Minyak Naik 20 Sen!!!
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Kisah semalam yang baru nak dikongsikan hari ini. Saya tak nak berleter panjang. Cuma nak cakap satu je, minyak naik 20 sen tapi setangki naik hampir RM20???
![]() |
Sumber imej: google |
Semalam buat pertama kalinya isi minyak penuh selepas harga minyak naik 20 sen seliter. Suami memang sengaja kosongkan tangki minyak. Jadi, sebelum mulakan perjalanan pergi isi minyak. Tengok-tengok tangki penuh RM81.10. Fuhhh, tak pernah lagi isi minyak sampai harga macam ni.
Yelah, kita pakai Myvi je 1.3cc. Sebelum-sebelum ni penuh pun dalam RM60++. Lebih kurang lah. Sekarang ni minyak dah naik, apa nak buat? Tak boleh mengeluh sebab ini adalah ketentuan dari Allah.
Saya ada terbaca kisah di zaman Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu harga barang yang didagangkan naik. Ada yang bertanyakan kepada baginda, bagaimana dengan situasi ini. Hadis ini menunjukkan ketika zaman Rasulullah saw juga telah berlaku kenaikan harga barang.
Anas bin Malik berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.
Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Ye, Allah yang beri rezeki, Allah yang menetapkan apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini. Kita tidak boleh menidakkan takdir Allah. Jadi, usaha, usaha, usaha dan teruskan berusaha.
#misiRM500

8 comments
Write commentsJika pengurusan yang bijak dari pihak tertentu pasti rakyat tidak terbeban
Replyyup kak. terasa betul kesan 20$ tu. mula2 beli dulu isi rm50 da full tank. pastu naik rm60. sekarang ni isi penuh rm80+.
Replyye, betul tu Arz..tapi xpe, ini semua ketentuan Allah..kita dok pk cara lain pulak ye..huhu @aRz MoHa
Replynilai duit kita dah semakin kecillll.. @farhana mohamad
ReplyKu mohon dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kepada diriku dan keluargaku....
Replywww.broframestone.com
Amin..insyaAllah @Bro Framestone
Replysenyum je la

Replymemang ALLAH yang memberi takdir sis, tapi jika pemimpin yang penyayang macam Saidina Umar, itulah yang sebaiknya....
Allah tidak pernah kejam terhadap hamba-NYA
sebab tak nak ckp psl pemimpin sha...nnti nampak politik sgt..kita talk general hehe@TunSha Ayunie
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana