Tips Pemilihan Vitamin C
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Pemilihan setiap produk kesihatan, makanan tambahan atau mana-mana produk kesihatan mesti mempunyai kriteria tertentu sama ada dari segi penghasilan, bahan-bahan yang digunakan dan juga teknologi. Kali ini saya hendak kongsikan kepada anda semua pembaca blog saya yang luar biasa tentang tips pemilihan vitamin C terbaik. Jom kita ikuti:
Tips pemilihan vitamin C terbaik:
- Dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMPs).
- Mempunyai label “ethyl cellulose", "enteric coating" atau "food glaze". Ini menunjukkan produk tersebut mempunyai ‘bioavailabiliti’ atau keberkesanan yang baik.
- Pastikan bahan-bahan asas yang digunakan mempunyai COA (Certificate of Analysis).
- Tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan.
- Vitamin C yang dihasilkan mempunyai molekul sama seperti yang terdapat di dalam buah sitrus.
- Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.
- Menggunakan teknologi sistem pelepasan berperingkat (sustained release) kerana vitamin c adalah vitamin larut air.
Alhamdulillah, Vitamin C Shaklee pilihan saya mempunyai kesemua kriteria di atas. Jadi anda semua tidak perlu ragu-ragu dalam memilih vitamin c dari Shaklee ya.
2 comments
Write commentsterima kasih atas perkongsian
ReplyTerima kasih kak, sudi datang blog saya..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana