Masalah Prostat Mengganggu Para Lelaki
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sakit Prostat adalah sakit yang sering melanda lelaki. Penyakit ini menyerang tidak mengira usia dan punca-puncanya jarang dikenalpasti tetapi masalah seperti sukar membuang air kecil, tidak lawas, kerap kencing malam adalah antara beberapa simptom awal masalah ini.
PROSTAT adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra. Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.
Ini petikan yang saya ambil dari myMetro
--------------------------------------
“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.
“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.
Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.
“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
“Seterusnya pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.
Sementara itu, Perunding Urologi, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam berkata, setiap lelaki berisiko dijangkiti kanser prostat. Meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.
--------------------------------------
Bahayanya kanser prostat ini kan. Malah ianya menyerang tanpa mengira usia. Jadi para lelaki, jangan lupa jaga kesihatan yang baik ye.
Untuk mengetahui vitamin Shaklee yang membantu mengatasi masalah prostat ini, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya ya.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana