Followers

Invitation to Shaklee Motivation & Recognition Rally

Friday, November 28, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, dapat jemputan ke Shaklee Motivation dan Recognition Rally. Tak sangka, pencapaian sebagai Supervisor diraikan oleh Pihak Shaklee. 


Rasa semakin bersemangat nak berjuang lagi dalam Shaklee. Rasa berkobar-kobar semangat ni nak membantu insan lain merasa sihat dengan Shaklee, membantu yang lebih memerlukan dengan Shaklee. Saya berzakat dan bersedekah dengan lebih kerap sejak kenal Shaklee.


Memang satu pilihan yang tepat. InsyaAllah saya akan membantu anak-anak shaklee juga dapat tingkatkan usaha mereka dalam bershaklee dan membantu mereka merealisasikan impian juga dengan bershaklee. 


Saya doakan anda semua berjaya dalam bidang yang anda ceburi, berjaya dalam bidang dan perniagaan yang anda jalankan. Doakan saya ye kawan-kawan.

Amalan Sunah Hari Jumaat

Friday, November 28, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar: www.tepakku.com

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi nafas di hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang sangat istimewa.


Semoga kita dapat luangkan setiap masa dengan lebih baik hari ini.

Template Mesra SEO dan Responsive

Thursday, November 27, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah, sejak tukar template blogspot biasa kepada template mesra SEO ni baru nampak perubahan sedikit demi sedikit. Blog dah mudah masuk dalam page google. Terima kasih Tuan HasrulHassan sebab banyak beri tips SEO yang sangat-sangat kami blogger baru perlukan. 


Macam mana saya tahu? Saya pasang widget feedjit di blog, jadi ia memudahkan saya ketahui dari mana pembaca blog saya dan dari sumber mana. Jika tidak memasang widget ini juga boleh, tetapi menggunakan google analytics. Ini saya belum begitu mahir lagi, masih banyak yang perlu dipelajari.


Jika dilihat pada feedjit, dah ramai juga yang jumpa blog saya ini di google dengan beberapa kata kunci yang dicari oleh mereka. Satu kepuasan bagi saya kerana saya ni boleh dikatakan from zero to hero  jugalah dalam berblogging ni. Hehe (masuk bakul, angkat sendiri pula..)


Jika ada yang nak memasang widget feedjit ni, boleh pergi ke link INI dan ikut sahaja arahan yang diberikan. 


Apa pula kaitan responsive? Apa yang saya faham dengan responsive ini ialah blog kita mudah dicapai oleh pengguna menggunakan apa-apa gadjet yang mereka ada. Contoh, jika kita menggunakan template blogspot biasa, mungkin blog kita sukar dicapai jika menggunakan telefon yang resolusinya kecil. Kelemahan tidak responsive pula adalah banyak widget yang tidak dapat dipaparkan pada blog anda. Faham apa yang saya cuba sampaikan?


Boleh semak blog anda di sini >>> http://responsivetest.net/


Selamat mencuba! :)

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

Wednesday, November 26, 2014 8 Comments A+ a-


Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


Jom support segmen ringkas ini...

Semangat Baru

Wednesday, November 26, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,



Dah malam-malam ni, tiba-tiba semangat berkobar-kobar untuk anak cucu Shaklee ni. Penangan Allah beri kesihatan yang sedikit lemah, diberinya semangat dan idea yang tiba-tiba melimpah ruah di hari yang ke lima ni. 


Semoga saya terus istiqomah, doakan ye kawan-kawan. Saya juga doakan anda semua sentiasa diberikan idea dan semangat dalam apa jua yang anda lakukan. Sesungguhnya, idea dan semangat itu juga rezeki dari Allah kan. Kesihatan juga rezeki Allah swt. 


Semoga setiap usaha kita diberkati Allah swt dalam membuat sesuatu perkara.

Air Detox

Wednesday, November 26, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tiada dalam gambar: Hirisan halia

Cuba teka apa yang saya nak buat? Hehe, takdelah teka sangat pun kan. Sebab tajuk dah ada dah. Sebenarnya ini entri tertunda. Saya dah buat air detoks ni hampir seminggu untuk suami. Ok jom baca apa itu detox dan air detox ni. Info dari sini dan sini.


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.


Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. 


Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


Air detox atau "Infused water" adalah air yang diletakkan sama ada herba/sayuran atau buah-buahan agar air yang kita minum itu lebih berperasa. Ramai orang yang nak kuruskan badan menggunakan kaedah ini bagi memastikan mereka mampu minum air dengan banyak setiap hari.


Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum air detox ialah:
  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Setakat ni saya cuma buatkan untuk suami air campuran halia + lemon + timun dan daun pudina sahaja. Untuk pengetahuan anda, resepi ini adalah untuk membantu sesorang itu mengempiskan perut yang buncit dan ia sangat membantu suami saya minum air masak yang mencukupi. 


InsyaAllah, nanti nak cuba resepi lain pula.

Qoute of The Day (2)

Wednesday, November 26, 2014 6 Comments A+ a-



Jadilah kamu orang yang baik
Orang yang baik bila ada disukai
Bila tiada dirindui
Bila mati ditangisi.

Janganlah kamu menjadi orang jahat
Bila ada dibenci
Bila tiada disukai
Bila mati disyukuri.

Di manakah kita? Semoga kita semua istiqomah dan sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang baik dan lebih baik dari hari ke hari.

Kredit: ikim.fm

5 Sebab Anda Perlukan Set Berpantang Shaklee

Tuesday, November 25, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Terlampau banyak set berpantang yang berada di pasaran sekarang ni. Ibu-ibu yang hamil mempunyai banyak pilihan dan tak perlu pening kepala nak cari set berpantang. Tetapi set berpantang apakah yang anda cari? Kesan yang bagaimana yang anda inginkan?


Jika saya dulu, saya tak tahu set bagaimana yang saya perlukan. Saya hanya mengikut peredaran masa sahaja. Hanya ikut apa yang mak beri (padahal tak ikut juga makan). Saya alergi dengan jamu. Bukan alergi kulit sensitif tapi alergi mengada-ngada (tekak tak boleh telan..jangan ikut saya ya).


Sebenarnya, ibu berpantang memerlukan set berpantang yang terbaik untuk menjaga kesihatan dalaman ibu-ibu. Ketika bersalin, kita telah menggunakan sepenuhnya tenaga untuk melahirkan zuriat kita. Banyak urat yang mengembang dan rahim juga membengkak.


Semasa anak pertama, saya hanya mengambil vitamin yang diberikan oleh pihak hospital dan jamu yang disediakan oleh mak bidan. Jamu itu pun saya makan ketika awal-awal bersalin sahaja sebab mak tolong buatkan. (hehehe, manja lebih). Selepas itu, hai-hai bai-bai je.


Semasa anak kedua pula, saya mengambil vitamin Shaklee sepenuhnya sejak hamil sehingga bersalin dan seterusnya berpantang. Malah diteruskan sehingga penyusuan 2 tahun, Alhamdulillah. (21/11/2014, cukup 2 tahun penyusuan susu ibu untuk anak kedua ini).


Saya dah merasa perubahan yang ketara jadi saya memang sangat sarankan ibu-ibu hamil mengambil set berpantang Shaklee. Kenapa saya sarankan ibu-ibu mengambil set berpantang Shaklee ini? 

1) Badan bertenaga selepas bersalin.

Saya mengambil masa 45 minit untuk melahirkan anak kedua. Ini kiraan saya masuk ke bilik bersalin dan ketika ini bukaan saya hanya 4cm. Alhamdulillah, selepas 45 minit saya selamat melahirkan. Semasa doktor hendak menjahit luka saya, mereka mengambil masa satu jam setengah kerana didapati pangkal rahim saya koyak. 

Ia boleh menyebabkan saya keletihan tetapi Allah sebaik-baik pertolongan, saya masih bertenaga sehingga ditolak ke dalam wad. Lepas keluar hospital, badan masih bertenaga sehinggakan mak tegur "tak macam orang bersalin". (Sangat berbeza dengan anak pertama).


2) HB kekal 12 ke atas.

Sepanjang kehamilan, hemoglobin saya kekal 12 ke atas kecuali semasa bulan puasa hb saya 10.5. Ini rekod terbaik bagi saya kerana masa anak pertama hb saya sering 9 ke bawah. 

Bacaan HB sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah semasa melahirkan.


3) Kulit anak dan ibu cantik

Kulit anak cantik (rezeki dari Allah swt.) Saya mengambil ESP sepanjang kehamilan mencantikkan kulit muka saya dan juga anak yang lahir. Alhamdulillah.


4) Luka bersalin cepat kering.

Luka saya kering dalam masa seminggu. Alhamdulillah, berbanding anak pertama, luka saya kering selepas 14 hari bersalin. 


5) Tiada SEMBELIT.

Ini paling saya takut ketika bersalin. Saya memang mempunyai masalah sembelit sejak anak dara. Tetapi dengan Shaklee, masalah sembelit saya langsung tiada. Bila hamil dan bersalin, saya masih memikirkan mungkin saya akan sembelit tapi siapa sangka tiada langsung masalah sembelit ini. 


Paling seronok bila set berpantang ini boleh diteruskan sampai bila-bila kecuali hamil elakkan ambil Alfalfa complex.


Ini testimoni saya sendiri.

Bagaimana pula pengalaman kawan yang lain?


Baby yang dilahirkan besar tetapi luka cantik dan cepat sembuh. Malah tiada masalah sembelit. Ebm juga dapat dibekalkan untuk baby yang warded.


Berpantang sendiri dan masih bertenaga untuk jaga anak dan diri sendiri. Juga tiada masalah sembelit.


Lebih bertenaga, luka cepat sembuh, tiada sembelit, kulit muka cantik dan tiada masalah susu tak cukup.


Peringatan: Walaupun saya mengambil set berpantang dari Shaklee tetapi saya tetap berpilis, berparam dan berbengkung. Tidaklah saya melupakan kesemua cara berpantang itu, cumanya saya tambah vitamin dari Shaklee untuk kesihatan dari dalam.

Quote Of The Day (1)

Tuesday, November 25, 2014 1 Comments A+ a-



Terima kasih Ikim.fm kerana sentiasa berikan peringatan yang hebat ini.

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Monday, November 24, 2014 17 Comments A+ a-



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Hazizul Bin Saleh @ Saran (Encik suami saya..hehe. Kenapa saya tak cuba sendiri? Sebab kulit saya Alhamdulillah, tiada masalah. Orang kata sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami hensem-hensemkan. ehhh melalutt)

Umur pengguna? 32 tahun

Jantina pengguna? Lelaki

Jenis kulit? Berminyak, Berjerawat, Sensitif

Pengguna Ephyra? Tidak

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar - Kulit suami saya berminyak dan terdapat jerawat yang tidak timbul. Maksudnya jerawat tu tak keluar, perlu dipicit keluar dan perlu sentiasa dijaga. Liang roma juga besar dan ia memudahkan jerawat timbul. Muka belia sentiasa berminyak dan disebabkan itu, saya perlu dapatkan Ephyra Skin Bar untuk suami.


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Teknik Pernafasan Alfa

Monday, November 24, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Minda yang segar dan tenang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membolehkan kita membuat segala keputusan dan berfikir dengan waras. 
Kajian menyatakan 90 peratus daripada aktiviti harian kita diproses dalamminda segar. Fungsinya adalah mengawal jantung dan pernafasan ketika kita tidur. Perasaan marah yang tidak terkawal juga banyak dipengaruhi oleh minda segar. Malah, persepsi negatif kepada sesuatu juga adalah aktiviti minda segar.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari perkara-perkara yang negatif. Saya pun begitu juga, tapi bagaimana caranya kita nak elakkan dari yang negatif ini? Saya sering ingatkan pada diri saya, JANGAN MERUNGUT di dalam apa-apa situasi pun. Kalau boleh, cuba sehabis baik. 


Cara lebih cepat berkesan adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alfa 2-4-8. Bagaimana tu?
Tarik nafas 2 saat, 4 saat tahan dan 8 saat lepas.

Tujuan pernafasan alfa ini adalah bagi mengembalikan minda kita ke gelombang alfa yang juga disebut sebagai gelombang ketenangan. Ini penting supaya kita dapat menggunakan minda segar dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan juga mengelakkan diri dari perkara negatif. 


Tekniknya sangat mudah kan? Boleh di amalkan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja. Saya sering gunakan teknik ini ketika sedang resah, gelisah memikirkan sesuatu atau ketika sedang sakit. Ia sangat menenangkan saya. 


Walau sakit tidak berkurang, sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kan. Teknik pernafasan ini saya pelajari dari buku Law of Attraction oleh En. Zuhairi Nopiah dan En. Amin Idris. 

Haa buku ni. 

Banyak sangat yang saya pelajari dari buku ini. Memang bagus di manfaatkan oleh setiap dari kita. Kebanyakannya berkisarkan tentang cara kita menarik sesuatu itu dengan pemikiran kita. Sebab itu ia dipanggil Law of Attraction Magnet Kebahagiaan. 


Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku atau boleh lawati www.zuhairinopiah.com.


Sentuhan Hati ke Hati

Saturday, November 22, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ini adalah entri tertunda. Kisah kelmarin untuk coaching offline saya bersama anak, cucu, cicit, piut shaklee. Kebiasaannya, saya coaching mereka secara dalam talian menggunakan perisian whatsapp tapi sekali sekala bertentang mata seronok juga kan.


Banyak juga kelebihan untuk coaching offline ini. Segala hal yang tidak faham boleh tanya depan mata, pemahaman juga lebih mudah. Setelah mencapai kata sepakat dengan anak-anak shaklee saya, kami memilih hari Ahad lepas, 16 November 2014 sebagai tarikh untuk kelas offline kami.


Antara topik yang dibincangkan ialah:
  1. Kenali Shaklee dan FAQ
  2. Kenali produk
  3. Strategi dan rahsia berjaya, tips serta motivasi dan tak lupa juga Real story saya bersama shaklee

Kononnya cukuplah utk hari pertama, tu pun dah 70 slides. Tapi kami memang menggunakan masa yang ada sungguh lah. Sampaikan belajar macam-macam cara nak promosikan shaklee mengunakan telefon pintar masing-masing.


Kebanyakan masa sekarang hanya menggunakan telefon sahaja kan, jadi apa salahnya belajar dan applikasikan sepenuhnya perisian yang terdapat di telefon tu kan.


Tengok Ammar tu sebenarnya baru bangun tidur, itu yang duduk di pangku tu. Kalau tak, ibu coaching, dia pun coaching abang dia.

Ini lah anak, cicit dan piut shaklee saya. Tak sangka dan sampai ke 4th level. InsyaAllah akan kembang dan berkembang lagi.


SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST

Saturday, November 22, 2014 2 Comments A+ a-

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya nak kemaskan template bloglist saya. Saya nampak kak Kathy pandai sangat buat coding ni. Mana tahu rezeki saya, boleh saya cantikkan blog saya lagi.
  Saya sokong sis Kathy :)

Garlic Anti Kulat Terbaik

Thursday, November 20, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

7 bulan yang lalu, pelanggan saya ini mempunyai masalah kayap yang serius. Ketika itu, sudah bermacam-macam usaha dilakukan tetapi masih lagi tidak membuahkan hasil.


Sehinggalah beliau menghubungi saya, hendak mencuba garlic Shaklee sebagai ikhtiar. Setelah makan garlic shaklee ini, beliau beritahu saya kayap beliau sudah beransur pulih. Beliau betul-betul berusaha mencari penawar kepada kayap beliau ini kerana bukan sahaja mengambil Shaklee sebagai ikhtiar tetapi juga mencuba ubatan secara tradisional.


Selang beberapi hari yang lepas, beliau membuat satu kenyataan di facebook yang memberikan kepuasan kepada diri saya. Bersyukur kerana Allah permudahkan urusan dan izinkan Shaklee sesuai dengan diri beliau. (Baca gambar di bawah)



Kayap ini jika dibiarkan boleh memudaratkan si pesakit. Kebaikan garlic shaklee ialah:
  1. Antibiotik semulajadi yang selamat.
  2. Menghalang alergi.
  3. Menstabilkan glukosa dalam darah.
  4. Atasi kembung perut, gastrik dan ketidahadaman.
  5. Menurunkan kolesterol.
  6. Mencegah kanser
  7. Detokfikasi.
  8. Spearmint untuk sakit jantung.

Jika anda mempunyai kayap, saya sarankan anda cuba ambil garlic shaklee ini 2 biji sehari.


Rahsia Awet Muda dengan Kolagen Terbaik di Pasaran

Thursday, November 20, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kolagen sering dikaitkan dengan kecantikan? Memang patut dikaitkan pun sebab kekurangan kolagen adalah tanda-tanda penuaan yang besar. Antaranya ialah:

  • Ada kedutan yang jelas di wajah
  • Ade jeragat dan bintik hitam
  • Ade 'eye bag'
  • Ade pori-pori besar
  • Kulit lesu dan mudah kering
  • Kelihatan tua dari umur sebenar
  • Sakit belakang dan sakit sendi
  • Ada pigmentasi dan kulit tona tak sekata
  • Gusi tak sihat
  • Garis halus di leher
  • Payudara kendur dan punggung pun tak berapa nak mantap
  • Kuku senang pecah
  • Ada lingkaran hitam bawah mat
  • Rambut kering dan bercabang

Hari ini saya nak tunjukkan testimoni pengguna yang mengambil produk shaklee. Anda pasti terkejut. 



Inilah dia rahsia awet muda dengan kolagen terbaik di pasaran. Beliau mengamalkan Collagen Powder Shaklee dan juga beberapa vitamin yang lain. Nak cantik memang perlu berkorban sebagaimana kita nak kurus, juga perlukan pengorbanan. 


Anda nampak tak perbezaan beliau? 2011 nampak dah berumur sangat, muka pun lain. 2014, setelah konsisten mengambil suplemen shaklee terus jadi muda tau. Berbeza sangat-sangat. Saya yang tengok ni rasa macam nak makan 3 peket sehari Collagen tu. (hehe..over tau)


Saya pernah berikan testimoni saya sendiri setelah mengamalkan collagen powder shaklee di sini. Kolagen dah banyak sangat jual di pasaran tetapi anda perlu memilih kolagen yang terbaik di pasaran. Bagaimana memilih kolagen terbaik? Rujuk link ini.


Orang kata jeragat paling jahat sekali suka bertakhta di wajah wanita. Tapi, jangan risau dah sebab Collagen powder shaklee mampu membantu mengurangkan jeragat

Link menarik:

Kredit gambar: mama cery

Penawar Diabetes

Wednesday, November 19, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini saya hendak berkongsikan kepada anda testimoni Vivix membantu merawat masalah diabetes yang telah menghantui pelajar perempuan berumur 21 tahun. Ketika entri ini ditulis, beliau mungkin sudah berumur 22 atau 23 tahun. 


Beliau telah disyakit menghidap penyakit diabetes sejak umur 12 tahun dan sejak itu juga beliau telah mengambil ubat-ubatan untuk diabetes dari hospital. Kemudian beliau terpaksa ambil insulin (tahap diabetes teruk), selalu hypo masa belajar.


Akhirnya beliau mencuba vivix, setelah seminggu ambil vivix, bacaan gula dalam darah menurun daripada belas-belas kepada 5.6. Beliau juga rasa lebih bertenaga dan kurang penat.


Syukur Alhamdulillah, Allah izinkan semua ini berlaku. Kita perlu ikhtiar untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. 


Wanita Menopause Perlukan Minyak Ikan

Wednesday, November 19, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Wanita yang memasuki fasa menopause kebiasaannya mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti sering keletihan, emosi yang tidak stabil, osteoporosis dan sebagainya. Anda boleh rujuk di entri saya yang lepas. SINI.


Kali ini saya hendak berkongsikan kepada anda testimoni wanita menopause perlukan minyak ikan sebagai suplemen  wajib mereka. 


One thing i realise kalau i drive more than 40 minit, kaki i tak cramp lagi. Alhamdulillah.
Medically menopause like me selalu cramp but now Alhamdulillah..kurang.

Bersyukur kan, haa penangan Omega Guard Shaklee, terus sahaja menambah order 2 botol Omega Guard Shaklee.


Bulan ini promosi Shaklee, haa apa lagi. Cepat-cepat lah beli untuk diri sendiri dan juga mak kesayangan anda.  


Mudahnya Menjemput Rezeki

Tuesday, November 18, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Semenjak berkecimpung dalam dunia Shaklee, saya tidak pernah lagi gagal diingatkan tentang amalan-amalan rohani, cara menjemput rezeki dari Ilahi. Mama Shaklee saya sering ingatkan tentang hal ini.


Malah saya tergerak hati nak aktif berkongsi tentang produk Shaklee juga adalah sebab saya hendak berubah ke arah yang lebih baik. Saya nampak perbezaan Kumpulan Jutawan yang dikelolakan oleh Mama Cery dengan MLM yang lain.


Mama Cery sering tekankan tentang solat taubat, solat dhuha, solat tahajud dan zikir-zikir yang lain. Sampaikan suatu masa, saya rasa betul-betul nak berubah dan saya berdoa jika dengan ber'Shaklee' saya boleh menjadi insan yang lebih baik, dekatkan lah ianya pada ku. Siapa sangka, ianya benar-benar terjadi.


Hari ini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari warga jutawan buat anda semua berkaitan mudahnya menjemput rezeki. Terima kasih Sha Mila kerana sudi berkongsi ilmu ini.




-------------------------------

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki. Formula yang saya dapat:

  1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
  2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahk bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
  3. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
  4. Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
  5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
  6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
  7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah. Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
  8. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana. Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
  9. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.
  10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
Selain dari itu, beliau juga beritahu 4 amalan surah yang perlu di amalkan setiap hari.
  • Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
  • Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
  • Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
  • Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Tak kenal maka tak cinta tak amal maka tak rasa
-------------------------------

Subhanallah, Masya Allah begitu hebatnya kuasa Allah, kita letakkan pergantungan kita pada Allah, InsyaAllah mudah menjemput rezeki.


Saya dah katam baca buku mudahnya menjemput rezeki. Semasa baca memang terasa getarannya. Ini baru baca, kalau saya pergi seminar ni, mendengar perkongsian setiap orang depan mata bagaimana pula perasaanya.


Siapa yang tak pernah ada buku ni, saya sarankan anda dapatinya di page Mudahnya Menjemput Rezeki dan jemput like page ini. Banyak sangat perkongsian yang baik-baik terdapat di sini.


Rahsia Kurus #3: Ambil 3 Hidangan 2 Snek

Tuesday, November 18, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t

Mengambil 3 hidangan dan 2 snek mungkin sesuatu yang menyukarkan anda yang sedang berdiet kerana kita sering dimomokkan dengan makan banyak boleh jadi gemuk. Ye betul tu. Makan banyak boleh jadi gemuk TETAPI makan sedikit dan kerap tidak menggemukkan anda malah boleh jadi rahsia kurus anda.


Jika makan yang sedikit dan kerap itu adalah makanan yang berlemak, berminyak memang sah sah akan menggemukkan anda. Apa kata kita tukarkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak itu kepada snek yang sihat.


Contohnya, jika kita berasa lapar, kita ambil buah-buahan sebagai snek sampingan kita dan yang paling mengujakan ianya mengenyangkan. Salad juga boleh dijadikan sebagai snek yang sihat.

Salad
Pasti anda runsing bagaimana yang dikatakan 3 hidangan dan 2 snek bukan? 3 hidangan itu ialah sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Tetapi perlu diingatkan bahawa makan malam yang terbaik untuk turunkan berat badan ialah makan sebelum pukul 7 atau selewat-lewatnya pukul 8 malam.


Anda boleh selitkan 2 snek di antara sarapan dan makan tengahari serta di antara makan tengahari dan makan malam. Yang sering kita dengar orang kata tea time. Setuju setuju?


Apa pula snek yang sihat? Anda boleh lihat entri saya sebelum ini 10 jenis buah yang diperlukan untuk diet yang sihat. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil mengikut keperluan dan secara konsisten ia mampu menurunkan berat badan anda. Resepi yang lain, boleh rujuk SINI.


Rahsia kurus yang bukan rahsia lagi #3 ini sangat mudah. Jadi, apalagi jomlah kita ke pasar-pasar mencari buah-buahan yang segar, menyihatkan serta boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan anda. :)


Big Holiday Giveaway by Wani

Sunday, November 16, 2014 6 Comments A+ a-



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Topup RM5 x1 by Wani

Random.org

~Topup RM5 x1 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x2 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by
Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Animated Banner x2 by Nurin Edlyna
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Bila Mama Niza Berbicara

Sunday, November 16, 2014 5 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi semalam sempat saya blogwalking di blog Mama Niza dan terbaca pula entri beliau di sini

Mama Niza vs Kathy R'Bain


Tiba-tiba termimpi pula jumpa mama Niza ni sambil dihidangnya laksa. Alahai mimpiku ntah apa-apa sahaja.


Jadi, saya pun bercerita kepada beliau. Kemudian perbualan lebih kepada topik blog dan peribadi. Berbicara tentang blog, memang tak sangka Mama ni seorang yang sangat baik hati dan membantu sangat saya. Sejak dari awal saya tukar domain blog.


Banyak tips yang dikongsikan dan pandangan yang memberi saya semangat untuk buat yang terbaik dan lebih baik dalam ber'blog'.


Ada banyak lagi tips yang diberi, rahsia...hehe


Ada ke dia tanya kita tips? Ish malu kita tau. Kita masih baru lagi.


Apa pun Mama, terima kasih atas segala pandangan dan tunjuk ajar. Selamat memulakan hidup baru di Selangor. All the best. InsyaAllah ada masa kita berjumpa.


Sesi Blogwalking Segmen Mamaniza

Saturday, November 15, 2014 3 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga sesi blogwalking di blog kesemua peserta Giveaway By Mamaniza.com

giveaway mamaniza

Saya cuba buka entri tersebut seawal pagi dan semestinya setelah selesai melakukan amalan positif setiap pagi. Sebolehnya saya nak habiskan dalam masa sehari sebab masa lain tu boleh lah buat kerja lain kan.


Alhamdulillah, dari pagi sampai selepas zuhur, selesai juga tugasan saya itu. Tapi zuhur masih keutamaan ya. Sambil-sambil layan anak, mandikan anak, buat sarapan, layan pm dari partner bisnes, layan pm pelanggan, basuh baju sempat juga kan. 


Bila dah set target, segala perancangan masih lagi on track. Ada yang nak sertai saya blogwalking? Klik link di bawah ya.
Giveaway By Mamaniza.com

Selamat ber'blogwalking'.

Testimoni Set Resdung: Jerawat Berhenti Keluar

Saturday, November 15, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,



Alhamdulillah, dapat lagi berita positif pagi ni. Pelanggan ni jerawat beliau teruk sangat, besar dan bernanah sampaikan malu nak jumpa orang.


Jadi beliau ambil set resdung dari Shaklee hasil pujukan dari adik beliau. Sepanjang pengambilan, beliau hampir mengalah tetapi adik beliau beri sokongan.


Alhamdulillah, berkat sokongan adik dan langkah berani beliau. Jerawat dah KECUT dan TAK KELUAR lagi.


Tinggal bekas parut sahaja. Semasa awal pengambilan set ini beliau mengalami healing krisis yang teruk juga, jerawat semakin galak keluar. Disitulah bermulanya saat mengalah tetapi atas sokong adik beliau, beliau teruskan. Beliau mula ambil set resdung shaklee pada September 2014.


Sekarang ni? Setelah hampir 2 bulan pengambilan, beliau dah jadi model kawan-kawan pula. Ramai yang bertanya pakai ape tu? Jawapannya, SHAKLEE!


Alhamdulillah, seronok saya bila dapat membantu beliau. Jika diberi keizinan, nanti dia beri gambar sebelum dan selepas. InsyaAllah saya kongsikan pada semua ya. Tapi saya censored laa sikit.



Sebelum akhiri entri ini, jom kita baca serba sedikit tentang resdung. 


Amalan Positif Setiap Pagi

Saturday, November 15, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah pagi yang ceria hari ini. Caj positif saya pagi ini membuak-buak, penuh dengan aura positif yang tak mungkin saya siakan sepanjang hari.


Kepentingan caj positif?

Sangat penting kerana apa yang terjadi di awal pagi akan membawa kepada situasi atau keadaan kita sepanjang hari. Kita juga dapat menarik hal-hal positif dan menepis perkara negatif datang ke kita. Perasan tak, jika mood pagi anda sedih atau suram. Keadaan seharian anda juga suram.


Jadi, apa tips positif setiap pagi?
  1. Senyum sebaik sahaja bangun dari tidur.
  2. Lakukan solat subuh, lebih baik jika dapat laksanakan solat fajar.
  3. Membaca Yassin selepas subuh, jika tidak sempat baca sepotong ayat dan tafsirnya sekali adalah lebih baik berbanding tidak baca langsung.
  4. Zikir: Istigfar 300x, Selawat 300x, Ya Wahab 300-1000x, La Haula Wala Quwwata Illa Billah 100x.
  5. RCA - bercakap perkara yang anda ingin lakukan atau perkara-perkara positif di hadapan cermin.
  6. Solat Dhuha.

Ini adalah 5 perkara yang saya sering lakukan di awal pagi. Kalau satu hari tak buat, mood memang kelaut. 


Jom kita sama-sama amalkan tips ini supaya hari-hari kita disirami dengan perkara-perkara yang positif dan baik-baik sahaja.


Panggilan SPAM, Sila Berhati-hati!

Friday, November 14, 2014 10 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Panggilan SPAM ni memang dah berleluasa sangat kat Malaysia ni kan. Sebelum ni selalu baca dan dengar hal-hal begini terjadi pada orang luar. Hari ini nak kongsikan pada semua hal ni jadi pada adik saya.



Seriau pula bila baca mesej dia. Nampak macam saya kejam je cakap dia mamai kan. Dia ni memang jenis blur sikit. Banyak berangan. (Hehehe..jangan marah ye dik). 


Risau juga kalau dia terlepas cakap, nasib baik dia sedar. Bahaya kan panggilan SPAM ni, kenapa mesti buat panggilan untuk minta nombor kad pengenalan dan sebagainya?


Apakah tujuan sebenar mereka? Orang sekarang ni, semua nak mudah. Nak kaya duit berkepuk, tapi buat cara yang tak sepatutnya. Macam sekarang ni lah, buat panggilan SPAM. Nak ada duit yang banyak, tapi MALAS usaha. 


Asal nampak iklan gambar duit katanya
Tak perlu buat apa-apa, daftar sahaja tiap-tiap hari duit masuk. 

Huii, berderet minta di "pm". Tidak terfikirkah anda, dari mana pula datang hasil duit tu tanpa berusaha? Tanpa bekerja? Duduk rumah goyang kaki? 


Bercakap pasal duduk rumah goyang kaki, saya ni tengah goyang kaki ni kt bawah meja. Jari sedang menaip. Kalau tak goyang kaki di meja SOHO ni, saya goyang kaki atas katil sambil menyusukan anak sambil jari-jari ni membalas mesej dari pelanggan. Haa ni usaha tau.


Tidur pun beberapa jam sehari je. Saya perlu belajar macam-macam tentang bisnes yang saya ceburi. Berusaha bukan sekadar menaip mesej, mengadap fb, instagram sahaja tapi berusaha menjaga networking dengan Allah.


Kerana dari Allah lah duit saya datang. Kalau Allah tak izinkan, apa duit tu tiba-tiba boleh masuk dalam akaun?


Kalau yang sedang bekerja di pejabat-pejabat pula, mereka pun duduk goyang kaki kat meja kerja mereka. Berusaha siapkan tugasan yang diberikan oleh pengurus mereka (saya juga begitu dahulu).


Saya nasihatkan kepada anda supaya berhati-hati kalau ada dapat panggilan macam ni. 

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan