Doa-doa Yang Diamalkan untuk Anak
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sedang blogwalking, google mencari ilham buat entri tiba-tiba terpandang satu post iaitu doa untuk anak di FB. Perkara yang baik elok juga disebarkan kan.
Antara doa dari ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk anak:
- Supaya anak-anak pandai belajar, baca Surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa.
- Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
- Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah Al-Anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 - 24.
- Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 - 5.
- Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.
Bagaimana pun, jangan lupa diiringi sekali dengan doa yang jelas kerana setiap doa ibu itu adalah doa yang paling mustajab. InsyaAllah, dengan doa yang tidak putus, anak yang nakal akan menjadi baik.
Mari sama-sama kita amalkan ayat-ayat suci al-Quran ini, semoga mendapat keberkatan Allah dan dimakbulkan apa yang dipinta.
Amin ya Rabb.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana