Followers

Basic H Menghilangkan Kerak Di Kuali

Friday, January 30, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Basic H menghilangkan kerak di kuali. Kita ni bila dah jadi ibu, jadi isteri, jadi tukang masak keluarga, segala periuk, kuali, pinggan mangkuk mestilah kita juga yang guna dan basuh kan? Kuali-kuali lama pula bila selalu dipakai akan ada hitam-hitam. Itu menandakan kita ni rajin memasak. Boleh gitu? Rimas juga bila lihat kuali, periuk ada kesan macam tu. Kalau tak sayang, memang dah dibuang dan cari pengganti yang baru.


Tapi mesti anda semua tak nak buang kan? Saya berani cakap laa sebab saya pun macam tu juga. Sayang wey, kuali tu semakin lama dipakai, semakin best. Nak kata makin sedap masakan tu tak juga tapi rasa feeeeeel sangat memasak guna kuali kita yang lama. Hitam pun hitam laa. Saya ada satu cara yang paling seronok dan mampu memberi kepuasan kepada anda.


Jadikan kuali hitam, bersih seperti baru dibeli! Mahu? Anda mahu? Yang disana tu mahu? Yang disitu? Mestila mahu tapi malu. (Eh, bergurau lagi). Caranya mudah sahaja. Kita layan gambar ye.


Ini caranya. Mudah sahaja. Kerja-kerja menyental juga mudah.

Yang ni pula, macam beli kuali baru kan? 

Para ibu teruja tak? Saya dah guna basic h ni dari tahun 2012 rasanya?. Memang puas hati. Sejak tahun tu, baru beli 2 botol. Botol kedua masih ada setengah botol lagi. Kalau ikutkan botol kedua tu sepatutnya beli lambat lagi tapi Muhammad (anak sulong saya) tuang basic h ni dalam besen mandi sebanyak-banyaknya. Beliau suka sebab buih jadi banyak. Biasa lah kan. Mandi sambil main buih. 


Sebotol hanya RM46. Tapi penggunaannya boleh tahan sehingga setahun bergantung pada jumlah penggunaan. 

Tips Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin

Wednesday, January 28, 2015 5 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Bagi wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak, masalah rambut gugur adalah perkara normal bagi mereka. Tetapi ia tidak bermakna ianya perlu diambil enteng sahaja. Jadi bagaimana kita dapat membantu masalah ini terjadi? Saya akan berikan tips kurangkan rambut gugur selepas bersalin.


9 Perkara Perlu Anda Tahu :
  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Cara Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin
  • Potong pendek rambut
Paling mudah potong rambut bagi pendek. Bila pendek ianya mudah dijaga dan tidak perlu disikat terlalu rapi. Perlu juga anda tahu bahawa, penggunaan getah rambut jika rambut itu panjang juga menambah lagi peluang rambut gugur.
  • Tukar syampu.
Sebaik-baiknya tidak menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia. Tukar kepada syampu yang menggunakan bahan semulajadi. Revitalizing Shampoo Shaklee membantu anda.


  • Tukar sikat rambut
Gunakan sikat yang lembut. Sikat yang keras dan kasar akan menyebabkan akar rambut tercabut.
  • Tukar cara sikat rambut
Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Ini kerana kulit masih lembut, struktur lebih rapuh dan mudah gugur. Rambut juga perlu disikat dengan lembut.
  • Elakkan buat rawatan rambut guna bahan kimia
Rawatan rambut yang perlu dielakkan seperti kerintingan rambut, luruskan rambut atau sebagainya. Semuanya memnggunakan bahan kimia.
  • Amalkan suplemen
Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah Zinc Complex dan juga ESP.

Zinc Complex - Mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. Ia juga membantu membaik pulih luka luar dan dalam selepas bersalin.

ESP - ESP adalah protein dan protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Ia membantu pertumbuhan rambut baru dan juga menambahkan lagi pengeluaran susu ibu yang menyusu. 


Semalam kebetulan dapat pula berita gembira,  rambut kurang gugur lepas makan zinc complex dan guna shampoo ni. Meh kita tengok terujanya beliau.


Seronok laa kan, Rambut kurang gugur, jadinya kurang laa nak vacuum dan menyapu lantai pasni. 

Kredit info sini dan sini.

Ingin Cerah Hanya Dengan Vitamin C?

Saturday, January 24, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Siapa yang ingin cerah hanya dengan vitamin C? Meh nak bagitahu, vitamin c ni memang popular sangat dengan fungsinya yang mampu mencerahkan kulit kan. Tapi benarkah ianya terbukti mencerahkan kulit anda?


Mari kita lihat bagaimana vitamin c shaklee terbukti mampu mencerahkan kulit anda walau hanya dengan sebotol vitamin c.


  • Dalam badan individu dewasa yang sihat, vitamin c bertindak meningkatkan tahap gluthatuione dalam sel darah merah dan limfosit.
  • Glutathione ni tugasnya membantu memastikan pigmen-pigmen gelap dan cerah berada dalam keadaan yang seimbang.
  • Pengambilan sebanyak 1000 - 3000 mgs vitamin C sehari secara konsisten akan mencerahkan kulit. 

Selain dari vitamin C, apakah produk Shaklee yang mempunyai glutathione? Jawapannya ialah collagen powder shaklee. Gabungkan kedua-dua produk ini dalam diet harian anda, insyaAllah hasilnya lebih memuaskan. Boleh baca entri ini di sini.


Sekarang ni saya nak kongsikan testimoni pelanggan shaklee yang cerah hanya dengan vitamin c.

klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Nampak tak jauh perbezaannya. Ini orang yang sama ye. Bukan tipu, tiada pembedahan plastik. Boleh tengok di sini ya. Terima kasih kerana kongsikan testimoni bergerak ini. 


Bila saya lihat testimoni ini, rasa cemburu yang teramat, rasa insaffff, rasa takut nak skip makan vitamin c 6 biji sehari. Kenapa 6 biji? Sebab setiap 1 tablet mengandungi 500mg vitamin c, jadi 6 biji vitamin c bersamaan dengan 3000mg vitamin yang disarankan diambil oleh pakar kecantikan jika anda ingin mengekalkan kecantikan dan kecerahan kulit anda. 


Jika Anakmu...

Saturday, January 24, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom


Jika Anakmu …, Itu Karena …




  1. JIKA anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.
  2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT
  3. Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA
  4. Jika anakmu MENCURI, itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.
  5. Jika anakmu PENGECUT, itu karena engkau selalu MEMBELANYA.
  6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN, itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.
  7. Jika anakmu MARAH, itu karena engkau KURANG MEMUJINYA.
  8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.
  9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.
  10. Jika anakmu LEMAH, itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA.
  11. Jika anakmu CEMBURU, itu karena engkau MENELANTARKANNYA.
  12. Jika anakmu MENGANGGUMU, itu karena engkau KURANG MENCIUM dan MEMELUKNYA
  13. Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU, itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.
  14. Jika anakmu TERTUTUP, itu karena engkau TERLALU SIBUK.

SELENGKAPNYA: 
http://www.islampos.com/jika-anakmu-itu-karena-130285/


Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

Saturday, January 24, 2015 1 Comments A+ a-

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Lebih Muda dengan Kolagen

Friday, January 23, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Lebih muda dengan kolagen. Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan tubuh badan yang muda. 


Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:
  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh
  • Rambut halus dan gugur

Kehilangan kolagen bukan sahaja menyebabkan kita tampak lebih tua malahan ia juga penyebab kepada osteoporosis dan sakit sendi. Tapi, jangan lupa ambil kolagen yang mempunyai molekul sekitar 1000 dalton kerana ianya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu dalam meningkatkan sitesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Antara sebab lain yang perlu diambil kira adalah jumlah gluthathione yang sangat tinggi anti oksidan dan mempengaruhi kesihatan hampir keseluruhan tubuh anda. Ia juga membantu menghasilkan kolagen di dalam badan yang semakin berkurangan ketika berusia 25 tahun.


Meh sini saya kongsikan kepada anda semua testimoni-testimoni kolagen.







Boleh klik gambar untuk paparan lebih jelas ye. Boleh juga lihat testimoni saya di sini.


Kumpulkan Semangat, Ikat Perut Beli Vivix Demi Anak

Wednesday, January 21, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kumpulkan semangat, ikat perut beli vivix demi anak. Bila kita ni para wanita dah bergelar seorang ibu, apa sahaja kita sanggup lakukan demi anak kan? Ini kisah min, yang sanggup berbuat apa sahaja demi anak. Min telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri beliau mulai kurang deria rasa.

Jom kita ikuti kisah sedih beliau,

"Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.

Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.


Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.
Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.

Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.


Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah. 

SR Vitamin C, 
Vitalea, 
B Complex, 
Vitamin E, 
GLA, 
Zinc Complex, 
Peppermint-Ginger,
Herb Lax, 
Omegaguard, 
Lecithin,
Garlic

Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.


Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.

Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya."


Terima kasih min for sharing this story to us. Sangat menyentuh hati. Sedih tak terkata. Promosi bulan ni promosi vivix, saya doakan Min sentiasa sihat. 




Bagaimana Vivix Membantu untuk Kurus?

Sunday, January 18, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana vivix membantu untuk kurus sedangkan vivix ini cukup terkenal dengan kehebatannya dalam membantu mengatasi masalah sakit-sakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser, sakit resdung kronik malah juga dikatakan sebagai suplemen anti penuaan yang cukup power.


Vivix cukup kaya dengan resveratrol dan dikatakan mempunyai 10x ganda resveratrol di dalam sebotol vivix yang mengandungi 150ml dalam setiap botol. Jika sebab RESVERATROL, apakah pula itu resveratrol??


Resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. 5 sebab anda perlukan vivix dalam diet seharian anda telah saya terangkan. Kini bagaimana pula ia membantu untuk anda kurus.



  1. Kandungan resveratrol adalah bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan yang mempertahankan tumbuhan kepada penyakit
  2. RESVERATROL ni bertindak sebagai anti-aging yang boleh melindungi dan melambatkan proses penuaan
  3. RESVERATROL meningkatkan tahap kolestrol yang baik dan melindungi dari kerosakkan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung.
  4. RESVERATROL memberi kesan dalam pengurangan lemak badan
  5. RESVERATROL membantu pengurangan pengumpulan dan penghalang sintesis lemak dan seterusnya meningkatkan pengoksidan asid lemak kerana RESVERATROL membantu meningkatkan pengaliran darag yang membawa oksigen ke seluruh badab iaitu pembakaran lemak.
  6. RESVERATROL membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan sekaligus dapaf kurangkan keghairahan anda melihag makanan yang lazat2 depan mata..hihi!
Haa apa yang anda rasa? Teruja macam saya? Hihi jom kita bervivix!

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

Thursday, January 15, 2015 8 Comments A+ a-

Klik banner untuk sertai


Happy birthday kak Fuza, semoga bertambah cantik dan sihat sepanjang masa.

Teringat dulu, rasanya pertama kali join giveaway ni adalah giveaway kak Fuza. Masa tu masih gunakan blog yang lama iaitu norhanamarsom.blogspot.com. Hehe tapi seronok, kat situ laa mula belajar erti blogwalking. :)



Gula-gula Sihat Anak-anak

Wednesday, January 14, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ramai yang dah tahu vitalea for children ni dah kembali di pasaran Malaysia. Kawan-kawan saya gelar ianya gula-gula sihat anak-anak. Dah tak perlu beli gula-gula lain lagi dah, ini sahaja dah cukup. Sehari sebiji pun tak cukup kalau anak-anak dah mula makan sebab rasanya yang sedap iaitu perasa anggur. 


Vitalea for children ini ialah mutivitamin terbaik untuk anak-anak kita. Kenapa pula kami ni gelar ianya gula-gula sihat? Ini kerana ia mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan. 


Setiap vitamin dan mineral di dalamnya juga mempunyai manfaat yang baik untuk anak-anak. 


Jom berikan vitalea untuk anak anda. Multivitamin terbaik.

Pengedar Shaklee Sekitar Muar, Bakri dan Parit Sulong

Tuesday, January 13, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Saya adalah pengedar shaklee sekitar Muar, Bakri dan Parit Sulong. Jika anda mencari produk shaklee dan hendak membuat pembelian secara face to face, boleh hubungi saya tau. Saya ada membuat penghantaran di sepanjang jalan Muar sehingga ke Parit Sulong.


Tapiiii nak bagitahu ni, kalau ada yang nak buat pembelian secara face to face tu, perlu beritahu saya awal-awal tau supaya boleh saya cek stok yang ada. Saya menjalankan perniagaan Shaklee tanpa modal, bermaksud saya hanya membuat pembelian setelah pelanggan membuat tempahan dengan saya. Ada juga beberapa vitamin di tangan saya tapi tak sebanyak seperti di cawangan laa. Hihi.


Ini yang saya suka bisnes Shaklee ni. Sangat mudah dan tak memerlukan modal yang banyak. 

Okay, jangan lupa hubungi saya tau!

5 Sebab Anda Perlukan Vivix Dalam Kehidupan Seharian Anda!

Monday, January 12, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


5 sebab anda perlukan vivix dalam kehidupan seharian anda, ini yang perlu anda tahu dan pastinya membuatkan anda teruja. Di dalam vivix mengandungi 10 kali lebih hebat daripada  resveratrol. Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.


Resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.


1) Kehilangan berat badan

Dalam satu kajian yang telah dibuat di antara resveratrol dan kehilangan berat badan, saintis mendapati bahawa resveratrol boleh merangsang adiponectin (hormon yang memiliki sifat-sifat anti-obesiti dan melawan ketahanan insulin).


Kajian ini menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mempercepatkan metabolisma badan dan bertindak balas terhadap pembentukan sel-sel lemak.
Tahukah anda bahawa ujian yang dijalankan keatas tikus yang di suapkan dengan 432mg of resveratrol kekal kurus dan sihat walaupun makan dengan diet high cholestrol dan lemak? Dijalankan oleh Dr Sinclair. Cuma satu yang dia lupa nak jumpa ialah bagaimana mendapatkan 432mg of revastrol tanpa menelan 1500 botol wine merah.

Jadi shaklee dah buat kajian bahawa buah anggur muskat dan purple carrot dan 2 lagi bahan high revastrol dan juga poliphenols. Dan 1 sudu teh vivix membekalkan 100mg revastrol. Jadi, untuk kurus ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 5 sudu teh sehari bersamaan 500mg sehari.


2) Kanser

Menurut laporan daripada Annals New York Akademi Sains 2011, resveratrol membantu dalam pencegahan dan rawatan kanser. Malah, beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mempunyai kesan anti-kanser.


Dalam satu kajian tahun 2008 terhadap sel, salah satu contoh, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara pada peringkat yang paling awal. Kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menunjukkan permulaan pembentukan sel kanser.


3) Penyakit Jantung

Resveratrol menunjukkan potensi dalam rawatan penyakit jantung, menurut kajian Aspek Molekul Perubatan pada tahun 2010. Penulis kajian itu menyatakan bahawa resveratrol boleh membantu mengurangkan LDL ("buruk") kolesterol, mencegah pengerasan arteri dan mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.


4) Penuaan

Resveratrol boleh membantu dalam pencegahan penyakit yang berkaitan dengan usia (seperti keradangan dan penyakit neurodegenerative). Penyakit neurodegenerative seperti parkinson dan alzheimer.


Di dalam Jurnal Klinikal Endokrinologi & Metabolisme, kajian yang memberikan 20 peserta sama ada pil plasebo atau 40 mg daripada resveratrol sekali sehari selama enam minggu menunjukkan bahawa ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif (proses biologi yang berkaitan dengan penuaan dan dikaitkan dengan beberapa penyakit) dan keradangan.


5) Penjagaan Kulit

Penyelidikan awal menunjukkan bahawa resveratrol boleh melawan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraungu. Sebagai contoh, satu kajian daripada The FASEB Journal 2005 mendapati bahawa resveratrol boleh melindungi daripada penuaan apabila digunakan secara langsung pada kulit.



Antara manfaat vivix ialah:


Ini pula golongan yang memerlukan vivix:



Cubalah vivix!

kredit info: http://altmedicine.about.com/od/herbsupplementguide/a/resveratrol.htm

Dulu Muka Berjerawat, Kini Tinggal Parut Sahaja!

Sunday, January 11, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Dulu Muka Berjerawat, Kini Tinggal Parut Sahaja!| Pernah tak anda alami muka berjerawat besar-besar dan bernanah disebabkan masalah resdung anda? Bila resdung, masalah yang sering dikhuatiri oleh penghidap resdung ialah JERAWAT. Ye JERAWAT!


Pasti ramai yang tak suka kan? Lebih-lebih lagi seorang wanita. Haa kalau nama wanita, tahap umur yang macam mana pun tetap nak jaga kecantikan. Tak percaya? Cuba tengok adik-adik anda yang masih kecil, mesti nak sikat rambut cantik-cantik, mesti nak pakai baju yang kemas dan lawa kan? Haa ni laa bukti wanita memang sukakan kecantikan.


JERAWAT ni musuh! Nak bagitahu bahawa jerawat ni boleh diatasi oleh penghidap resdung asalkan masalah resdungnya itu dirawat. Jangan pula buat-buat tak tahu ye. Resdung ini boleh membawa MAUT! jika tidak dirawat.


Testimoni kali ini adalah testimoni bergambar. Saya pernah ceritakan tentang pelanggan saya ni di entri JERAWAT BERHENTI KELUAR. Kita boleh lihat perbezaan ketara di antara gambar sebelum (gambar atas) dan gambar selepas (gambar bawah). Alhamdulillah, setelah 4 bulan mengambil set resdung ini, jerawat dan masalah kulit muka beliau dapat diatasi. Jerawat juga semakin berkurangan.


Bersyukur dan rasa teramat-amat bahagia bila kita dapat memberi dan menambah nilai pada insan lain yang lebi memerlukan. Akhirnya, keyakinan kakak ini juga bertambah dan tak malu lagi nak berdepan dengan orang luar.


Vivix Membantu Perbaiki Sel Dalam Badan

Friday, January 09, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Vivix merupakan suplemen anti penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no. 1 suplemen makanan di Amerika. Salah satu manfaat vivix ialah vivix membantu perbaiki sel dalam badan anda. 


Setiap hari, setiap sel dalam tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakannan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Di sini lah tugas vivix dimana ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Sel paling banyak ada mitochondria ini ada kat jantung, hati dan otot. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Jadi ramuan vivix menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel dan secara tak langsung ia melindungi jantung kita.


Ok, hari ni nak bagi testimoni seseorang yang sakit di bahagian dada sebelah kiri:


saya salah seorang pengguna vivix. dah dekat 3 bulan saya amalkan minum vivix. alhamdulillah badan rasa sihat dah tak terasa sakit2 badan macam dulu. sebelum ni saya pernah sakit badan sebelah kiri, dada rasa nyeri rasa macam dicucuk,kadang2 rasa sakit sampai ke tengkuk sbelah kiri. lengan pun rasa lenguh je hingga tak selesa buat kerja. 

pada mula nya saya ingat tanda2 sakit jantung sebab sakit tu attack sebelah kiri. sampai satu tahap (pada tahun 2012) saya pernah refer ke pakar di sri kota, dan buat full medical checkup dan xray. alhamdulillah rupanya bukan sakit jantung. tapi disebabkan masalah tisu otot dada saya terkoyak sikit. 

saya tak pasti apa punca sebenar tapi apa yang pasti doktor kata saya bebanan kerja lebih di sebelah kiri ( sebab saya lefthanded) 
doktor kata bila tisu lembut pada otot dada kita terkoyak mungkin menjadi punca kesakitan dari jantung ke paru-paru, otot-otot, tulang rusuk, hinggalah ke saraf. so barulah saya tahu sakit dada sebelah kiri tak semestinya tanda2 sakit jantung. lepas doktor cakap mcm tu baru rasa lega sikit. patut lah satu badan rasa lemah selalu dan rasa sakit tu sampai ke tulang belakang.

Dari kecik sampai dah berumur ni buat kerja semua dengan tangan kiri. kerja ringan mahupun kerja berat semua guna tangan kiri. so doktor kata tak de ubat cuma perlu buat fisioterapi sendiri / urut dan kurangkan penggunaan tangan kiri. susah rasanya nak buat kerja sebelah kanan sebab dah terbiasa guna tangan kiri. 

So untuk kurangkan rasa sakit dan nyeri tu apa yang boleh saya buat hanya urut dan sapu minyak panas je. bertahun juga la saya terpaksa hadapi rasa sakit ni. hari2 rasa tak selesa bila buat keja. tapi terpaksa tahan juga. 

Bila terbaca manfaat vivix boleh perbaiki dan pulihkan sel2 dalam badan saya teringin nak cuba. so saya kumpul duit beli vivix. dan sekarang dah dekat 3 bulan saya amalkan vivix alhamdulillah sangat2 rasa sakit dada & nyeri kat dada tu dah beransur hilang. memang betul lah vivix betul2 power. so lepas ni saya akan jadi pengguna tegar vivix. badan rasa selesa je walaupun saya hanya minum 1 sudu vivix sehari.


Alhamdulillah, tahniah Aya sebab dah pulih sepenuhnya InsyaAllah. Siapa yang disarankan ambil vivix ni?



Nak tengok lagi pelbagai testimoni vivix membantu sembuhkan kanser, perokok berhenti rokok dan rokok rasa pahit, pesakit slip disk sembuh? Klik SINI.


Segmen Mama Mencari Bloglist

Friday, January 09, 2015 7 Comments A+ a-




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!

Parut Chicken Pox Pudar dengan Shaklee!

Monday, January 05, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Siapa pernah dapat demam chicken pox? Yang dah mengalaminya pasti trauma kan? Trauma sebab seluruh badan termasuk muka dan tangan berparut dan berlekuk-lekuk kesan chicken pox tersebut. Saya dapat demam chicken pox ni masa umur 20 tahun sedang belajar ijazah di Terengganu. 


Bila demam, balik laa kampung. Abah bagi makan madu khaula setiap hari. Alhamdulillah takde kesan sampai sekarang. Lagipun umur masih muda, kolagen masih banyak dalam badan, toksid pun kurang rasanya. Hehe. Jeles kawan-kawan saya tau sebab masa tu demam chicken pox secara berjemaah dan muka mereka berparut.


Bila dah kenal shaklee ni, macam-macam produknya yang boleh membantu menghilangkan parut-parut chicken pox. Saya pernah juga kongsikan satu testimoni di sini. Hari ni nak kongsi lagi testimoni parut hilang dengan esp, vit c dan juga vit e. Real testimoni tau

Kredit pada Eid. Tahniah Eid!

"Assalamualaikum...selamat pagi..:) 

harini share testimoni sendiri la pulak...sebelum ni eid selalu cerita yang eid kena ciken pox kan...y tudung coklat masa muka berparut ciken pox..lebam bawah mata tak yah cakap lah...parut merata kat muka...masa tudung putih tu after ambik vitamin E dan Esp...parut da pudar...tinggal yang lekuk-lekuk da...masa ni muka kiranya dah 90% pulih la...n yang tudung hijau tu gambar harini...masih lagi ada parut, tapi dah tak nampak sangat...dan parut jerawat pun cepat pudar...:) 

eid konsisten ambik vitamin E, vitamin C dan ESP...ada jugak waktu muka kusam sebenarnya, tapi malam before sleep eid akan buat masker vitamin E...sapu kat muka..ngan bibir sekali..kulit bibir mengelupas, elok sapu vitamin E...vitamin C eid memang ambik tak pernah skip... "


Kelebihan ESP:
  1. AWET MUDA - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  2. BAIK UNTUK HORMON - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya denganisoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. BAIK UNTUK PROSTAT - Genistein  yang terkandung dalam kacang soya terbukti mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. KULIT REMAJA - meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurang kedutan, agen anti-penuaan, mengembaikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. PEMBEKAL TENAGA - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  6. MEMBAIKI PIGMENTASI - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. MEMBAIKI MEMORI - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Kelebihan Vitamin C:
  1. Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  2. Memperbaiki simptom pendarahan
  3. Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. 
  4. Memerangi kanser - satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh.
  5. Mencantikkan kulit - melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.
  6. Memperbaiki insomnia
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi

Kelebihan Vitamin E:
  1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  3. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  4. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  8. Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  9. Merendahkan kadar kolesterol.
  10. Membantu mencegah kanser.
  11. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  12. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

     3 produk ini bukan sahaja untuk kecantikan malah ia juga membantu meningkatkan tahap kesihatan anda kepada lebih baik. Anda teruja? Jom tingkatkan tahap kesihatan anda dengan Shaklee.


Alfalfa Complex Sumber Klorofil

Monday, January 05, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Klorofil berperanan melakukan fotosintesis (menyerap dan menggunakan tenaga sinar matahari untuk mensintesis oksigen dan karbohidrat daripada karbon dioksida dan air) pada tumbuh-tumbuhan. Ia bukan sahaja penting bagi tumbuh-tumbuhan tetapi juga bagi manusia kerana sebahagian besar keperluan gizi berasal daripada tumbuh-tumbuhan.


Klorofil dapat digunakandalam mengubati penyakit kanser, jantung, AIDS, asma, diabetes, pneumonia (radang paru-paru), kemurungan bahkan kusta. Juga untuk penyakit radang seperti artriti, jerawat, radang tenggorok, radang pankreas, radang gusi dan isitasi usus.


Kelebihan klorofil boleh didapati daripada penggunaan sayuran terutama yang berwarna kehijauan seperti brokoli, jus daripada wheat grass, barli, alfalfa, spirula dan pelbagai jenis yang lain.




Zaman moden ni, kita semua lebih suka ambil sesuatu gizi daripada bahan yang mudah untuk diambil. Contohnya alfalfa telah dijadikan dalam bentuk tablet menjadi Alfalfa complex oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.


Menariknya, Dr Shaklee mengambil masa 2 tahun untuk menunggu medicago sativa (tumbuhan alfalfa gred paling tinggi) untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah dan menyerap pelbagai nutrisi barulah diambil untuk dijadikan tablet Alfalfa complex ini.


Prosesnya juga mengambil masa yang lama untuk dijadikan Alfalfa Complex demi untuk mengekalkan nutrisi yang terdapat pada daun alfalfa ini. Ye hanya daunnya sahaja yang diambil untuk dijadikan tablet Alfalfa complex.


Anda mampu dapatkan daun alfalfa untuk berikan gizi terbaik untuk badan anda? Fuh saya tak mampu kerana diketahui alfalfa ini sangat mahal harganya dan hanya dihidangkan di restoran berprestij tinggi sahaja. Kat warong-warong pun takde jual. Hihi.


Saya memilih tablet alfalfa complex sahaja. Mudah dan cepat. Malah nutrisinya juga terjamin kekal di dalam tablet ini. Jom sertai saya dapatkan alfalfa complex ini pada harga PROMOSI dan MURAH  bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain.

Link menarik:

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan