Followers

Promosi Februari 2015 Sangat Menakjubkan!

Saturday, February 28, 2015 4 Comments A+ a-

STICKY POST!

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masuk sudah bulan Februari 2015. Bila masuk bulan baru, maknanya promosi baru dari Shaklee mesti bertukar. Apa agaknya promosi februari 2015 yang sangat menakjubkan tu ye?


Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

APA KELEBIHAN PROMOSI BULAN INI?

Vitalea Iron Formula - Merupakan multivitamin yang penting untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 


Vitalea For Children - Ada 18 Vitamins dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita. 


Ostematrix - Kalsium dengan gabungan magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. 


AJHT - Satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.


Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Ibu Menyusu

Thursday, February 05, 2015 4 Comments A+ a-







Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ibu yang sedang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan mereka untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah pada bayi yang disusukan. Tempoh yang paling kritikal adalah semasa tempoh berpantang dan ianya mungkin akan berpanjangan sehingga umur bayi tersebut mencecah 1-2 tahun (mengikut pada ketahanan badan bayi tersebut). Ketika tempoh ini, setiap ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan.


Antara makanan yang perlu dielakkan ketika menyusu adalah:


1) Memakan terlalu banyak buah-buahan citrus seperti lemon, limau, oren.
  • Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mudah mengalami ruam lampin.


2) Makanan laut dengan kandungan merkuri yang banyak seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri.
  • Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi. Jadi, sila berhati-hati dalam memilih jenis makanan laut dan pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

3) Makanan yang boleh menyebabkan alahan.
  • Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi.

4) Alkohol.
  • Ia bukan sahaja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

5) Kafein.


  • Minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.

Ibu yang menyusukan anak perlu mendapatkan pemakanan yang betul di samping meminum air yang cukup.


Fungsi Kolagen Dalam Badan

Wednesday, February 04, 2015 5 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kolagen merupakan sejenis protein yang bermolekul makro. Kolagen sangat penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kolagen terdapat dalam kulit, tulang dan gigi. Fungsi kolagen dalam badan seperti:

  • Memperbaiki kerosakan kulit.
  • Anti penuaan.
  • Memperbaiki masalah gangguan haid.
  • Melegakan sindrom menopaus (putus haid).
  • Mencegah osteoporosis (pereputan tulang).
  • Mencegah penyakit kardiovaskular dan servaskular (otot dan saraf).
  • Mencegah kanser payudara.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan seks.


FUNGSI-FUNGSI KOLAGEN


Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalam sel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan,pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.


Memulihkan masalah kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, maka ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kekulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut,pengecutan epithelium, kedutan dan garis-garis halus.


Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut.Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku. Kekurangan kolagen dapat menyebabkan rambut kelihatan kering dan bercabang, kuku, menjadi kusam dan mudah pecah.


Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak,yang merupakan peranan sebagai penyokong bagi pembentukkan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan.


Melangsingkan badan ketika tidur
Pembakaran lemak adalah proses yang diperlukan untuk melangsingkan badan. Kolagen hidrolisis dapat meningkatkan proses pembakaran lemak, tetapi harus dijalankan dalam keadaan tidur. Dengan mengambil kolagen hidrolisis, anda dapat melangsingkan badan semasa tidur.


Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca dari kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium,magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.


Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun,membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.


Melambatkan proses penuaan kulit
Kolagen penting untuk memelihara kecantikan dan keceriaan kulit. Gejala-gejala penuaan secara wajar semakin ketara apabila usia meningkat kerana kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang dan kulit yang mengalami kekurangan air akan mengakibatkan kulit kering dan kusam.


BAGAIMANA PULA CARA SAYA MENGEKALKAN KOLAGEN DALAM BADAN?


Pengambilan Collagen Powder Shaklee
Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4, 000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekul sekitar 1, 000 Dalton amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sistesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Collagen Powder membantu kulit kita mengekalkan keanjalan semulajadi dan memperlahankan berlakunya kedut-kedut.

Jom lihat testimoni collagen powder shaklee di SINI.


Pengambilan Vitamin C dalam diet harian.
Vitamin c merangsang pembentukan kolagen serta mencerahkan kulit. Menurut pakar kecantikan, kita memerlukan 1000 - 3000mg vitamin c dalam diet seharian untuk mengekalkan kecantikan serta mencerahkan kulit kita.

Testimoni vitamin C di SINI.


Instant Protein atau ESP

Tuesday, February 03, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Instant Protein | Tahukah anda bahawa Shaklee merupakan syarikat PERTAMA yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya iaitu pada tahun 1961. Sumber makanan tambahan ini diberi nama Instant Protein tetapi sekarang ianya digelar Energizing Soy Protein ataupun bahasa mudahnya ialah ESP


Bila sebut ESP, semua tahu kan? ESP telah dihasilkan pada tahun 1961 dan ini bermakna sudah 54 tahun ESP ini wujud di dunia. Jadi tidak mustahillah ESP ini menjadi rebutan seluruh rakyat Malaysia. Malah pernah suatu ketika, ESP ini kehabisan stok di seluruh Malaysia. Memang power.



Saya suka ambil ESP ketika perut kosong kerana ianya memberi tenaga kepada saya sepanjang hari. Selain itu, ia juga memnberi kesan kenyang yang lama. Jadi ianya sesuai untuk mereka yang hendak mengawal nafsu mereka. 


Malah jika saya konsisten mengambil ianya dalam diet saya, ia mampu memberikan kesan yang sangat best iaitu meremajakan kulit muka saya tau. Kulit tampak lebih muda tau. Jadi, jangan lupa untuk amalkan ESP setiap hari tau.


Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Tuesday, February 03, 2015 2 Comments A+ a-


Tag: Deanna


Surat Cinta Tentang Solat

Monday, February 02, 2015 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

........Surat Cinta Tentang Solat".........


  • Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-bur u mengerjakannya. 


  • Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..


  • Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.


  • Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.


  • Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.


  • Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.


  • Bayangkan ketika "azan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.


  • Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.


  • Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya. 


  • Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".


  • Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".


  • Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...


Subhanallah sungguh nikmat solat yang kita lakukan. Tidak sia - sia yang menyebarkannya, Tidak rugi orang yang membacanya, Beruntunglah orang yang mengamalkannya. ILMU IMAN AMAL


kredit: Group B&C Telegram

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan