Followers

Promosi April 2015

Thursday, April 30, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masuk bulan baru. 1 April, hari GST katanya. Tapi dengan Shaklee "Get Shaklee Today". Terbaikkk tau. Okay nak bagitahu ni, macam biasa. Awal bulan mesti cerita tentang promosi kan? 



Semuanya best-best. Kalau orang merungut tentang GST, Shaklee beri promosi berganda-ganda. 5 produk dalam 1 bulan. Puas hati!

Owh, dalam gambar tertinggal satu item iaitu Vitalea for Children, buy 3 free 1. Hehe. Banyak kan?





Tips Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Thursday, April 30, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan.

Tak pernah saya terfikir untuk menjadi seorang peniaga. Tetapi bila sudah mula melangkah berniaga dengan Shaklee, insyaAllah saya akan cuba sehabis baik untuk menjadikan Shaklee dan juga berniaga sebagai sumber utama pendapatan saya.


Jom jadikan tips ini sebagai panduan untuk berniaga!

Bagaimana Lecithin Bertindak Sebagai Agen Pemecah Lemak

Thursday, April 30, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Lecithin itu sendiri adalah lemak. Lecithin dinamakan "pengulmi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah dans eterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membrane.


Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Ianya perlu diambil dari sumber makanan sebagai contoh melalui kuning telur, jagung, soybeans. Okay, sekarang saya nak tunjukkan kepada anda bagaimana Lecithin bertindak sebagai agen pemecah lemak.



Lihat pada gambar bernombor 4, mplekul minyak (lemak) mula terurai apabila ianya dicampur dengan 3 biji lecithin. Apabila molekul lemak telah terurai, lemak akan lebih mudah disingkirkan (gambar no 6). Proses penyingkiran ini mestilah melalui proses detox dan anda disarankan mengambil alfalfa complex dan juga herblax untuk memudahkan pembuangan lemak ini berlaku.


Sebab itu, apabila pengguna hendak mengambil lecithin sebagai suplemen yang membantu mereka untuk kurus, saya akan cadangkan kepada mereka untuk ambil agen detox iaitu alfalfa complex atau herblax.


Jom lakukan pembelian dengan satu klik sahaja, anda boleh gunakan kredit atau debit kad anda.



Kurus dengan SABAR

Thursday, April 30, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kurus dengan SABAR | Syukur Alhamdulillah atas izin Allah dan berkat kesabaran seorang pengguna set kurus Shaklee, akhirnya beliau berjaya pakai seluar jeans yang dah lama tersimpan. 


Saya tertarik dengan kata-kata beliau, "SABAR asalah kunci utama untuk DIET". Ya, saya setuju. Badan tak ambil masa sehari untuk kurus, jadi konsisten, SABAR dan usaha yang berterusan membantu untuk anda capai matlamat anda.



Pengguna ini mengambil Cinch Shake, Omega Guard, Lecithin, Herblax dan juga Alfalfa Complex untuk membantu beliau menurunkan berat badan. Siapa sangka, ianya berhasil? Ramai yang dah buktikan, mereka juga berjaya kurus dengan mengambil set kurus daripada Shaklee tetapi saya ingin tegaskan kepada anda semua suatu perkara.


Jangan terlalu bergantung kepada suplemen semata-mata, anda juga harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di rumah atau di gym atau pusat rekreasi. Ini kerana, senaman sangat membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat dan juga mendapatkan keputusan yang anda idamkan. 


Pesanan terakhir saya, minum air yang diperlukan oleh badan berdasarkan formula ini:

25 kg berat badan = 1 liter air masak/mineral/jarang/suam

Jika berat anda 75 kg, maka kiraan jumlah air adalah seperti di bawah:

75/25 kg = 3 liter air.

Jika anda ingin dapatkan set kurus seperti, klik imej di bawah untuk buat belian segera menggunakan kredit/debit kad.



Atasi Keputihan Ketika Hamil

Wednesday, April 29, 2015 0 Comments A+ a-



Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Keputihan adalah masalah biasa bagi wanita, tetapi sejauh mana ianya normal bagi ibu hamil? Keputihan yang normal ialah lelehan keputihan yang berwarna putih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan pada vagina. Lelehan ini dikatakan melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.


Keputihan ketika hamil yang tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai oleh kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti candidiasis, juga dikenali sebagai yis. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.


Atasi keputihan dengan Garlic Complex

Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus.


Menurut kajian dari Universiry of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan. 


Jangan ambil mudah keputihan ketika hamil kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada anak yang dikandung. 


Ingin dapatkan Garlic Complex secara talian? Klik gambar di bawah.


Kredit info: sini

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang MLM Shaklee

Saturday, April 25, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang MLM Shaklee:

  1. MLM shaklee sangat BERBEZA kerana ianya adalah bisnes yang amat-amat fokus pada produknya.
  2. Insentif yang diberikan oleh Shaklee sangat MENARIK perhatian saya antaranya ialah lebihan cash bonus untuk setiap kenaikan rank. Owh JELESSSS! Wajib naik RANK!
  3. Shaklee adalah SATU-SATUNYA syarikat yang tidak mempunyai duta untuk melariskan produk mereka. Kamilah DUTA, kamilah PENGGUNA dan kami jugalah PENGEDARNYA. hehehe
  4. Produk shaklee DIJAMIN berkesan, selamat dan semulajadi.
  5. Phytocol-ST adalah produk Shaklee yang paling BARU sekali. Dilancarkan pada Jun 2014 yang lepas. Dengar khabar, Jun 2015 akan dilancarkan pula SHAKLEE MOBILE APPS (memang terbaikkkk! Membuatkan ku semakin jatuh cinta dengan Shaklee.
  6. Keahlian PERCUMA akan diberikan untuk setiap pembelian RM700 ke atas dan yang paling seronoknya, keahlian ini adalah SEUMUR HIDUPPP! Yeahhh tak perlu renew lagi dah. 
  7. Produk-produk Shaklee sangat MENAKJUBKAN kerana setiap produknya akan menjalani ujian kualiti sebelum dikeluarkan.

Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.


JOM SERTAI KAMI!


Makanan Bebas Gluten

Friday, April 24, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assamualaikum w.b.t,

Makanan Bebas Gluten



Apa Itu Gluten, Ciri-ciri dan Siapa Yang Perlu Elak Gluten

Friday, April 24, 2015 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Apa Itu Gluten, Ciri-ciri dan Siapa Yang Perlu Elak Gluten | Gluten bermaksud protein lekit apabila kanji dikeluarkan dari tepung. Jadi apabila kita mengambil makanan yang berasaskan gandum secara automatiknya kita juga mengambil gluten.


Bagi sesetengah orang, makanan yang mengandungi gluten boleh membawa kepada isu-isu pencernaan yang teruk dan dari jika yang lebih serius boleh membawa kepada penyakit seperti kencing manis, artritis reumatoid dan kanser usus.


Antara ciri-ciri yang perlu elak gluten adalah jika mereka mengalami:
  • mengalami gatal-gatal
  • mata berair
  • batuk
  • ruam
  • cirit birit / diarrhea

Siapa yang perlukan elakkan gluten?
  1. mereka yang menghidapi penyakit coeliac/celiac disease (alergi terhadap gluten)
  2. kanak-kanak yang menghidapi penyakit Autisme (kebiasaannya kanak-kanak autisme mengalami kelainan pada usus mereka)
  3. mereka yang mengalami gangguan pada sistem pencernaan seperti cirit-birit berpanjangan, perut kembung dan letih

Nota penting: mereka yang perlu elakkan gluten ini perlu semak label pada setiap makanan, suplemen yang mereka hendak beli. Kesemua produk shaklee bebas gluten.


Tanda-tanda Awal Penyakit Kanser

Thursday, April 23, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tanda-tanda awal penyakit kanser



1 jenis suplemen jenama Shaklee yang boleh membantu mengurangkan sakit kanser ini ialah vivix. Memang terkenal dan berkhasiat untuk sakit-sakit kronik.


Testimoninya: (klik gambar untuk paparan lebih jelas)





Apa itu Diabetes, Simptom dan Cara Merawat

Thursday, April 23, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Berjumpa lagi kita di entri hari ini. Hari ini rasa seronok pula nak cerita dengan anda semua tentang kaitan antara diabetes dan juga resveratrol. Sebelum itu, mari saya terangkan maksud kedua-duanya.


Apa itu diabetes?
Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh itu, ia akan menyebabkan gula darah meningkat. Atau untuk lebih mudah faham, ianya keadaan dimana paras gula dalam darah melebihi paras normal (selalunya dikaitkan sebagai metabolic disease)


Diabetes terbahagi kepada dua sebab dan juga jenis:
  1. Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin —> Type I diabetes
    • memerlukan suntikan insulin
    • selalunya diwarisi kerana kadang-kadang Type I diabetes ini terjadi juga di kalangan kanak-kanak
  2. Sel tidak dapat menggunakan insulin yang telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula (either sebab jumlah insulin yang dihasilkan tidak cukup, atau sel badan / receptor tidak mampu menggunakan insulin yang telah dihasilkan) —> Type II diabetes
    • selalunya disebabkan oleh gaya hidup dan juga boleh diwarisi
    • perlu kawal dengan perubahan diet pemakanan atau ubat. 
    • Diabetes tahap ini tidak semestinya memerlukan suntikan insulin. Tetapi kadang-kadang suntikan insulin juga penting untuk kawal penyakit ini.

Apakah kebiasaan simptom diabetes ini?
  • kerap buang air kecil
  • kerap lapar
  • kerap haus


Jika diabetes ini tidak dirawat dengan segera, akan berlaku komplikasi jangka panjang seperti sakit jantung, renal failure (kegagalan buah pinggang), diabetic retinopathy dan juga diabetic ketoacidosis.


Kebiasannya kita akan dengar, pesakit diabetes ini akan dicucuk insulin untuk kurangkan bacaan paras diabetes mereka. Tetapi, tahukah apa itu insulin?


Insulin ialah hormon yang mengawal jumlah gula yang diserap dalam darah dan ianya dihasilkan oleh beta-cell jika paras gula dalam darah bertambah.


Terdapat juga alternatif lain yang boleh diamalkan oleh pesakit selain daripada ambil ubat doktor. Antaranya ialah acupunture dan juga kaedah ayurdevic.


Dari segi suplemen pula, sudah tentu saya akan cadangakan suplemen daripada jenama Shaklee. Bukan kerana saya ni menjual tetapi saya lebih yakin dan memang mengambil suplemen ini sebagai suplemen harian saya dan keluarga.

  1. ALA / GLA (terdapat dalam GLA Complex): antioksidan, membantu mengurangkan sakit untuk pengidap diabetic neuropathy dan membantu mengurangkan insulin resistance
  2. Chromium (terdapat dalam Vitalea Iron Formula): membantu meningkatkan glucose tolerance
  3. Coenzyme Q10 (terdapat dalam CoQ Health Plus): bantu metabolisma karbohidrat
  4. Magnesium (terdapat dalam Ostematrix): kekurangan magnesium dikaitkan dengan gangguan penghasilan insulin, seterusnya meningkatkan insulin resistance
  5. Biotin (terdapat dalam B complex): meningkatkan aktiviti enzim glucokinase (untuk pencernaan glucose)
  6. Vit B6 (terdapat dalam B complex): membantu meningkatkan glucose tolerance
  7. Vit B12 (terdapat dalam B complex): membantu cell untuk berfungsi secara optima (terutamanya nerve cell)

Panjang juga info berkaitan diabetes ini kan. Jadi, apa pula kaitannya dengan resveratrol?



Resveratrol membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan darah tinggi, serta membantu untuk meningkatkan tindak balas badan manusia kepada insulin. Resveratrol terdapat di dalam Vivix.


Testimoni vivix membantu merawat masalah kencing manis 
- klik pada gambar untuk paparan lebih jelas -









Sumber:
wikipedia


Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

Monday, April 20, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Berjumpa kita lagi hari ini. Dalam kesibukan kita berbicara tentang GST, saya suka tekankan tentang GST dari perspektif saya dan mungkin juga dari perspektif rakan-rakan Shaklee saya iaitu Get Shaklee Today (GST). Bila berbicara tentang Shaklee, seolah-olah ianya mencapai satu kepuasan dalam diri saya. Banyak yang hendak dilontarkan. Seronok!


Ramai yang bertanya pada saya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee? Perlu ke modal RM10k? Perlu ke beli stok dalam bulk?


Jawapan saya: Tidak perlu cik-cik, puan-puan dan encik-encik semua. Modal saya dulu hanya RM80 sahaja dan ianya seumur hidup. Alhamdulillah, dari RM80 dah balik modal dah pun. Malah ianya telah menjadi ibu duit buat pendapatan sampingan saya. Bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee.


Persoalannya bagaimana?



Hanya dengan 1 langkah, hubungi saya untuk saya bantu anda daftar keahlian dengan Shaklee. Sebelum itu, perlulah buat pilihan sama anda no 1 atau 2 seperti di dalam gambar di atas. 


Ada yang memilih untuk menjadi ahli shaklee dengan membuat pembelian produk iaitu pilihan no 2, kerana bagi mereka ianya menjimatkan dan secara tak langsung mereka sudah layak mendapat 5% bonus untuk bulan tersebut. Jadi, maknanya PENJIMATAN BERGANDA mereka perolehi dari pilihan no 2. Apa penjimatannya?
  1. PERCUMA yuran keahlian
  2. Dapat BONUS TUNAI sebanyak RM31 (±) pada pertengahan bulan berikutnya.
Jumlah penjimatan secara keseluruhan ialah RM111 (jumlah penjimatan dikira secara rawak).


Jika anda berdekatan dengan branch Shaklee (sila rujuk link ini), anda juga boleh membuat pendaftaran anda sendiri di branch. Tetapi anda perlukan id sponsor, silakan guna no id saya: 866186 (Norhana binti Marsom). Jangan lupa tau ambil no id ni, jika tidak terpinga-pinga pula anda di sana :) Tak perlu bawa fotokopi kad pengenalan, cuma bawa diri anda dan juga kad pengenalan (hehe takkan tak bawa kad pengenalan ke mana-mana kannn).




Penapis Air Shaklee Menjadikan Air Halus dan Sedap

Friday, April 17, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari itu saya berpeluang berikan sampel air yang sudah di tapis dengan penapis air shaklee iaitu Get Clean Water Pitcher. Ada sesetengah penapis membuatkan air rasa kurang sedap dan tidak tahan lama jika dibiarkan di dalam botol air. Tetapi air dari penapis ini menghasilkan air yang halus dan juga sedap.

Alhamdulillah, beliau suka air dari penapis ini.

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok - Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak


Keistimewaan Shaklee
  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Ini pula testimoni kawan saya, maknya puji airnya halussss..

Memang halus pun mak, sodapppp. Eh!

Jom berikan yang terbaik buat keluarga anda. Dapatkan air yang bersih dan sedap untuk diminum. 


Krim Pelbagai Guna Seisi Keluarga

Thursday, April 16, 2015 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Krim pelbagai guna seisi keluarga | Terbaik sangat. Memang saya gunakan sejak bershaklee sehingga kini dan insyaAllah akan gunakan sampai bila-bila. Krim ini pelbagai guna dan ianya dipanggil Herbal Blend Multi-purpose Cream. 



Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.



Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya..
  • Sage meransang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga baik untuk mengurangkan selulit, masalah jerawat, kaki makan air dan kulit pecah, dan melegakan gejala-gejala ekzema dan psoriasis.
  • Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan (dark circle) bawah mata dan bersifat anti-radang
  • Rosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien, anti- oksidan, dan mempunyai asid penting. Ia kaya dengan vitamin C
  • Sage bersifat antiseptik dan baik untuk melegakan kesakitan sendi

Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.




Ini pula antara kegunaan krim pelbagai guna ini. Kebanyakannya ialah dari pengalaman saya sendiri.


Kita lihat testimoni dari pelanggan-pelanggan saya.

Pijar terkena lada, tumit kaki pecah-pecah, kaki makan air, terkena gigitan semut dan nyamuk pun selesai dengan krim ini. 

Cara nak elakkan nyamuk mendekati anda ialah dengan sapu herbal blend krim ni selepas mandi, insyaAllah nyamuk tak berani nak dekat.



Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?
  • Dingin pada kulit
  • Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah meresap
  • Aroma menyenangkan
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa paraben dan steroid

Krim ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Jadi saya sarankan 1 rumah, 1 tube herbal blend cream ini, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Boleh digunakan untuk atasi masalah ruam lampin dan gatal-gatal.


Pengedar Sah Shaklee di Air Hitam, Muar

Tuesday, April 14, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pengedar Sah Shaklee di Air Hitam, Muar | Dah lama tak buat recognition untuk diri sendiri. Hehe. 


Untuk pengetahun semua, saya adalah pengedar sah shaklee di Air Hitam, Muar. Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya tetapi perlu beri masa 1-2 hari kerana saya tidak mempunyai banyak ready stock. Mungkin terdapat beberapa jenis vitamin sahaja yang saya ada ketika anda hubungi saya. 


Inilah konsep bisnes MLM yang saya suka, Shaklee tidak memaksa kami untuk laburkan modal berpuluh-puluh ribu untuk beli produk Shaklee. Mengikut kepada bajet kami. Untuk saya pula, saya modalkan dalam RM200-300 produk Shaklee di rumah. Ini pun setelah pendapatan saya dengan Shaklee maintain 4 angka sebulan. Kalau diikutkan masa mula terjebak dengan Shaklee ni, satu jenis vitamin pun takde kat rumah melainkan vitamin yang kami sekeluarga makan. 



"Vitamin Shaklee Membantu Aku Hamil"

Wednesday, April 08, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Opsss bukan saya, bukan saya. Ini kisah Watie Akib. Beliau kongsi kisah hidup beliau yang sangat mengujakan kepada kami semua para SID. Ok jom baca kisah beliau.


Alhamdulillah.. setelah 6 tahun berehat .. akhirnya saya disahkan hamil sekali lagi. 2 tahun sudah saya mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 minggu.
Kali ini..kandungan telah berusia 9 minggu. Saya cuma berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya kali ini ada rezeki..insyaAllah.
Dah bermacam2 produk saya ambil..termasuk.jamu. bayangkan balik kampung semua org tanya soalan yg sama.." bila nak tambah lagi?.. balik kg mertua.. org tanya.. kapan lagi...tambah dedeknya.. hehehe. Tension jugak lama2..
Saya pejam mata..tinggalkan semua produk lain.. termasuk.jamu2... saya istiqomah dengan gla dan alfalfa. Tutup mata..pekak kan telinga. Saya consume gla setiap hari..alfalfa setiap hari. Ada ja masalah period sikit atau sakit..rujukan saya...adik saya sendiri Noorhafiza Mohamad Akib.
6 bulan tanpa jemu makan secara consistent, Alhamdulillah...syukur...berkat doa dan usaha tanpa jemu..
Rakan2 yg masih belum ada anak...atau sedang mencuba.. amalkan..gla, Alfalfa. Suami makan zinc dan vit e.


InsyaAllah...berdoa sentiasa. Syukur Alhamdulillah.


Masih belum terlambat, selagi ada daya USAHA, USAHA dan USAHA!

Doakan kali ini rezeki saya hingga 9 bulan.. wink emotico

Fungsi Vitamin C

Sunday, April 05, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Fungsi Vitamin C | Vitamin C diperlukan dalam penghasilan kolagen semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit.


Ia penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormon norepinephrine di mana bahan-bahan ini amat kritikal di dalam fungsi otak & saraf manusia.



Ia juga berfungsi sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya. 


Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu (UV light) dari matahari.


Vitamin C membantu untuk mengaktifkan agen–agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E dan Glutathione untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.


Vitamin C membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone).


Vitamin C bertindak sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen.


Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya): 

  1. Sebagai Anti Oksidan yang penting.
  2. Pemulihan luka dan melecur.
  3. Pembinaan colagen dalam badan. 
  4. Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
  5. Membantu penghasilan hormon.
  6. Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
  7. Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
  8. Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
  9. Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
  10. Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
  11. Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
  12. Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
  13. Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  14. Membantu mengawal dan mengurangkan selsema


Kepentingan Vitamin Ketika Hamil

Saturday, April 04, 2015 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Semasa saya hamil anak yang pertama, saya sangat tidak menjaga kesihatan diri saya dari segi pengambilan vitamin. Vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik diambil sambil lewa kerana ianya menyebabkan saya sembelit teruk. Kerana itu juga, saya makan dengan culas. Allahuakbar, banyaknya ilmu yang saya kurang ketika itu.


Sebenarnya, bukanlah tak mahu makan tetapi saya tak tahan dengan keadaan sembelit teruk itu. Saya juga tidak terfikir untuk ambil suplemen lain. Masa ni memang sangat kurang ilmu. Tapi takpe, ianya pengalaman yang mengajar saya. Hb juga sangat rendah ketika itu, pernah ianya jatuh mencecah 8.8 sahaja. Bahaya kan?


Jadi, saya nak beri penerangan sedikit sebanyak tentang kepentingan vitamin ketika hamil. Supaya saya dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana. Antara vitamin yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah kalsium, zat besi, asid folik dan juga protein.


Kalsium, ianya perlu untuk membantu membina tulang mereka semasa dalam perut lagi. Oleh itu ibu-ibu semua disarankan makan buah-buahan, bijirin, sayuran tapi ada di antara kita muntah dengan teruk jadi apalah khasiat dan nutrisi yang kita dapat kan.


Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikatkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.


Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk memastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. 


Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi di kalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan xat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil. Kesan anemia boleh beri kesan pada baby dalam kandungan tau, jadi jangan ambil mudah masalah anemia atau rendah HB ini.


Protein pula memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Ia juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan:
  1. plasenta
  2. uterus
  3. penghasilan susu
  4. untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Saya mengenali Shaklee ketika anak pertama berumur 10 bulan, jadi ketika saya hamil anak yang kedua saya sudah serasi dengan vitamin Shaklee dan saya juga ambil vitamin Shaklee sahaja sepanjang kehamilan kedua saya itu. Ini jangan tiru saya ya, saya serik untuk merasa sembelit ketika hamil dan berpantang. Jadi saya tak nak ambil vitamin klinik.


Ini lah vitamin yang saya ambil ketika hamil


Menurut pakar nutrisi Shaklee, ibu hamil perlu ambil vitamin sejak dari perancangan untuk hamil lagi, terutamanya ambil asid folik untuk memastikan tulang dapat terbentuk dengan baik.


Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu vitamin amat perlu diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru. 


  • Multivitam (Vita-lea) ~ mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, HB rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu. 

  • B Complex ~ lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B> Suplemen B complex shaklee mengandungi asid folik, biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

  • Vitamin C (Sustained Realese Vita-C) ~ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 

  • Omega -3 (Omega Guard) ~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

  • Kalsium (Ostematrix) ~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

  • Protein (ESP) ~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Ia juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Inilah vitamin yang saya amalkan ketika hamil dan Alhamdulillah, masalah sembelit dan keputihan saya dapat diatasi. Sembelit tiada, badan lebih bertenaga, HB kekal 12 ke atas dan keputihan tiada langsung. Allahuakbar, seronok tak terkata. Barulah boleh hamil lagi. Hehehe


Ini kata mereka yang juga mengambil vitamin shaklee sepanjang kehamilan. 







Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan