Followers

Resepi Meatball Homemade Mudah dan Ringkas

Thursday, December 31, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Meatball Homemade Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:

Daging kisar             200gm atau 1 cawan
Tepung gandumg      1/2 sudu makan
Tepung ubi                1 sudu makan
Telur                          1 biji
Lada sulah                  1/2 sudu teh
Perasa/garam/serbuk paprika secukupnya

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata
  • Bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. (semasa dibulatkan, basahkan tangan dengan sedikit minyak masak untuk elak dari daging melekat di tangan)
  • Angkat dan toskan


Bebola yang belum direbus


Bebola yang dah siap direbus


Resepi fishball
Resepi nugget

Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas

Wednesday, December 30, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:
Isi ikan              500 gm @ 2 1/2 cawan
Tepung ubi        1/2 cawan
Gula pasir          1/4 cawan
Ajinomoto         1 sudu makan
Lada sulah         1/2 sudu teh
Sedikit garam
Kiub ais             4 ketul

Cara-cara:

  • Kisar kesemua bahan hingga sebati
  • Kemudian masukkan ketulan ais dan kisar lagi
  • Bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air mendidih
  • Angkat dan rendam dalam air sejuk
Nota: Ketika hendak bulat-bulatkan, ambil sedikit minyak dan letakkan ke tapak tangan untuk memudahkan proses membulat dan tidak melekat.

Maaflah, ni aja gambar yang ada..

Resepi nugget 
Resepi meatball

Resepi Nugget Homemade Mudah dan Ringkas

Tuesday, December 29, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Nugget Homemade Mudah dan Ringkas | Fuhhh, lamanya saya ambil masa untuk kemaskini resepi nugget homemade mudah dan ringkas yang saya belajar 1hb Disember aritu kan. Dah nak habis bulan Disember pun ni. Biar lambat asal selamat gitu :D.

Sebenarnya bulan Disember ni adalah bulan yang paling padat bagi kami sekeluarga. Walaupun saya dah jadi surirumah bergaji semula, tapi masih banyak urusan-urusan penting yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan hampir setiap hari duduknya dalam kereta. Duduk dalam rumah bila tidur je. Hehe (alasan sangat kannn).

Oklah, saya teruskan dengan resepi nugget homemade mudah dan ringkas ni ya.

Bahan-bahan:
Isi ayam atau filet          500gm @ 2 1/2 cawan
Tepung gandung            3 sudu makan
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Daup sup atau daun bawang atau oregano

Bahan-bahan salut:
Telur
Tepung atau serbuk roti atau emping jagung atau oat

Cara-cara:

  • Kisar semua bahan hingga sebati
  • Bentukkan
  • Jika adunan basah, perlu keringkan dahulu menggunakan tepung gandum (salut nipis sahaja tak perlu tebal)
  • Kemudian celup tepung, barulah serbuk roti atau nestum atau oat.
  • Sedia untuk digoreng!

Mudah kan? 

Resepi fishball
Resepi meatball

Tabung Paksa Rela

Wednesday, December 02, 2015 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t,

Tabung Paksa Rela | Pernah dengar juga sebelum ni menabung dengan menetapkan jumlah tabungan setiap hari, contohnya sehari wajib simpan RM1. Tak kira laa menggunakan duit syiling atau duit kertas. Tapi pagi-pagi ni terbaca pulak dekat newsfeed fb menabung dengan menetapkan warna duit pilihan.

Agak-agak mampu tak kita nak menabung macam ni? Kalau tak dipaksa, memang tak menjadi. Yang penting mestilah disiplin dan jujur dengan diri sendiri. Semuanya bermula dengan diri sendiri kan. 

>> Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya <<

Pertama sekali, setkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

+ Tempoh masa : 10 bulan
+ Tujuan : Nak gi vacation @ gi Umrah @ nak menikah lagi @ nak beli beg Prada dan sebagainya
+ Duit yang dipilih : RM5 dan RM20 (saya pilih RM20 sahaja)


PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2..HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20.

3..Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT.

4..WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5. Kalau belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG.

Sumber: Nahar Efendy Noordin

 Terbaca pulak komen seseorang di entri ini.

Kalau korang? Menabung ke tak? Hehehe..jujurrrrr


Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget)

Tuesday, December 01, 2015 3 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget) | Cukup sebulan saya tak update blog saya ni. Dah mula bersawang sangat dah. Tapi sayangnya pada blog memang susah nak dinafikan. Hari-hari dok teringat tapiiii tak update jugak yek.

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk menghadirkan diri dalam kursus Frozen (Fishball, Meatball dan Nugget). Kursus ini dianjurkan oleh Puan Shikin dari Mini RTC Batu 18, Air Hitam Muar. Tenaga pengajarnya ialah Puan Sharifah Mahani Syed Ismail dari Bakery Academy Kulai.



Jauh tenaga pengajar datang, jadinya kesemua peserta haruslah belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan ilmu yang diberi kat rumah pula. Boleh juga share resepi pada kawan-kawan blog saya ni. Tapi sat na, resepi mungkin di lain entri.

Kursus ini dihadiri oleh 34 orang peserta. Fuhh memang penuh dan padat! Tak sangka sambutan sangat luar biasa. Owh ye, kursus ni saya hanya bayar RM10 sahaja. Selebihnya ditanggung oleh pihak MRTC. Terima kasih sekali lagi Puan Shikin.





Okay, tanpa membuang masa, kita layan gambar jelah ye. Tengok gambar ni syok sikit kann.



Inilah 2 tenaga pengajar (ber uniform) yang mengajar dalam kursus ini, Puan Sharifah Mahani dan anaknya. Saya lupa nama anaknya. Maafkan saya ye. Puan Sharifah Mahani ini mempunyai bakeri beliau sendiri di Kulai yang diusahakan bersama suami dan anak-anak. Seronoknya mereka semua berada dalam bidang dan minat yang sama. Jadi mereka bersama-sama dalam semua perkara. Seronok kann. (Saya tengah berangan bisnes bersama suami dan anak-anak)







Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sama-sama membantu membentukkan fishball, meatball dan juga nugget. (Gambar semasa fishball, meatball dan nugget dibuat tak ada, maaf ye)







Akhir sekali, proses merebus dan menggoreng fishball, meatball dan nugget. Kemudian dibungkus untuk dibawa pulang oleh peserta (kami laa tu). Rasa nuggetnya memang heaven. Macam nugget beli kat McD. Tak yah dah nak pergi McD ni, buat sendiri je. (Saya pun dah bertahun tak ke McD).









Masa daftar untuk kursus ni, daftar sendiri je. Dah sampai ke kursus rupa-rupanya kakak sekampung pun join sekali. Apa lagi, havoc laa kami bertiga. Heeee..



Akhir sekali, acara wajib. Gambar kenangan bersama-sama kesemua peserta, penganjur dan tenaga pengajar. Seronok sesekali aktifkan diri dalam aktiviti Mukim dan kampung ni. Rasa syok nak join lagi akan datang. InsyaAllah.

PROMO GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Saturday, October 31, 2015 2 Comments A+ a-

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/10/gmbm-1st-anniversarry-giveaway.html

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.

Detail segmen :

~ Mula : 21 Oktober 2015 - 31 Oktober 2015 ~
~ Hadiah : 19 pemenang di cari ~

Jom meriahkan segmen ini bersama kami.
Klik Banner Segmen untuk menyertai.

Selamat Bersegmen


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Rawat Masalah Mata Rabun

Monday, October 26, 2015 4 Comments A+ a-


Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Rawat Masalah Mata Rabun | Masalah mata rabun kini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa. Kanak-kanak juga semakin ramai yang mengalami masalah rabun. Oleh kerana risiko mereka terdedah kepada masalah rabun semakin meningkat, anda sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah awal untuk mengelakkannya.


Penjagaan dari kecil terutama dalam bab pemakanan boleh membantu pencegahan awal masalah mata rabun. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti lobak merah, epal, mangga dan betik. Ia membantu mengurangkan masalah mata rabun bahkan jika yang sudah ada masalah rabun, jika mengamalkan pemakanan sihat ini ia mampu mengurangkan tahap rabun anda.


Sarapan pagi Angle Hair Cheese Bake

Sunday, October 25, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Sarapan pagi Angle Hair Cheese Bake | Semalam goreng Angle Hair, masih berbaki tak habis makan. Jadi, pagi ni buat sarapan paling menjimatkan masa. Ubah angle hair goreng kepada Angle Hair Cheese Bake. Curlassss sangat sarapan pagi ni. :D


Sarapan saya macam biasa lah, ESP+Oat+milo. Kenyangggg. 

Nak tahu kisah ESP? KLIK sini

Vitamin E Membantu Mengurangkan Sakit Warga Emas

Friday, October 23, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Vitamin E Membantu Mengurangkan Sakit Warga Emas | Hari tu dapat panggilan dari pelanggan setia saya. Beliau nak beli vitamin E lagi untuk mak mertua beliau. Setelah dirisik-risik, rupa-rupanya mak mertua beliau ni sesuai sangat makan vitamin E. Sakit-sakit badan, lenguh pinggang dan masalah keletihan ni kurang sangat. Jadi, Vitamin E Membantu Mengurangkan Sakit Warga Emas.


Selama ni bila kita sebut vitamin E, dalam kotak fikiran kita sebab nak cantik. Betul tak? Hehehe faham..faham. Sebab saya pun macam tu jugak. Tak pernah terfikir boleh kurangkan sakit-sakit warga emas ni. Hmm, jadi berbaloi lah pelaburan kita selama ni yang sentiasa amalkan vitamin E dalam diet seharian kita. Saya amalkan vitamin E dari Shaklee, vitamin E jenama lain saya tak jamin lah sebab takde pengalaman consume vitamin E jenama lain.

Jom kita tengok khasiat vitamin E Shaklee:
  • Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)
  • Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga STRETCH MARK selepas bersalin)
  • Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)
  • Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat
  • Mengatasi kulit kering dengan melembapkan kulit
Vitamin E Shaklee ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING.

Kebaikan kesihatan grape seed extract:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan badan

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Friday, October 23, 2015 9 Comments A+ a-


Dah lama tak join segmen
Jom sama-sama kita join, klik gambar k :)


Tonsilku Bengkak

Tuesday, October 13, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tonsilku Bengkak | Alhamdulillah, tonsilku bengkak semalam. Rasanya dah nak tidur tiba-tiba cubaan untuk menelan air liur menyakitkan. Eh kenapa pulak ni. Tengok di cermin, dah mula membengkak tonsil, merah-merah dah pun.

Apa lagi, ku gagahkan diri malam-malam bangun makan aiskrim vanila. Hehe pukul 11.30 malam pula tu. Nak cepat sihat punya pasal. Lepas tu, sebelum tidur makan nutriferon 1 sachet.

Alhamdulillah, pagi ni dah baik dah. Tonsilku dah tak bengkak lagi. Seronok! Syukur Alhamdulillah. Penangan aiskrim vanila special. Kenapa special sangat ni? Sebab aiskrim vanilaku ada oreo. Heee. Tapi kalau anda sakit tonsil ni, makan aiskrim vanila kosong je tau. Sangat membantu!

Apa itu tonsil?
Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran pernafasan kita.

Tonsil ni juga boleh dihilangkan dengan kumur air garam atau pun dengan pengambilan vitamin.


Garlic - antibiotik semulajadi yang sangat bagus. Bertindak untuk menghalang jangkitan kuman.

Nutriferon - bagus untuk mengukuhkan imunisasi badan kita dalam masa 3 hari. Juga membantu mengurangkan kelesuan badan.

Vitamin C - membantu menyokong sistem imunisasi badan iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.

Zink - membantu pengeluaran kalenjar thymus iaitu kalenjar sistem imunisasi badan.

Kenapa perlu dibedah jika kita boleh elakkan tonsil bengkak ni berlaku lagi kan?



Rawat Masalah Kesihatan dengan Madu dan Serbuk Kayu Manis

Monday, October 12, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Rawat Masalah Kesihatan dengan Madu dan Serbuk Kayu Manis | Rasulullah SAW amat menyukai meminum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini adalah untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Madu sangat banyak khasiatnya.

Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.

Khasiat madu dan serbuk kayu manis


Merawat jerawat di muka.

Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.

Masalah keguguran rambut

Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

Masalah penghadaman

Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

Kredit: Pa&ma

YES Pack Vivix untuk Abah

Monday, October 12, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

YES Pack Vivix untuk Abah | Alhamdulillah, bulan ni dapat lagi belikan vivix untuk abah pada harga yang sangat murah. JIMAT RM184.70. YES pack ni bakal berakhir pada 31 Oktober ini tau!

Abah ambil sebotol vivix untuk sebulan. Alang-alang nak jimat, belikan 2 terus. InsyaAllah ada rezeki lebih sebelum 31hb ni, boleh belikan lagi. Kumpul duit adik beradik. Terima kasih kakak dan adik-adikku sama-sama kita berikan yang terbaik untuk abah.

Abah semakin sihat dan bertenaga. Memang dia seronok. Abah bukan minum vivix sahaja tetapi abah juga pengamal tegar madu asli, minyak zaitun, habbatussauda, serbuk kayu manis. Sangat membantu untuk kesihatan abah.


Kelebihan vivix:

Vivix untuk stroke

Resveratrol di dalam vivix membantu mengurangkan inflamasi, mengelakkan pengoksidaan kolestrol jahat dan menjadikan ianya sukar untuk platlet untuk bercantum dan membentuk darah beku yang menyebabkan penyakit jantung.

Vivix untuk menurunkan darah tinggi

Resveratrol dalam vivix juga membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme. Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah. Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan  hypertension berlaku. Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.

Vivix untuk menghilangkan migrain

Resveratrol dalam vivix mampu menghapuskan H Pylori (iaitu nama saintifik yang boleh menyebabkan migrain) melalui agen keradangan yang dipanggil interleukin-8.

Vivix untuk menyokong kesihatan sendi (atau arthritis)

Resveratrol di dalam Vivix shaklee mampu mengubah protein catabolism dan fungsi sendi, dan menghalang stress pengoksidaan dan pembentukan sel mati sendi dan tulang. Secara asasnya,Resveratrol menjaga kekuatan dan ketahanan sendi. Kajian mendapati bahawa Resveratrol menaikkan ketahanan sendi dengan meningkatkan komponen penghasil tenaga di dalam sel sendi dipanggil mitochondria.

Vivix untuk menjadikan anda 25 tahun lebih muda

Kajian mendapati bahawa Resveratrol mampu mengaktifkan DNA SIRT1 iaitu mekanisma biologi yang mampu memelihara badan daripada kesan bahaya dan penyakit2 usia.

Vivix untuk kanser

Resveratrol menghadkan penyebaran sel kanser dan membentuk proses pembunuhan sel kanser (dipanggil sebagai apoptosis).

Vivix untuk mengecutkan tiroid

Kesan Resveratrol dalam Vivix dalam pembentukan sel kanser tiroid mampu membantutkan pertumbuhan sel tiroid sebanyak 12% jika mengambil 50ml Resveratrol.

Vivix memudahkan perokok berhenti merokok
Vivix membuatkan rasa rokok jadi tidak sedap seperti hempedu.

Vivix untuk menghilangkan resdung

Kajian makmal mendapati bahawa  resveratrol dalm vivix mampu menjadi pilihan pemulihan yang melibatkan steroid untuk merawat simptom, perubatan antimicrobial yang kadang-kadang pembedahan pun tidak boleh lakukan untuk menghilangkan sinus atau resdung.

Jom sama-sama kita berikan yang terbaik untuk yang tersayang!

Ammar Kena Impetigo!!

Sunday, October 11, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ammar Kena Impetigo!! | Beberapa hari lepas Ammar mengadu bibirnya pedih. Bila ditanya, jawabnya Ammar kopek. Keesokannya bibir tu jadi teruk sangat rasa, tu yang bawa g klinik. Rupa-rupanya Ammar terkena impetigo atau kudis api! Kesian sangat. 

Orang kata kudis api ni sakit. Tapi, Ammar ni memang tahan sakit sungguh. Dia tak menangis langsung! Ammar anak ibu yang sangat menyenangkan hati ibu abah, sangat menenangkan. 

Untuk elakkan kudis api ni semakin teruk, saya bagi Ammar makan nutriferon juga untuk boost imun dia. 

Impetigo ialah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria. Kulit akan kelihatan lepuh-lepuhan kecil yang berisi nanah. Selalu menyerang kanak-kanak terutama di bahagian muka sekitar hidung, mulut dan kadang-kadang pada tangan dan kaki.

Alhamdulillah, hari ini nampak dah kering dah kudis di pipi. Kulit mati pun dah nak tertanggal. Cuma kat jari sahaja masih belum baik sepenuhnya. Doakan Ammar semakin sihat ye! Ibu cutikan Ammar seminggu minggu ini :D

Dah sihat sepenuhnya, baru lah boleh ke sekolah ye sayang.

Petua Cantik dengan Oat

Friday, October 09, 2015 2 Comments A+ a-



Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Petua Cantik dengan Oat | Teruja pulak tiba-tiba terbaja artikel ni di pa&ma. Saya memang konsisten minum oat setiap pagi, nak jaga kesihatan dan pantau kolesterol. Yelah, muda-muda ni lah perlu jaga kesihatan badan. Selain tu, saya juga amalkan lecithin untuk kawal kolesterol ni. 




Jom kita baca artikel dari pa&ma ni, petua cantik dengan oat.
Bahan semula jadi dan makanan boleh dijadikan sebagai bahan perawatan kecantikan yang mudah dilakukan di rumah. Kali ini kita pelajari petua kecantikan menggunakan bahan makanan yang terkenal tinggi fiber iaitu oat.
Ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berbaloi kan!

*Rambut kusam
Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan membebaskan daripada masalah rambut kusam.

*Skrub wajah
Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara melingkar selama 60 saat, lalu bilas.

*Skrub badan
Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun. Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.

*Masker wajah
Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam. Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

*Penyejuk kulit
Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
Jom kita cuba amalkan setiap hari, sihat dapat cantik pun dapat! :)

Kebaikan Vitamin E Shaklee

Thursday, October 08, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kebaikan Vitamin E Shaklee | Vitamin E Shaklee sangat berbeza dengan vitamin E yang dijual di pasaran luar. Ia mengandungi ekstrak biji anggur yang hebat! Vitamin E shaklee ni sesuai untuk diambil oleh lelaki, perempuan, ibu menyusu, dan ibu berpantang.

Secara ringkasnya VITAMIN E,

✨Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)
✨Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga STRETCH MARK selepas bersalin)
✨Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)
✨Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat
✨Mengatasi kulit kering dengan melembapkan kulit

Vitamin E Shaklee ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING.

Kebaikan kesihatan grape seed extract:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan badan



Bulan ni ada promosi vitamin E ni tau. Jadi, jangan ketinggalan sementara stok masih ada. 

Tips Kesihatan: Senaman Jantung Sihat

Tuesday, October 06, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Jom mulakan target senaman anda! Anda hanya perlu 30 minit sehari dan 5 hari seminggu untuk kekalkan jantung yang sihat. 

Tips Kesihatan: Lindungi Jantung Anda!

Monday, October 05, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tips Kesihatan: Lindungi Jantung Anda! | Jantung adalah organ yang sangat penting bagi kita. Tiada jantung, makan tiadalah kita :) 

Antara tips melindungi jantung adalah dengan mengambil nutrien-nutrien antioksidan. Nutrien antioksidan melindungi jantung anda daripada kerosakan radikal bebas dengan tiga cara:
  1. Perlindungan 1: Antioksidan akan meresap radikal bebas sebelum ia dapat merosakkan arteri.
  2. Perlindungan 2: Ia dapat mengjalang kesan domino radikal bebas LDL setelah reaksi ini bermula.
  3. Perlindungan 3: Antioksidan dapat membendung pengeluaran rasikal bebas dengan menggunakan sel-sel berbuih yang sudah pun berada di plak dan dengan itu ia dapat mencegah kerosakan yang lebih buruk daripada berlaku kepada dinding arteri.
Pelindung atau pengawal zarah-zarah oksidan ini ialah beta karotena, vitamin E, vitamin C dan juga mineral selenium. 


Parut Chicken Pox Pudar dengan Vitamin E Shaklee

Monday, October 05, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Parut Chicken Pox Pudar dengan Vitamin E Shaklee | Korang semua dah pernah dapat demam chicken pox tak? Beruntunglaaa dapat demam chicken pox ketika kecil kann. Eh tapi tu semua perancangan Allah, siapa kita untuk menidakkan. 

Saya dapat sakit demam chicken pox ni semasa saya berumur 20 tahun. Perit wey. Satu rumah sewa dijangkiti demam ni, Pakat balik kampung laa masing-masing. Tapi saya beruntung, tiada kesan hanya ada satu je ibu dia kat sebelah mata. Tu pun dah tak berapa nampak.

Sebabnya dulu abah saya bagi saya makan madu KHAULAH. Tak pernah tengok madu khaulah? Klik SINI

Ada juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk pudarkan parut chicken pos iaitu dengan pengambilan vitamin E secara makan dan sapu dimuka. Tapi jangan lupa untuk bersabar dan konsisten. Lihat testimoni di bawah.


Hilangnya Nikmat Allah

Sunday, October 04, 2015 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hilangnya Nikmat Allah | Kelmarin daya dapat mesej seperti dibawah. Allahuakbar! Hati sedih, pilu semuanya ada. Saya pernah rasa apa yang beliau rasa. 


Perit rasanya, sangat perit. Rindu yang teramat yang tak boleh nak gambarkan. Bila dah hilang nikmat Allah tu, baru kita rasa betapa ruginya selama ni tak manfaatkan dengan sehabis baik.

Tapi, siapa sangka setiap ujian Allah itu besar hikmahnya. Saya dah dapat kembali hikmah Allah itu. Walau tidak sesempurna sebelumnya tapi sudah cukup bagi saya.

Jadi, pesanan saya. HARGAI sebelum terlambat!

Nutrien untuk Rambut Sihat

Saturday, October 03, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Nutrien untuk Rambut Sihat | Haa bukan setakat kita je yang nak sihat. Rambut pun nak sihat juga. Rambut memerlukan nutrien yang sangat penting. Antaranya ialah protin, EPA (minyak ikan) b complex, zinc, dan juga beta karotena.

Apa peranan nutrien-nutrien tersebut?

PROTEIN:
  • memperbaiki peredaran dan rambut yang lebih kuat. Jangan lupa amalkan ESP, protein dari Shaklee.
EPA:
  • EPA memperbaiki saluran setiap rambut dengan menukarkan kandungan minyak dalam kutikel dan korteks menerusi kalenjar sebum. Jadi, jika rambut anda kelihatan kusam, makanlah ikan air sejuk dan makanan tambahan yang mengandungi EPA seperti Omega Guard.
  • membantu memelihara warna rambut dan kukuhkan batang rambut supaya jadi kuat dan tidak rapuh. 
ZINC
  • Zinc membantu mengukuhkan batang rambut dengan cara menebalkannya serta menghasilkan rambut ikal mayang.
BETA KAROTENA:
  • melindungi setiap rambut dari menjadi kering akibat sinaran matahari. Carotomax mengandungi 6 varieti karotena termasuklah beta karotena. 

Sabar, sabar, sabar! Anda pasti boleh memperbaiki pertumbuhan dan rupabentuk rambut anda menerusi pemakanan jika anda bersabar. Kenapa? Tengok bawah ni! :D



PROMOSI HEBAT OKTOBER!

Thursday, October 01, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom


Assalamualaikum w.b.t,

Promosi Hebat Oktober | Uihhh, tak boleh nak kata apa dah. Hebat betul promosi bulan ni. Tak pernah laa jadi. Ini kali pertama beli 1 percuma 1 vitamin E tau!

Nak tengok testimoni Vitamin E? Meh tengok SINI. Selamat cuci mata :D 

Senaman yang Diperlukan untuk Tulang Sihat

Monday, September 21, 2015 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Senaman yang Diperlukan untuk Tulang Sihat | Sejauh mana kita ni minum susu untuk kebaikan tulang kita sendiri?. Kebanyakan kita minum susu ketika kecil, bila meningkat dewasa pengambilan susu sangat terhad. Bukan semua orang tapi kebanyakan mereka yang saya kenali termasuk diri saya sendiri. :D


Korang tau tak?
Senaman angkat berat merupakan senaman yang paling baik untuk meningkatkan jisim tulang dan mengurangkan risiko kadar kehilangan tulang. Sebarang senaman yang melibatkan hentakan tulang mampu menambah manfaat terhadap tulang yang sihat.


Dr. Bruce Miller menyarankan lebih kurang 30 minit setiap hari, tingga hingga lima hari dalam seminggu untuk melakukan senaman. Antara senaman yang dicadangkan ialah:
  • Berjalan
  • taichi
  • menaiki tangga
  • Berjalan di atas treadmill
  • Golf
  • Bermain badminton
  • Tarian aerobik
  • Berlari-lari anak di satu tempat
  • Berjoging
  • Menari
  • Lompat tali

Senaman mempunyai beberapa manfaat. Anda akan berasa lebih selesa, kelihatan gembira, dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah, mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan mengurangkan gejala-gejala menopaus yang lain. Oleh itu, perkara yang anda harus lakukan ialah memulakan satu program senaman dan pada masa yang sama usahakan untuk mendapat nutrisi yang optimum.


Suplemen yang membantu menambah jumlah kalsium di dalam badan anda ialah Ostematrix. 




[Video] Teknik Menguji Madu Asli

Monday, September 21, 2015 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t,

[Video] Teknik Menguji Madu Asli | Baru je cerita di blog semalam teknik yang saya baru je tahu untuk uji sama ada madu itu asli atau tidak. Hari ini ternampak pulak videonya. Kita layan video lah ye :)


Teknik untuk mengetahui madu tu asli atau tidakMore : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, September 18, 2015

Terima kasih Sukan Star TV sebab sudi kongsi video ni. :)


5 Sebab Perlu Ambil Makanan Tambahan

Monday, September 21, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

5 Sebab Perlu Ambil Makanan Tambahan | Selama ni kita tak pernah terfikir untuk ambil suplemen atau kata lain makanan tambahan untuk badan kita. Masa kita muda, lagi lah. Tak pernah ambil tahu pun kan. Katanya, badan masih muda, masih cukup segala nutrisi. Katanya laa kannn..



Ini saya senaraikan 5 sebab anda perlu ambil makanan tambahan.

PERTAMA: Ramai kita menyedari bahawa makanan kita tidak berkhasiat seperti dahulu. Makanan kini banyak yang diproses, tanahnya telah pupus nutrien, pemprosesan, pengangkutan dan hayat simpanan yang panjang menjejaskan nilai nutrien. Kita harus menggantikan nutrien yang hilang dari makanan kita sebolehnya.

KEDUA: Bahan-bahan kimia semakin banyak ditambah ke dalam makanan kita. Kita masih belum tahu akibat jangka panjang bahan kimia ini pada badan kita.

KETIGA: Pencemaran udara, air, pembunuhan ikan dan buangan toksik semakin berleluasa.

KEEMPAT: Sesetengah penyakit yang kita biasa kaitkan dengan peningkatan usia kini didapati ada kaitan dengan pemakanan yang kurang sempurna sepanjang hayat kita. Jadi, pemakanan yang penuh nutrisi diperlukan untuk mengurangkan risiko penyakit ini. Salah satu contohnya ialah osteoporosis.

KELIMA: Pilihan makanan serta tabiat makan kita telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu.


Jadi, anda rasa anda perlu ambil makanan tambahan?

4 Sebab B Complex Diperlukan untuk Rambut Kuat, Sihat

Sunday, September 20, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

4 Sebab B Complex Diperlukan untuk Rambut Kuat, Sihat | B Complex sangat penting bagi rambut dan ianya sama penting dengan protin dalam asas program permulaan penjagaan rambut.



Vitamin-vitamin B di dalam B complex boleh membantu dalam empat cara yang tersendiri:

  1. B Complex ada kaitan rapat dalam pembentukan dan pemeliharaan batang rambut yang sihat. 
  2. Ia melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar perkembangan yang rata.
  3. B Complex yang cukup mengukuhkan batang rambut, menjadikan rambut kuat dan tidak rapuh.
  4. Ia membantu memelihara dan mengekalkan warna asal. Di dalam satu kajian, b complex boleh melambatkan terjadinya rambut beruban.

B Complex juga bersifat rapuh. Ia mudah dimusnah. Asap rokok, pencemaran udara, alkohol dan aspirin boleh memusnahkan vitamin B di dalam B Complex. Stress dan pil perancang keluarga juga mampu memusnahkan b complex dengan pantas. Jadi, jangan lupa amalkan b Complex ye!


Cinch Tea Kawal Makan

Sunday, September 20, 2015 0 Comments A+ a-



Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Cinch Tea Kawal Makan | Malam tadi saya dapat panggilan dari kak Min, partner Shaklee saya di Muar. Beliau nak Cinch Tea sekotak tapi maaf sangat-sangat pada kak Min, saya takde sekotak tapi ada beberapa sachet je. Jadi, hari ini saya janji minta tolong suami berikan pada beliau di Hospital Muar.


Kisahnya macam ni. Mak kak Min dimasukkan ke Hospital Muar atas beberapa masalah kesihatan. Beliau gastrik dan tiba-tiba doktor suruh jaga makan pula. Agak-agak macam mana tu untuk kawal kedua-duanya? Gastrik TAPI perlu jaga makan? Rupanya ini situasi yang biasa bagi kak Min dan mak kak Min. Kak Min kata bagi mak minum Cinch Tea insyaAllah kedua-duanya boleh dikawal dengan baik.

Ramuan Cinch Tea Mix, campuran eksklusif tiga jenis teh termasuk:
  •  Matcha: serbuk teh hijau unggul yang tersedia secara semulajadi dan mengekalkan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
  • Ekstrak teh putih : juga dikenali sebagai “baby green tea” dengan tahap sebatian antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
  •  Rooibos : teh merah, ekstrak unik daripada rantau Cedarburg Afrika Selatan dan dengan sebatian antioksidan polifenol yang unik.

 Faedah Pengambilan Cinch Tea Mix
  1. Sentiasa selamat untuk meningkatkan tenaga semula jadi
  2. Mengandungi taurina , dikaji secara meluas untuk kecergasan yang dipertingkatkan, tenaga, dan daya tahan tubuh badan.
  3. Alternatif terbaik untuk makanan manis dan kopi untuk memberikan tenaga segera
  4. Citarasa hebat panas atau sejuk
  5. Dalam sachet yang mudah dibawa

Bermanfaat kepada mereka:

✎ 2.5 juta daripada orang dewasa di Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan
✎ Sesiapa yang mahukan alternatif yang rendah kalori untuk makanan manis , soda atau kopi untuk tenaga segera
✎ Sesiapa yang mencari cara untuk menguruskan berat badan dan mengurangkan inci tubuh mereka
✎ Sesiapa yang ingin meningkatkan tenaga secara semulajadi
✎ Sesiapa yang ingin perlindungan antioksidan dan faedah yang berkaitan dengan teh hijau

Tips Mudah Kurangkan Masalah Jerawat

Sunday, September 20, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tips Mudah Kurangkan Masalah Jerawat | Kulit ialah organ perkumuhan terbesar badan kita. Jika badan mempunyai banyak bahan toksik, kadangkala kulit kita menjadi terlalu berminyak. Ini akan menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain.




Untuk membantu melegakan beban perkumuhan ini daripada kulit anda, Dr. Bruce B. Miller mencadangkan ambil herblax sekali sekala. Herba ini telah lama digunakan sejak permulaan tamadun untuk mendorong pergerakan sisa dengan lebih pantas.


Jika anda juga seorang yang mengambil diet yang kurang serat, pastikan anda ambil herblax ini. Salah satu herba semulajadi yang digunakan dalam menghasilkan herblax ini ialah blue malva flower, ia berfungsi membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.


Teknik Menguji Madu Asli

Sunday, September 20, 2015 2 Comments A+ a-



Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Teknik Menguji Madu Asli | Tiba-tiba teringat perbualan saya beberapa minggu lepas bersama pembantu di tempat saya berbekam. Beliau nasihatkan saya dan mak mertua supaya rajin-rajin makan madu untuk memudahkan darah kotor ketika berbekam. 


Tapi menjadi kerisauan pula pada beliau jika madu yang dimakan tidak asli. Boleh dapat sakit kencing manis pula kan. Jadi beliau beri saya satu tips yang saya tak pernah tahu.

Sediakan bekas yang berisi air, masukkan madu dan goyangkan bekas itu. Madu yang asli akan terbentuk seperti sarang lebah. 

Tips yang baru kan? Sebelum ni kita tahu, jika madu dibekukan dan ianya tidak beku maka terbukti lah ianya madu asli. Atau pun jika madu tidak dihurung semut, ianya juga terbukti madu asli. Jadi, jom kita cuba tips yang baru di atas.


Selamat mencuba!
Wallahu a'lam.


6 Masalah Kulit dan Penyelesaiannya

Sunday, September 20, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom




Assalamualaikum w.b.t,

8 Masalah Kulit dan Penyelesaiannya | Anda tahu tak? Kulit merupakan organ terbesar bagi badan anda. Jika ianya dipanjangkan, bidangnya kira-kira sebesar 18 kaki persegi. Ini juga bermaksud begitu banyak sel kulit yang harus dipelihara dan digantikan. Banyak juga masalah yang timbul jika tidak dijaga dengan rapi.


Berikut merupakan 6 masalah kulit dan penyelesaiannya yang telah dikaji oleh Dr. Bruce B. Miller:

1. Kulit Kering

Anda perlu hadkan pengambilan daging merah dan gunakan minyak zaitun sebagai asas minyak masak dan juga sebagai minyak salad. Tumpukan pada EPA, vitamin E dan beta karotena. Minyak ini akan menyerap ke dalam epidermis menerusi kelenjar sebum yang terdapat pada bahagian dermis serta memmbantu kulit kekal lembut dan tidak cepat kering.

Lebihan protin juga membantu kulit anda kekal lembut. Protin di dalam sel membantu mengekalkan kelembapan dan menjamin kulit anda halus dan lembut.


2. Kedut.

Punca utama terjadinya kedut ialah usia yang meningkat, banyak terdedah kepada matahari, merokok dan lain-lain bahan kimia dengan persekitaran yang penuh toksik. Untuk melambatkan proses penuaan ini, anda harus lebihkan konsisten dalam pengambilan vitamin C, beta karotena, vitamin E, protin, EPA dan juga zink. Di samping itu, dapatkan tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.


3. Kerosakan akibat matahari.

Sama seperti masalah kedut di atas. Gunakan pelembab kulit yang berkualiti tinggi setiap hari. Jika anda bergerak di bawah matahari, gunakanlah pelindung matahari yang tinggi.


4. Berjerawat.

Sesetengah wanita memperolehi masalah ini semasa haid. Dengan meningkatkan peransang imun seperti protin, vitamin C, B kompleks, vitamin E, zink dan beta karotena dapat menyelesaikan maslaah ini.


5. Ekzema.

Ekzema ini merupakan masalah kulit yang diwarisi. Ia boleh berkekalan dan amat gatal, mencacatkan rupa, menyebabkan inflamasi dan mengganggu emosi. Anda perlu elakkan makanan yang boleh menyebabkan simptom ekzema timbul, perhatikan makanan yang perlu dielakkan dan ambil makanan tambahan yang boleh membantu seperti protin yang bersumberkan kacang soya. Kebiasaannya, diet yang mengandungi lebih banyak serat dan kurang daging merah boleh memberikan kesan yang baik.


6. Saluran Darah Dilat.

Ini ialah garis-garis merah semacam sarang labah-labah di bawah kulit yang tidak merbahaya tetapi amat mengganggu dari segi kosmetik. Anda memerlukan vitamin C yang melebihi dos harian untuk mengurangkan gejala ini.


Makanan untuk Mata Sihat

Saturday, September 19, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Makanan untuk Mata Sihat | Kita selalu disuruh makan lobak bila nak jaga mata. Tapi kenapa lobak? Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut. Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.




Berikut pula adalah senarai vitamin yang diperlukan oleh mata :
  1. Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah ESP.
  1. Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Ostematrix.
  1. Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Carotomax
  1. Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah B Complex
  1. Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah SR Vitamin C.
  1. Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Vitamin E Complex.
  1. Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan. Suplemen Shaklee yang sinonim ialah Zinc Complex.

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan