6 lebih ye. Saya tak pasti nama ustaznya sebab saya tak tengok, dengar sahaja. Mereka berbincang tentang perasaan hasad dengki dan ustaz beri 4 cara untuk elak perasaan hasad dengki ni bertakhta di hati. Jom kita tengok.
4 cara elak perasaan hasad dengki:
- letakkan sifat2 yang baik2 dalam diri kita. Tanamkan dalam jiwa.
- selalu baca al-quran, hafal ayat al-quran, yakin dengan nama Allah iaitu asma ulhusna, baca selalu nama Allah ini. Jadikan Al-quran sebagai panduan hidup.
- jangan berhenti berdoa kerana jika kita jarang berdoa maka senanglah syaitan nak hasut kita, kotorkan hati kita.
- sentiasa bersyukur. Bersyukur ini ialah kelebihan yang Allah beri pada hambaNya. Perbanyakkan bersyukur maka jauhlah kita dari perasaan hasad dengki.
Mudah aje rupanya cara nak elak perasaan hasad dengki ni tapi berat utk dilaksanakan. Jom kawan2 kita sama2 AUDIT DIRI. Semoga bermanfaat buat semua.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana