4 Tips Mudah Bangun Solat Tahajud
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Solat tahajud adalah solat yang paling susah kita nak amalkan. Sebab waktu solatnya adalah ketika semua insan sedang lena dibuai mimpi indah. Bagaimana caranya kita nak mudah bangun solat tahajud?
Ini adalah rahsia mudah bangun solat tahajud. Saya dah amalkan dan ianya sangat membantu saya bangun. Jika saya kurang membaca al-Quran di siang harinya, memang sukar untuk bangun tahajud. Perlu sedar diri dalam hal-hal sebegini.
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) - kredit info
Jom kita sama-sama hidupkan waktu malam kita. Azam saya 2015 hendak perbanyakkan lagi amalan rohani saya.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana