Followers

Resepi Collagen Powder Shaklee

Wednesday, December 31, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Collagen Powder Shaklee adalah sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Jadi rasa dan bau Collagen Powder Shaklee ini juga dipengaruhi dengan rasa ikan. Collagen ini disarankan diambil ketika perut kosong di awal pagi bersama-sama dengan air masak untuk memastikan penyerapan kolagen berfungsi dengan lebih efektif.


Sebelum tu meh nak kongsi dengan anda semua, apa yang best sangat Collagen Powder ni. Saya betul-betul jatuh cinta dengan Collagen Powder sebab ia telah membantu rasa untuk rasa muda dan kekal muda. Hihi, umur dah 31, maka haruslaa cari jalan penyelesaian untuk tampil muda sepanjang masa kannn.. :)


Kebaikan Collagen Powder Shaklee:
  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.
  • Mengembalikan keanjalan kulitMeningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • MelicinkanMeningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • MenyuburMenggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  • MencerahMengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • MenegangMembantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Sekarang masanya saya kongsikan kepada anda resepi Collagen Powder Shaklee yang sering dibuat oleh rakan-rakan shaklee saya.
  1. Collagen Powder + air masak
  2. Collagen Powder + VIVIX (paling saya suka..sedapp!)
  3. Collagen Powder + ESP (saya suka juga..)
  4. Collagen Powder + Performance Drink
  5. Collagen Powder + apa-apa kordial
  6. Collagen Powder + sunquick
  7. Collagen Powder + oren
  8. Collagen Powder + madu
  9. Collagen Powder + twister oren
  10. Collagen Powder + ribena
  11. Collagen Powder + peelfresh anggur alovera
dan yang paling WIN sekali ialah Collagen Powder dibuka terus peket dan masuk ke dalam mulut, minum air sikit kemudia telan. Fuhh yang ini tak berani cuba. hihi.


Meh kita tengok komen rakan-rakan saya ni.





Semoga maklumat ini membantu anda semua ya.


Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun

Tuesday, December 30, 2014 14 Comments A+ a-


Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni rasa nak buat Segmen lak. Tujuan Segmen ini diadakan untuk kita semua saling berkenalan, memudahkan kita blogwalking dan sekaligus meningkatkan trafik blog dan menambahkan Follower di blog masing-masing. Jadi tunggu apa lagi, jom join beramai-ramai yer.

Syarat-Syarat Penyertaan

1- Follow Blog ini
2- Like Facebook Page Blog ini di Sidebar Jika Sudi.
3- Segmen ini akan tamat pada 30 Disember 2014.
4- Korang hanya copy coding dibawah dan paste kan di ruangan html di blog korang dan tinggalkan link entry korang di ruangan komen kat bawah ni.

tu jer simple kan.. Selamat Bersegmen dan Berblogwalking.

Basic-H, Pencuci Serbaguna

Tuesday, December 30, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Rasa macam saya tak pernah cerita tentang basic-H ni. Tapi ketahuilah bahawa basic-H ni saya sangat suka. Sangat-sangat suka. Ish memang susah nak diterangkan betapa sukanya. Saya gunakan basic-H ini sejak tahun 2011, 3 tahun sudah. 


Basic-H ni saya gunakan untuk tugasan-tugasan seorang suri rumah. Saya guna untuk lap dapur gas yang berminyak selepas memasak. Saya gunakan untuk lap lantai yang berminyak, meja makan dan banyak lagi. Jimat sangat tau. Sebotol tu boleh tahan sampai setahun sebab penggunaannya hanya 2-3 titik sahaja.


Basic-H adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah. Sungguh, ini tak tipu. Hanya perlukan 2-3 titik basic-H dan masukkan ke dalam spray yang berisi air. Taraaaa, anda sudah boleh gunakan air campuran ini dan ianya sangat menjimatkan.

  • Kepekatan yang tinggi - 16 auns basic-H mampu menjadikan sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila dicampur dengan air.
  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh, di dalam dan luar. 
  • Tidak perlu bilas, tiada sisa dan formula bebas coretan.
  • Tanpa toksik.
  • Ianya asli.
  • Ganda dua tertumpu.
  • Surfaktan biodegradasi

Yang lebih saya suka ialah ianya selamat, berkesan dan mesra alam. Moh kita tengok pelbagai testimoni mereka yang dah menggunakan basic h ini.


Testimoni 1: Membersihkan dapur gas yang berkarat.



Testimoni 2: Membasuh kotoran yang melekat pada mangkuk tandas.



Testimoni 3: Mengilatkan semula cerek yang telah berkarat.


Testimoni 4: Menghilangkan kerak yang melekat di periuk.



Testimoni 5: Mengilatkan lantai,



Dengan Basic-H, kerja-kerja rumah anda menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menyental sekuat-kuat hati. Jimat tenaga, jimat duit dan jimat masa. :)

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK

Monday, December 29, 2014 23 Comments A+ a-



Klik banner tau untuk join.



Mitos dan Fakta Penyusuan Ibu Semasa Bencana

Sunday, December 28, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni kita layan mitos dan fakta tentang penyusuan ini. Sangat berguna ketika ini, banjir.


Cara Pudarkan Parut Jerawat dan Jeragat dengan Mudah.

Friday, December 26, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nk beri tips mudah sangat ni, anda semua ada Alfalfa Complex tidak? Untung mereka yang ada Alfalfa kerana saya nak beri tip mudah pudarkan parut jerawat dan jeragat dengan hanya menggunakan Alfalfa. Yang semestinya haruslah dilakukan secara konsisten. 


Caranya ialah dengan menjadikan Alfalfa Complex sebagai masker.


Mudah sahaja cara kan. 


Saya yakin dengan produk-produk dari Shaklee kerana ianya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan Shaklee melaburkan berbilion ringgit untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.


Untuk pengetahuan anda, Alfalfa complex ini diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja segala tumbuhan". 


Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.


Daun yang telah matang ini kaya dengan klorofil. Daun-daun ini juga dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya, kemudian dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. 


Shaklee sangat-sangat menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan. Ini yang saya suka. Bila dikaji setiap bahan yang digunakan di setiap produk mereka, semakin saya jatuh cinta. Jom kita lihat testimoni mereka yang dah jadikan alfalfa sebagai masker.


Testimoni 1: Kulit semakin glowing



Testimoni 2: Belakang badan yang berjerawat sudah tidak gatal setelah sapu masker Alfalfa.
Jerawat di muka juga semakin berkurang.



Testimoni 3: Masker esp + Alfalfa, hasilnya kulit terasa lawa glowing.
Biji-biji (Whitehead/blackhead) di hidung juga mudah tanggal.


Anda teruja dengan keberkesanan masker alfalfa? Jom lah cuba, berbaloi-baloi. Harganya yang murah sangat tidak sesuai dengan 1001 kelebihannya.


Gaji Pengedar Shaklee

Thursday, December 25, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih ramai yang berminat nak tahu berkenaan gaji seorang pengedar Shaklee. Untuk pengetahuan umum, Shaklee adalah syarikat jualan langsung pertama di dunia yang menghasilkan vitamin dari bahan-bahan semulajadi dan juga di antara syarikat yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.


Klik gambar untuk lebih jelas.

Ini adalah gambaran purata pendapatan bulanan bagi pengedar Shaklee. 

Menjadi seorang pengedar sah Shaklee bukanlah mewajibkan anda menjual shaklee, malah anda juga boleh membeli untuk kegunaan sendiri. Mari saya senaraikan kelebihan untuk kedua-duanya sekali:


Untuk kegunaan sendiri:
  • Dapat beli produk dengan harga ahli yang jauh lebih murah dari harga pasaran.
  • Jika pembelian melebihi 150uv, anda layak dapat bonus tunai pada bulan seterusnya.*
  • Keahlian seumur hidup, tidak perlu kekalkan uv tertentu untuk kekal jadi ahli.

Untuk berniaga:
  • Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual.
  • Ganjaran 3C (Cash, Car dan Convention) dari Shaklee.*
CASH: Bonus setiap bulan, untuk jualan 150uv ke atas.*
CAR: Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan.*
CONVENTION: Peluang umrah/percutian, ditaja sepenuhnya.*

* Bagi yang layak sahaja.


Di Shaklee juga kami tidak mengamalkan head hunting tetapi kami mengamalkan konsep sharing. Dengan berkongsi kebaikan serta keberkesanan produk-produk shaklee yang kami sendiri makan kepada anda semua. Mudah kan?

6 Tips Atasi Senggugut Ketika Haid

Thursday, December 25, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya terbaca tips ini dari seorang sahabat Azlinda Aziz. Perkongsian yang baik. Terima kasih awak. Saya simpan tips awakni dalam blog saya tau. Perkongsian yang baik, apa salahnya jika disebarkan kan. Okay jom kita lihat tips ini. Penerangan dari saya, InsyaAllah


Tips atasi senggugut/PMS:

1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi.

Menurut kaunselar gizi dan kesihatan Latham Thomas, seorang wanita memerlukan setidak-tidaknya 1.200 miligram kalsium setiap harinya. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1200 mg kalsium dan magnesium serentak meringankan senggugut dan membantu membuang air kecil.

Kalsium juga mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.


2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yang bervitamin C seperti buah limau. 

Untuk dapatkan nilai vitamin C yang secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau. Tetapi boleh juga digantikan dengan vitamin C yang kandungannya sama dengan 7 biji buah limau. Di dalam Sustained release vitamin c shaklee, 1 tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah limau.


3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.

Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari. Vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. 


4. Kurangkan pengambilan garam. 

Pengambilan garam yang berlebihan akan mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh dan membuatkan wanita yang sedang haid kekurangan air.


5. Kurangkan makanan yang bertepung, kafein dan bercoklat.

Mengambil minuman yang mengandungi kafein akan membuat perut menjadi makin kembung dan perih. Kandungan kafein merangsang asid perut dan usus yang lebih sensitif apabila haid.


6. Makanlah makanan yang berserat tinggi.

Bagi individu yang berhadapan dengan masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yang tinggi khasiat zat besinya.


Pengambilan vitamin ketika haid juga boleh membantu mengurangkan sakit senggugut. 

Klik gambar untuk lebih jelas

Cadangan suplemen untuk PMS/Senggugut:

Ostematrix - mengandungi kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh wanita ketika haid. Ia membantu mengurangkan sakit senggugut.

B Complex - baik untuk masalah senggugut, meredakan kesakitan dan masalah penghadaman ketika haid.

GLA Complex - GLA mengawal selia hormon wanita, memperbaiki simptom PMS seperti senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara.


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada anda semua.

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Wednesday, December 24, 2014 4 Comments A+ a-


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jadual Pengambilan Suplemen

Wednesday, December 24, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pengambilan suplemen yang sesuai, pada hari dan waktu yang sesuai serta cara pengambilan yang lebih sesuai adalah sangat penting. 


Ini jadual pengambilan suplemen yang saya akan berikan ESKSLUSIF kepada pelanggan saya. InsyaAllah penambahbaikan yang berterusan. Untuk dapatkan jadual pengambilan suplemen ini, mestilah beli suplemen shaklee dengan saya. :D

5 Tips Atasi Jangkitan Selsema

Tuesday, December 23, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hujung tahun ni musim hujan hampir setiap hari. Di Pahang, Kelantan dan Terengganu juga air sudah naik dan banjir. Semoga Allah beri kekuatan buat hambaNya yang diuji. Tak sanggup bila baca suratkhabar, bayi 20 bulan terlepas dari pelukan si ibu dan hilang ketika sedang cuba menyelamatkan diri. Allah, saya tak kuat. Beri ketabahan pada ibu bapa ini ya Allah.

Letih badan kalau selsema je kan. Hidung merah, badan pun tak bertenaga

Dan musim ini juga ramai yang mula dijangkiti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Yelah dalam keadaan musim tidak menentu ni, memang kesihatan juga tidak menentu. Tetapi jangan risau, kerana saya ada tips untuk atasi jangkitan selsema ini. Malah ia juga membantu meningkatkan tahap imunisasi badan kita.


1) Selalu mencuci tangan

Tanpa disedari, tangan adalah pembawa kuman yang paling berjaya. Cara untuk elak dijangkiti kuman adalah dengan kurangkan kekerapan memegang muka, hidung dan seluruh wajah anda.


2) Tidur yang cukup

Kesihatan tubuh badan banyak dipengaruhi oleh waktu tidur. Purata 8 jam sehari adalah jumlah waktu tidur yang tepat untuk mendapatkan sistem kekebalan melawan penyakit.


3) Pengambilan vitamin atau suplemen

Umum mengetahui bahawa dengan pengambilan vitamin mampu meningkatkan sistem daya tahan tubuh badan untuk melawan serangan penyakit.


Shaklee juga tidak ketinggalan dalam membuat produk untuk tingkatkan sistem daya tahan tubuh. Antara suplemennya ialah Nutriferon (produk ini telah lama kehabisan stok di seluruh Malaysia). Nutriferon memang saya sangat suka sebab bila mula rasa nak demam, saya akan ambil 1 sachet dan insyaAllah simptom nak demam tu mula menjauhkan diri.

Ekstrak tumbuhan yang terdapat dalam nutriferon


Vitamin C memang kita ketahui ia adalah suplemen yang sangat diperlukan dalam meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Vitamin c ini membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Yang bestnya lagi, ia membantu sel darah putih menentang bakteris dan kuman, mengukuhkan sistem daya tahan, mempertingkatkan ketahanan tehadap alergi hidung, kulit dan asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.


Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain menyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk serta berfungsi sebagai anti bakteria. 

Kebaikan garlic complex

JANGAN RISAU! Tak perlu makan bawang putih, Shaklee telah menghasilkan produk yang diberi nama Garlic Complex di mana ia dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas. Ia juga dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.


4) Bawa tisu

Kajian menunjukkan bahawa tidu juga mampu menyekat penyebaran virus. Sekurang-kurangnya bila kita bersin, cepat-cepat tutup mulut dan hidung dengan tisu. Lepas tu buang terus tau tisu tu, jangan diguna pakai untuk kali kedua dan seterusnya. Ambil tisu baru.


5) Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, anda akan mudah dijangkiti selsema disebabkan oleh gangguan disilia (rerambut halus di dalam lubang hidung). Selain daripada itu, perokok lebih mudah dijangkiti selsema atau erti kata lain sistem daya tahan mereka rendah kerana merokok menyebabkan kehilangan 50-100mg vitamin c dengan setiap 1 batang rokok.


Cuba bayangkan jika anda merokok sehari 5-6 batang rokok, bermakna 600mg vitamin c hilang setiap hari. PEROKOK, sila ambil vitamin c setiap hari dengan dos yang lebih tinggi dari biasa ataupun sila BERHENTI MEROKOK sekarang!


Semoga bermanfaat tips ini.

Cara Terbaik Atasi Perut Kembung

Tuesday, December 23, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum ni kalau perut kita selalu masuk angin, mesti orang sarankan minum air halia. Suami saya suka minum teh sarbat (tak tahu betul ke tak ejaan tu) atau pun di panggil teh halia. Suami cakap best minum air tu, membantu beliau buang angin.


Saya pula tak pandai nak minum air halia ni, tak tertelan. Kalau perut masuk angin pun dulu, setakat sapu minyak je kat perut dan bila dapat buang angin tu rasa lega je. Sekarang ni saya dah jumpa dah cara terbaik dan mudah untuk buang angin ni. Saya ambil peppermint ginger plus je, mudah sebab didatangkan dalam bentuk tablet. 


Cara pengambilannya, boleh ambil 3 biji dan telan dengan air atau pun hancurkan dan letak dalam air suam. Ia membantu melegakan perut yang sakit tu. Saya pernah hancurkan peppermint ni dan jadikan teh herba, tak lah seteruk minum air halia. Masih boleh diminum lagi. Seronok lah sebab dah jumpa penyelesaian untuk perut kembung atau perut masuk angin ni.


Kalau nak tahu, peppermint ni first aid saya kat rumah tau. Sakit perut, perut kembung, perut masuk angin ni memang tak kena hari-hari, kadang-kadang je kan. Tapi kalau sediakan payung sebelum hujan tu kan lebih baik kan kan kan.


Testimoni dari kak Shareena, terima kasih kak long.

Tambahan, kata kak long:
lupa nak bgtau opis mate akak tu bgitau..ni ayat die' bagus lah vitamin ni.. memang lega trus perut aku, bagi sebotol aku nak beli' aa gitu lah ayat die lebih kurg.. 

Haa ni saya copy paste  je ayat beliau dalam group telegram kami. Kawannya tu terus jatuh cinta dengan peppermint ni. Memang best. Betu-betul melegakan perut yang tengah kembung tu. Haa jomlah apa lagi, kalau rasa tak boleh telan air halia atau teh halia, boleh ambil peppermint ni. Murah dan mudah.


Oh ya, yang bestnya lagi, peppermint ni pun selalu diambil oleh ibu-ibu yang baru hamil. Yelaa masa di awal kehamilan kan akan ada loya, muntah-muntah tu kan. Peppermint gingger plus ni boleh membantu melegakan. Alhamdulillah.


7 Tips Tegangkan Kulit Muka

Tuesday, December 23, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Umur ni kalau makin tua makin banyak kedut-kedutnya kan. Nak buat macam mana ni? Eh tak payah risau, saya ada tips untuk awak-awak semua ni. Tips tegangkan kulit muka. Saya terbaca kat dalam majalah wanita keluaran November. 


Saya kongsikan kat sini lagi jadi kalau awak-awak tak baca majalah ni boleh juga baca kat dalam blog saya. Tips yang ada ni sememangnya ada 6 tips tradisional dan saya akan tambah 1 tips moden yang memang saya sendiri amalkan. Okay jom kita tengok apa tipsnya:


1) Menggunakan lidah buaya


Sapu seluruh wajah dan leher dengan lendir lidah buaya. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk. 

Lidah buaya bukan sahaja dapat menganjalkan kulit wajah malah ia juga melembao dan membantu mengecutkan jerawat. 


2) Putih telur dan madu

Ambil sebiji telur ayam sebaik-baiknya telur ayam kampung. Asingkan telur kuning, ambil bahagian putih sahaja. Campurkan dengan dua sudu madu. Gaul sebati, jadikan masker. Sapu rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air suam. 

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.


3) Kulit pisang

Gunakan kulit pisang emas masak, Gosok bahagian kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit semakin cantik dan parut pula beransur pudar.


4) Timun dan tepung ubi kayu

Sagat timun hingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacar rata, jangan terlalu cair. Jadikan masker, sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering kemudian bilas wajah dengan air suam. 

Ia bukan sahaja mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ubi kayu dan timun menyegarkan kulit kusam.


5) Susu segar

Caranya mudah sahaja, sapukan seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga mendapat hasil seperti diharapkan.


6) Jus pegaga dan lobak merah

Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga. Pegaga dan lobak merah sangat baik untuk kesihatan serta kecantikan. Kedua-duanya kaya dengan perlbagai khasiat. 


Saya dah cuba petua yang no 1 tu (bestttt) sebab senang sangat, ada kat rumah ni mak mertua tanam. hihi terima kasih mak tanamkan untuk Hana. (Sebenarnya mak mertua ni suka tanam pokok bunga, penuh rumah ni dengan bunga. Menantu dia je yang tak reti tanam pokok bunga).


Sekarang saya nak kongsikan tips moden pula. Tips ini memang saya amalkan setiap hari. Kulit saya memang gelap dari azali tapi semakin meningkat usia ni semakin kusam pula. Bila dah kusam, semakin gelap lah kan. Bila saya konsisten ambil 3 produk ni, kulit muka dah jadi sekata, tak kusam dan jeragat pun berkurangan. Yeaaaa sukaaa.


7) ESP, Collagen Powder dan Vitamin C


Kalau anda semua amalkan setiap hari secara konsisten, anda akan dapat hasil yang sangat best, sangat memuaskan hati sebab ketiga-tiga suplemen ini adalah untuk set kecantikan juga.


Collagen powder sesuai untuk mengurangkan kedutan, garis-garis halus, jeragat, bekas jerawat dan segala jenis masalah kulit yang lain.


Esp pula saya mula consume ketika anak yang pertama masih menyusu. Niatnya nak membantu perjalanan penyusuan tapi bonusnya kulit muka semakin anjal dan lembap. Satu yang saya perasan, tona kulit pun semakin sekata dan tak kusam. Bonus nya lagi, (banyak benaa bonusnya kann) badan saya kekal kurus walaupun makan tanpa henti. (kuat makan ni masa menyusukan anak). Alhamdulillah kekal kurus.


Vitamin c ni pula saya suka sebab ia membantu meningkatkan tahap imunisasi saya. Jarang demam, alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah. Selain itu ia mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat berlakunya pigmen, Pigmen ni adalah penyebab utama jeragat. Bila pigmen terhalang, maka jeragat pun tak berani lah nak muncul kan. Yesss!


Kalau baca banyak kali, semua tips moden ni saya suka. Sebenarnya semua produk shaklee ni saya suka tau sebab saya sendiri dah amalkan jadi saya tahu ia memang best dan saya sarankan anda ambil ketiga-tiga suplemen ni tau. Serius best. Ish susah nak cakap betapa bestnye tu. Hihihi. 


Sampai sini sahaja coretan untuk pagi ini. Nanti saya sambung entri yang lain pula ya. Terima kasih mingguan wanita sebab keluarkan tips berguna ni. 

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz

Monday, December 22, 2014 8 Comments A+ a-

Klik gambar untuk turut serta memeriahkan segmen ini




7 Sebab Terjadinya Jeragat

Saturday, December 20, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Jeragat kebiasaannya terjadi ketika kita meningkat usia. Jeragat sebenarnya adalah salah satu masalah sakit kulit di Asia. Kaum wanita lebih kerap mempunyai jeragat berbanding lelaki dengan nisbah 12:1 (wanita : lelaki) berbeza mengikut negara. Jeragat mula timbul seawal usia 25 hingga 50 tahun. Jika tidak diendahkan, jeraga juga boleh memudaratkan dan menyebabkan penyakit kronik iaitu 


Sebab-sebab terjadinya jeragat:

  1. Terdedah kepada cahaya matahari terik.
  2. Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu hormon seperti pil perancang.
  3. Penggunaan kosmetik kulit yang bersifat panas dan mengandungi bahan kimia.
  4. Keturunan
  5. Faktor kerja seperti tukang masak yang terdedah kepada bahang api.
  6. Hormon yang tidak seimbang
  7. Faktor usia menyebabkan kolagen kurang terbentuk.

Bagaimana pula hendak mengatasi masalah jeragat ini?

Seperti sebab-sebab yang dinyatakan di atas, saya akan terangkan vitamin yang diperlukan.

Hormon tidak seimbang

Hormon yang tidak seimbang menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Antaranya ialah sering keletihan, kitaran haid yang tidak normal, akan berlaku penurunan atau peningkatan berat badan yang meningkat dan juga hot flashes iaitu gejala rasa panas secara tiba-tiba.

Vitamin Shaklee yang disarankan untuk membantu menstabilkan semula hormon ini ialah GLA complex dan ia juga sesuai untuk mengatasi masalah jeragat.


Kolagen kurang terbentuk

Semakin meningkat usia, kolagen semakin terhapu secara semulajadi bermula dari umur 25 tahun ke atas. Kolagen boleh dibaikpulih dengan mengambil makanan tambahan berasaskan kolagen. Shaklee mempunyai 1 produk kolagen terbaik iaitu Shaklee Collagen Powder.


Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul mengandungi 4, 000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1, 000 Dalton menjadikan ianya mudah diserap.


Terdedah kepada cahaya matahari

Mereka yang terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan terhasilnya jeragat. Jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kanser kulit dan melanoma iaitu kesan paling teruk terhadap kulit.


Mereka juga disarankan amal pemakanan sihat, suplemen anti oksidan yang secukupnya dan perlindungan dari cahaya matahari disamping minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan penuaan kulit pra matang dan kedutan pada kulit terutama pada wajah seseorang, Insyaallah.


Vitamin antioksidan Shaklee ialah:


Bulan ini masih lagi berlangsung promosi Buy 6 free 1 Vitamin C, buy 6 free 1 Vitamin E serta buy 3 free 1 Collagen Powder. Jadi anda berpeluang untuk dapatkan ketiga-tiga vitamin ini pada harga mampu milik dan pastinya menjunam. 


Semoga perkongsian ini diredhai Allah s.w.t.

8 Kesan Ambil Collagen Powder

Thursday, December 18, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kehilangan kolagen secara semulajadi boleh diatasi dengan pengambilan makanan tambahan. Di pasaran sekarang ini juga telah berleluasa penjualan makanan tambahan collagen. Shaklee pula mengeluarkan Colagen Powder yang bersifat unggul, mengandungi 4, 000 mg kolagen dari sisik ikan merah, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi.


Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1, 000 dalton amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Jika anda mengambil Collagen Powder Shaklee, anda akan mendapat 8 kesan yang utama:

1. Anti penuaan 

  • Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.

2. Menghidratkan 
  • Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.

3. Mengembalikan keanjalan kulit 
  • Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

4. Melicinkan
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

5. Menyubur 
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

6. Mencerah 
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

7. Menegang 
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

8. Faedah tambahan kolagen
  • Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Bawah ni terdapat testimoni yang dah mengambil Collagen Powder Shaklee





7 Rahsia Zikir Ya Wahhab

Thursday, December 18, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Zikir mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kekuatan dalaman dan rohani kita. Hati yang selalu terisi dengan zikir akan memancarkan Nur Allah dan mempengaruhi tindakan yang serba positif.



Kebiasaan melakukan zikir dengan baik akan menimbulkan ketenteraman hati dan menimbulkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang hendak tingkatkan kekuatan dalaman/rohani. Dari segi ibadah, zikir merupakan latihan menuju ikhlasnya hati dan istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq (sang pencipta).


Hari ini saya nak kongsikan kepada anda kelebihan salah satu zikir menjemput rezeki menjempt rezeki iaitu Ya Wahhab. Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. InshaAllah, lama kelamaan akan jadi rutin.


YA WAHHAB

Maksudnya:
Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1- Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2- Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.


3- Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).


4- Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5-Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6- Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, insya Allah.


7- Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.


Alhamdulillah, terima kasih Kak Cery atas perkongsian hebat ini. InsyaAllah akan di amalkan setiap hari.

4 Tips Kurus dengan Vivix

Wednesday, December 17, 2014 3 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti biasa, saya suka kongsikan tips kurus pada anda semua. Sebab masalah obesiti adalah masalah paling besar di Malaysia. Haa jangan main-main. Orang selalu kata kan "takpe gemuk, asalkan sihat". Jangan percaya laa kata-kata tu. Tu semua nak sejukkan hati anda je.


Tahukah anda, obesiti mengundang kepada pelbagai sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam lagi. Ianya mengundang ye jadi kan bagus kalau kita cegah awal-awal. Okay kali ni nak kongsikan tips kurus dengan vivix tapi dengan SYARAT, FOLLOW THE RULES. hehe.



TQ kak Aula, for all the tips.


4 tips kuruskan badan dengan vivix:

  1. Pengambilan 500mg resveratrol (typo ye dalam imej tu, ampun hihi) atau bersamaan 3 sudu kecil vivix
  2. Minum air masak 3 liter sehari
  3. Senaman ringan 30 minit sehari
  4. 6 hidangan kecil yang rendah kalori.

Ringkas kan tips ini. Ada yang dah berjaya kurus dengan vivix tau, itu pun tak sengaja kerana tujuan asal beliau nak turunkan bacan kencing manis, bonus baju semua longgar pula. Moh kita layan testimoni ni pula.


Testimoni berjaya dah ada, haa apa lagi, jom lah kita kurus dengan vivix. Mudah je kan.

10 Petua Amalan Orang Dulu-dulu

Tuesday, December 16, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Nenek moyang kita memang tak punya harta tetapi mereka sangat berharga kerana punya banyak petua dan nasihat yang berguna. Hari ni nak kongsi pada semua petua yang saya kira petua orang dulu-dulu. Terima kasih kak Mesrah kerana kongsikan pada saya. Moh kita terjah!


Petua-petua untuk diamalkan.
  1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
  2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
  3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
  4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
  5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
  6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
  7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
  8. Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
  9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
  10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam. Saya pernah kongsikan kepada anda rahsia awet muda dengan air putih




Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:



  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
  • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Banyak sungguh petua yang bagus ni kan. Jom laa kita amalkan, tak rugi apa pun malah sangat bagus diamalkan.

Bawang Putih Mencantikkan Kulit

Tuesday, December 16, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Anda nak tahu tak, bawang putih ni sebenarnya bagus untuk anda yang nak glowing-glowing dan cantik-cantik selalu sebab bawang putih bagus untuk detoks cuci darah dan seterusnya membuatkan kulit anda sangat cantik glowing.




Patutlah orang korea suka makan bawang putih tau. Wow! Orang cina pun suka makan bawang putih kan? Mereka ni makan bawang putih mentah setiap hari tau, takde panggang ni. Larat ke nak makan bawang putih kat dapur tu? Aduh pening nak pikir macam mana nak makan bawang putih mentah. 


Jadi jangan risau tau sebab Shaklee ada suplemen bawang putih dalam bentuk tablet iaitu Garlic Complex. Botolnya kecil je dan harganya pun murah. Kecil-kecil cili padi ni tau. RM47.50 je sebotol. Khasiatnya banyak pula tu.



Sesiapa yang ada masalah jerawat bernanah, mereka disarankan ambil Garlic Complex ini untuk cuci darah mereka. Selain daripada mencantikkan kulit, ianya membantu tingkatkan sistem imun kita dan kurangkan masalah darah tinggi. Untuk mereka yang ada kayap pun bagus ambil Garlic complex ni. Boleh lihat testimoni kat sini ya. 



Motivation & Recognition Rally

Monday, December 15, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

*Baru saya perasan, entri ini duduk di dalam draf belum publish*


Alhamdulillah, semalam (13.12.2014) adalah saat-saat paling indah sejak bershaklee. Bulan depan setahun bergelar Supervisor. Ye, perjalanan saya panjang tapi sangat menyeronokkan.


Pada 13.12.2014, Shaklee telah mengadakan satu majlis yang sangat gilang gemilang bagi meraikan pengedar mereka yang telah mencapai rank dari tahap Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator dan juga Senior Key Coordinator.


Majlis ini telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Alhamdulillah, seronok sangat bila dihargai. Kami diberikan sijil oleh Encik Karmen Ooi. Gambar yang diambil tidak berapa banyak. Gambar atas pentas pun takde sebab suami nak naik pentas sekali. Saya nampak dah beliau dah mula rasa seronok saya menjalan bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah, seronok tak terkata.


Gambar dengan anak-anak sebelum balik

Klik gambar di atas ya untuk gambar yang lebih lagi.

InsyaAllah, saya akan mendaki tangga yang kedua, ketiga, keempat, kelima, ke-enam dan juga ketujuh nanti. Doakan saya ya semua kawan-kawan. Kalau ada yang nak bisnes Shaklee macam saya, hanya dari rumah jangan segan silu untuk hubungi saya ya. Saya sudi layan dan bantu anda.


Jom kenali Shaklee dan ambil tahu bagaimana dan mengapa perlu jadi ahli shaklee.

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

Saturday, December 13, 2014 12 Comments A+ a-

GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

Yeah! Dah Gaji

Friday, December 12, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, hari ni bonus Shaklee masuk. Tak sangka awal bonus masuk, selalunya dalam 14hb macam tu. Hehe beza beberapa hari je. 


Bonus yang baru masuk ni hasil daripada kerja keras bulan November yang lepas. Alhamdulillah dapat bayar loan, bayar kereta, bayar ptptn, belanja mak abah makan, belanja suami dan anak-anak. Tak lupa sedekah dan zakat walaupun sedikit, ia tetap sedekah dan zakat. 


Walaupun saya suri rumah sepenuh masa, saya perlu cari pendapatan sampingan untuk bantu suami saya, ringankan bebas suami juga. Segala h***** (tak nak sebut..), tak kan saya nak harapkan duit suami, nak belanja mak abah pun takkan nak harapkan duit suami juga kan. Dulu saya bekerja, jadi bila dah tak bekerja WAJIB ada pendapatan seperti masa bekerja juga.


Saya rasa seronok bila dapat jaga anak-anak di rumah, dapat tengok mereka membesar di depan mata, dapat masak untuk suami walaupun tak hari-hari. Masa saya kerja dulu, hati selalu dihantui dengan perasaan rindu, selalu rasa tak sabar nak balik rumah cepat-cepat jumpa anak.


Tapi bila dah sampai rumah, mesti tak larat nak tahan mata ni layan mereka. Akhirnya masing-masing tidur kepenatan dan esoknya bermulalah rutin yang sama. Nak harapkan hujung minggu je? Berapa jam sangat lah dapat main-main dengan mereka kan?


Satu hari tu, tiba-tiba anak sulong saya cakap:
Ibu, ibu ni asyik kerja pagi-pagi, balik malam-malam. Hari-hari macam tu. Tak payah lah kerja ibu.

Allahuakbar, hati ibu mana yang tak sedih? Sedih sangat, jadi setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan bergaji. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya jadi suri rumah bergaji dengan Shaklee.


Saya bukan bersikap serong kepada ibu-ibu yang bekerja, saya bercerita hal yang sebenar yang saya alami. Saya faham kalau diberi peluang, semua ibu nak duduk rumah kan? Jadi jika ada yang berniat sedemikian, saya nasihatkan supaya sediakan payung sebelum hujan. Cari satu peluang yang boleh membantu anda bekerja dari rumah. 


Pilihan saya Shaklee dan saya nampak masa depan saya bersama Shaklee. Saya perlu bekerja keras untuk jadikan kukuhkan dan stabilkan pendapatan saya bersama Shaklee.

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan