Tanda-Tanda Dan Gejala Putus Haid (Menopause)
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Kelmarin ada bekas anak murid saya bertanyakan vitamin yang sesuai untuk masalah mamanya yang sedang putus haid atau menopause. Jadi sebelum saya kongsikan tentang vitamin yang sesuai, saya kongsikan terlebih dahulu maklumat berkaitan menopause.
Assalamualaikum w.b.t,
Kelmarin ada bekas anak murid saya bertanyakan vitamin yang sesuai untuk masalah mamanya yang sedang putus haid atau menopause. Jadi sebelum saya kongsikan tentang vitamin yang sesuai, saya kongsikan terlebih dahulu maklumat berkaitan menopause.
Apa itu menopause?
* Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap
Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.
Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :
* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.
Apakah tanda-tanda menopause?
Tanda tanda menopause terbahagi kepada:
1. Gejala vasomotor
* Panas dan kemerahan dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung yang laju
* Serangan kegugupan (panik)
* Susah tidur
2. Gejala mental
* Emosi yang berubah-ubah
* Suasana perasaan yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks
3. Gejala saluran kencing/Urogenital
* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak terkawal
* Tulang menipis (osteoporosis)
* Ketinggian badan mengurang
* Kepatahan tulang
5. Lain-lain gejala
* Kulit menipis (atrophy)
* Kehilangan anjalan kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah gugur
* Mudah mendapat ruam
85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)
* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.
Apakah komplikasi-komplikasi menopause?
* Penyakit jantung
* Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh)
* Angin akhmar ( stroke )
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payudara
credit: http://www.infosihat.gov.my/
Terima kasih kepada pihak info sihat kerana memberikan maklumat yang lengkap ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana