Followers

Testimoni: Kaki Sakit Sembuh dengan Ostematrix Shaklee

Monday, June 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari kedua Ramadhan, Alhamdulillah masih diberi peluang, rezeki, masa dan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Azam saya tahun ini, nak terawih penuh dan khatam Al-Quran kecuali ABC laa. hehehe. Alhamdulillah, walaupun kalau ikutkan kaki ni tak larat nak solat lama-lama tapi Islam itu mudahkan, solat duduk lah pilihan saya. Tetapi memang kebanyakan waktu solat pun saya solat duduk kecuali kaki tiada masalah apa-apa baru saya solat berdiri macam biasa.

Alhamdulillah juga, saya mengambil suplemen untuk kuatkan kaki saya iaitu Ostematrix. Ostematrix ini membantu kita mengurangkan rasa sakit-sakit, kekejangan, kebas kaki dan juga menguatkan tulang. Malah ia juga dikatakan boleh mengurangkan penat-penat badan setelah seharian bekerja keras, selain dari membekalkan kalsium untuk badan.

Semalam saya dapat testimoni dari anak Shaklee saya Hafizah Nor Azmudin. Beliau berikan ibu beliau Ostematrix, dan kesannya sudah tidak ada sakit-sakit kaki lagi. Syukur Alhamdulillah.

Ramai yang sudah belikan Ostematrix untuk mak ayah mereka. Anda bagaimana?

Bulan Ramadhan ni, sesuai sangat kalau kita sebagai anak hadiahkan ostematrix untuk mak dan ayah kita kan. Mudahkan mereka untuk solat. Ye laa, solat terawih tu kan buat 11 rakaat (8+3). Kita yang muda ni tak mengapalah kan, bangun duduk bangun duduk tak terasa sakit sengal-sengal lutut tu. Kalau orang tua? Mesti mereka rasa letih kan? Tetapi mereka tetap gagahkan diri terus habiskan solat terawih sebulan. Kita yang muda ni, silap-silap seminggu sahaja rajinnya. 

Maaf lah, termarah pula. Hehe. Saya sudah hadiahkan pada mak dan abah saya. Anda pula bagaimana?


Tragedi Terawih Pertama dan Ramadhan Pertama

Saturday, June 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, selesai sudah terawih malam pertama Ramadhan. Anda semua bagaimana? Dapat mengerjakan solat sunat terawih? Syukur, Alhamdulillah..

Malam tadi, en suami solat sunat terawih di surau. Saya seperti tahun lepas, terawih di rumah sahaja sebab masih ada anak kecil. Tragedi menyayat hati sebentar tadi, Ammar menangis-nangis nak ikut abahnya solat. Dia ingat abahnya nak pergi berjalan-jalan agaknya tu.

Menangis sampai berguling-guling sambil cakap sayang abah (dalam bahasa pelatnya lah). Kesian ada, nak ketawa pun ada. Sudahnya,abahnya pergi juga. Jadi, banjir laa sekejap rumah ni. :)

Itu cerita si adik. Ini cerita si abangnya pula. Selepas en suami balik dari surau, kami mentarbiyahkan Muhammad tentang puasa esok. Semuanya dia faham. Tiba-tiba kami teringat yang dia masih hisap puting kosong. Errr..

Merengek dia sedih sebab tak dapat hisap puting esok. Tapi en suami kata, bagi hisap kalau dia ingat sahaja. Jadinya, kita tengok kejadian puasa dia esok. Menu sahur yang di minta Muhammad ialah burger telur. Ringkas!

Akhir kata, selamat berpuasa buat kawan-kawan semua. Semoga dapat tingkatkan ibadah dan ibadah kita diterima olehNYA.

SALAM RAMADHAN!

Video: Kisah Benar Air Kuning Bertukar Jernih hanya dengan Water Pitcher dari Shaklee!

Saturday, June 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Video: Intan rahayu

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum saya coretkan kata-kata saya di sini, apa kata anda lihat dahulu video ini.



Post by Intan Rahayu.


Anda pasti teruja kan? Hanya dengan RM460, anda boleh memastikan anda memberikan air yang terbaik untuk keluarga anda minum.

Keistimewaan Shaklee
  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
1 jag Get Clean® Water berharga RM460 SAHAJA!

 
Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk 


Get Clean Water Pitcher Shaklee Pilihan Ramai

Saturday, June 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

Saya masih belum berpeluang lagi nak mencuba penapis air terbaik dunia ni. Jika anda perasan, saya lebih suka kongsikan kebaikan-kebaikan vitamin shaklee yang telah saya amalkan berbanding yang belum saya amalkan. Kerana apa tu ya?

Sebab saya lebih yakin kongsikan sesuatu yang telah saya amalkan, telah terbukti dan rasai keberkesanannya tersendiri. 

Tetapi kali ini, berlainan sedikit. Saya hendak kongsikan penapis air paling murah, paling ringkas dan mudah di bawa ke mana-mana. 

Okay, jom baca tentang water pitcher ni.





Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok - Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee

  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
 
 Anda berminat? Jom tempah dengan saya!
 
1 jag Get Clean® Water berharga RM460 SAHAJA!
 
Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk 
 

Testimoni Penglihatan Semakin Jelas dengan Carotomax Shaklee

Saturday, June 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini saya hendak kongsikan kepada anda semua berkaitan testimoni penglihatan dengan Carotomax Shaklee. Testimoni ini dari adik saya sendiri, Minun (nama gelaran..hehe).

Carotomax untuk mata, kulit, jantung dan paru-paru

Adik saya ni ambil Carotomax sebab saya sendiri yang sarankan. Rabun beliau tinggi sangat. Tak tercapai dek akal rasanya, tambah pula kesian sebab baru 21 tahun. Muda lagi. Dulu masa sekolah, setiap tahun mesti ganti cermin mata, power tu naik bukan sikit, banyak terus.

Hari tu, powernya tu ada la dalam 350 lebih kurang. Sebelum makan Carotomax, bertambah 100 atau 200 macam tu. Ish, tinggi kan. Sedang belajar di UTHM pula. 

Jadi, Carotomax sekarang membantu beliau melihat dengan lebih jelas di dewan kuliah. Lepas tu pula, kulit beliau ni flawless, pinkish. Wahhh, kembang satu badan. Pantang dipuji beliau ni. 

Nutritionist Shaklee beritahu Carotomax ni melembapkan kulit tau. Nutritionist ini mencadangkan ambil Carotomax (Vitamin K), Vitamin C dan Vitamin E sebagai asas untuk kecantikan, jika anda hendak mengekalkan kecantikan anda. Haa jangan tak tahu. Saya tahu dari sideline Shaklee saya iaitu Yanti, beliau telah menghadiri Body Composition Analysis yang dianjurkan oleh Shaklee di cawangan Shaklee. Terima kasih Yanti.

-----------------------------------
  • Mempertingkatkan penglihatan
Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags, dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan penyakit kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.
 -----------------------------------
 Ini adalah antara kebaikan Carotomax. Maklumat lanjut di sini (KLIK)


1 botol Carotomax mengandungi 30 biji kapsul berharga RM74 sahaja, penggunaan sebulan.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk
 
 

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ

Friday, June 27, 2014 1 Comments A+ a-

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ


Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi !

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN

Persediaan Berpuasa bagi Kanak-Kanak dengan Shaklee

Friday, June 27, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Menjelang ramadhan ni, pasti ramai ibu bapa yang bakal melatih anak-anak kecil berpuasa di bulan Ramadhan yang bakal hadir 1 hari lagi kan. Tinggal esok sahaja hari yang ada. Saya pun sedang dalam perancangan mengajar Muhammad berpuasa tahun ini. Umurnya baru 4 tahun.

Teruja dia nak belajar puasa. Tetapi yang kelakarnya, tiba-tiba dia beritahu saya "Matilah abang nanti buuu.." Hehehe..anak oh anak. "Tak mati pun sayang, cuma kena tahan lapar je. Tak boleh minum susu, makan gula-gula, jajan.." Senyum terus dia bila beritahu keadaan sebenar.

Sebagai persediaan, saya dah belikan awal-awal suplemen untuk Muhammad belajar berpuasa nanti. Nak tahu apa dia?

Inilah dia. Set berpuasa kanak-kanak

Kalau diikutkan, saya memang dah bagi Muhammad ni ambil Mealshakes tiap-tiap hari sebab nak beri dia berselera makan. Dia ni lebih suka makan roti dan lain-lain. Nasi tak nak makan. Jadi bila ambil Mealshakes ni, selera dia memang bertambah-tambah walaupun makan nasi sekali sahaja sehari tetapi dalam kuantiti yang banyak. Ibu mana yang suka anak dia tak makan nasi kan?

Yang lebih menjimatkan pula set puasa ni adalah sebab saya memang ambil Set Berpuasa yang di panggil Mighty 3 Gem sebagai persediaan kami suami isteri. Set ini terdiri dari ESP, Performance Drink dan Mealshakes. Haa, jadinya saya hanya perlu bancuhkan Performance Drink dan Mealshakes sahaja untuk Muhammad.

Jimat kan? 1 set Mighty 3 Gem tu boleh dikongsi seisi keluarga. Cukup untuk sebulan berpuasa, kecuali anda bancuh dalam kuantiti yang banyak untuk 1 hidangan. Saya suka letak banyak-banyak. Hehe.. (ini ikut kemampuan ya. Saya akan beritahu cara-cara nak bancuh semasa anda beli set ini dengan saya.)

Apa pula kelebihan kedua-dua suplemen ini ya? Kita lihat imej ini ya.

Mealshakes mampu memberi kekenyangan yang lama untuk Muhammad

Performance Drink pula mengelakkan Muhammad dari terlampau haus.

Tak sabarnya nak menyambut puasa ni. Nak beramal ibadah lebih lagi. Kumpul pahala untuk saham akhirat nanti.

Jika anda ingin mendapatkan set berpuasa kanak-kanak ini, ianya hanya berharga RM196.25 tidak termasuk pos.

Nak dapatkan harga yang JAUH LEBIH MURAH, jom sertai kami dengan menjadi ahli Shaklee hanya RM75 s/ RM85 ss sahaja SEUMUR HIDUP. Lebih istimewa akan berada di bawah team saya AMAZING EMPIRE yang dikendalikan oleh saya.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk  


Persediaan Berpuasa dengan Shaklee

Wednesday, June 25, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

3 hari lagi, ramadhan bakal menjelma. Ada yang sedang gigih mengganti puasa (bagi yang perempuan), ada juga yang sedang membuat persiapan dari segi rohani, berlatih bangun di 1/3 malam sebagai persiapan menyambuat Ramadhan tidak lama lagi.

Bagaimana dengan persiapan dari segi makanan pula? Shaklee ada menawarkan set berpuasa yang di panggil Mighty 3 Gem. set ini terdiri dari ESP, Performance Drink dan juga Mealshakes

Set berpuasa dari shaklee

Saya mula berpuasa dengan Shaklee kira-kira pada tahun 2011, tetapi ketika itu, saya hanya mengambil ESP di samping vitamin-vitamin yang lain. Memang terasa keberkesanannya dari segi kekenyangan yang lama. Tetapi tahun 2013, saya mula menambah Performance Drink sebagai persiapan saya berpuasa kerana ketika itu saya sedang menyusukan anak saya yang kecil. 

Maklum lah ketika menyusu, saya sentiasa haus. Sangat berbeza! Saya kurang rasa haus, dan saya boleh bertahan sehingga petang serta badan terasa bertenaga. 

Perbezaan yang paling ketara ialah pada suami saya (beliau hanya ambil Performance Drink tau). (Pesakit gout tidak dibenarkan ambil protein dalam diet harian.) Beliau memang mempunyai sakit gout. Pesakit gout ni tidak boleh kekurangan cecair dalam badan. Jadi, bila berpuasa beliau hanya sihat 2 minggu sahaja, 2 minggu yang selebihnya sakit gout. Kaki membengkak. Bila ambil Performance Drink tahun lepas, Alhamdulillah! Sihat walafiat. Gout tidak menyerang langsung! Terus beliau jatuh cinta dengan Performance Drink ni. Hehe...

Kelebihan ESP

Kelebihan Mealshake

Kelebihan Performance Drink

Set ini berharga RM346.25. Jika anda inginkan harga yang JAUH LEBIH MURAH, jom sertai kami dengan menjadi ahli Shaklee hanya RM75 s/ RM85 ss sahaja SEUMUR HIDUP. Lebih istimewa akan berada di bawah team saya AMAZING EMPIRE yang dikendalikan oleh saya.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk  


10 Cara Murah kekal Kurus dan Sihat

Wednesday, June 25, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Berat badan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan. Kesihatan adalah elemen utama yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kesihatan terjejas akan menjejaskan aktiviti harian dan juga aktiviti kemasyarakatan yang lain. Yelah, mana tidaknya. Bila kesihatan terjejas, kerja juga terjejas dan prestasi kerja menurun. Aktiviti masyarakat apatah lagi, sudah tentu tidak boleh aktif seperti selalu bukan?

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat bentuk badan idaman, namun cara paling mudah dan murahlah yang sentiasa dicari. Kita hanya perlu mengenali kebiasaan dan kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
  • Selalu bersenam
Senaman perlu untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Lakukan senaman berjalan, melompat, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) konsisten. Ia lebih digalakkan berbanding membuat senamam agresif yang tidak konsisten.
  • Tidur awal
Setelah seharin bertungkus lumus, tidur lewat atau berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang bijak. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur pada malam hari dan proses baik pulih badan selalu lebih berkesan jika waktu tidur adalah sama. Tidur yang tidak menentu boleh mendatangkan mudarat. Jadi tidur awal adalah langkah paling mudah untuk mengelakkan penyakit.
  • Makanan kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara palong mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Shaklee ada menawarkan set untuk kesihatan optimum dan juga set kurus. Ringkas!

  • Fikir dulu sebelum ikut program kurus badan
Bukan tidak boleh menyertai program kurus badan tetapi kan lebih elok jika gunakan pilihan yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat badan yang kurus dan sihat.
  • Makan lebih sayuran
Makan lebih sayur ternyata cara paling murah untuk sihat. Pada masa yang sama kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam. Mulai hari ini ubah pemakanan anda.
  • Jangan abai sarapan 
Sarapan adalah SANGAT penting. Mereka yang meninggalkan sarapan kebanyakkannya akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari anda kurang makan, namun jika anda makan dengan banyak pada waktu malam, diet anda akan hancur.

Makan pada waktu malam menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak kerana tubuh tidak aktif. Seterusnya menambah berat badan anda.
  • Makan hidangan lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
  • Elak berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Digalakkan kunyah secara perlahan ketika baru terasa lapar. Ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih sihat.
  • Elakkan tekanan
Berada dalam tekanan menjadi punca risiko sakit. Jadi elakkan perkara yang membolehkan tekanan.
  • Pemeriksaan kesihatan berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Kulit Mengelupas dan Kering Pulih Dalam Masa 4 Hari dengan Vitamin E Shaklee

Wednesday, June 25, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Ahli Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak 3 minggu saya mengamalkan Vitamin E Shaklee ni, saya rasa sangat perubahan pada kulit muka saya. Walaupun kulit muka tak mempunyai masalah sangat tapi saya betul-betul dan sangat teruja nak mengambilnya bila melihat kesan pada kawan-kawan lain. Memang superb! :D

Setiap pagi bangun tidur, memang usap-usap muka ni. Best! Sebab rasa lembap sangat. Lembut. Awet muda laa saya nanti. Umur pun dah 31 tahun, jadi kenelah bersiap sedia cantik-cantikkan muka dan badan dengan suplemen. Hehe. 

Sebenarnya, saya nak kongsikan testimoni dari ahli Shaklee yang lain ni. Beliau mempunyai masalah kulit mengelupas dan kulit kering. Kita lihat apa kata beliau:
Akhir bulan January 2014 yg lepas saya perasan kulit muka menggelupas dn kulit kering..saya cuci muka dgn pencuci muka yg biasa sy guna tiap hari tapi tiada perubahan..stress sangat sebab bila pakai bedak nmpk la bercapuk2 pastu kulit kasar plak..huk..mak pun tegur..;(Then sy try sapu Vitamin E selama 4 hari..picit n sapukan kat tmpt yg berkenaan tiap malam..biarkan sampai pagi..esok pagi cuci..Alhamdulillah hasilnya kulit muka dah tak menggelupas n yg paling best skali lembap gituu..tiap masa nk belek muka kt cermin..Tq Vitamin E..Tq Allah:)

Ketara kan perbezaannya. Pulih dalam masa 4 hari! Wow!



PERBEZAAN VITAMIN E SHAKLEE

Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran!

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, mememlihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kelebihan lain:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit. 
  • Anti oksidan. 
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Sesuai utk semua: remaja, ibu menyusu, berpantang, suami isteri dan lain-lain.

~ Tambahan Selenium (Se) dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani & mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma.  
Nak HARGA RUNTUH KEBABOOM?? Sertailah Shaklee sekarang dan anda akan dapat penjimataan berganda dengan YURAN KEAHLIAN RM75/85 ss sahaja seumur hidup! Lebih istimewa akan berada di bawah team saya AMAZING EMPIRE yang dikendalikan oleh saya.

1 botol Vitamin E mengandungi 120 biji kapsul berharga RM149 sahaja, penggunaan selama 4 bulan. Boleh juga dijadikan masker.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk  

Kotak Shaklee dan Shaklee

Wednesday, June 25, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ammar dengan cengkerang kura-kuranya
Tadaaa..cengkerang kura-kura dari kotak Shaklee..hehe

Serbaguna kan kotak Shaklee ni. Muhammad ni dah pandai dah. Dia nampak lambang shaklee je dia dah tahu. Tapi yang dipanggil hanya kotak Shaklee walau sebenarnya itu vitamin Shaklee atau Logo Shaklee sahaja. Semuanya digelar kotak Shaklee. Hehehe..Muhammad oh Muhammad!

Kreatif juga mereka ni kan. Abangnya lah, suruh buat macam tu. Itu lah hasilnya. Asalkan mereka bahagia. Kami suami isteri juga bahagia! :D


Duit Shaklee Tak Berkat?

Tuesday, June 24, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya sering dapat pertanyaan dari rakan-rakan terdekat tentang dari mana sumber Shaklee atau pun berkat ke duit shaklee? Anda juga pasti ingin mengetahuinya kan? Ada juga yang takut nak jadi ahli Shaklee sebab tak pandai cari orang bawah katanya. Konsep Shaklee ini senang dan mudah. Anda tiada ahli bawah TAPI anda masih boleh meraih bonus 4 angka jika anda rajin dan kuat berusaha kerana konsep shaklee ialah JUAL PRODUK KESIHATAN mereka. Mudah bukan?

Untuk pengetahuan semua, duit shaklee atau kata lain bonus dari Shaklee ni berkat kerana pembayaran bonus itu sangat jelas diterangkan dalam penyata bonus yang dikeluarkan Shaklee. Shaklee juga tidak mengamalkan sistem head hunting. Atau kata lain, cari orang bawah sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti perniagaan sudah mendapat bonus.

Shaklee tidak mengamalkan sistem itu ya. Biarlah 1000 pun orang bawahan anda, jika anda sebagai ketua tidak ajar mereka bagaimana hendak menjalankan perniagaan shaklee ini, maka hasilnya masih KOSONG!

Ok, kita baca apa kata Master Hafsah Mardhiah:
Semasa saya berseminar wiken lepas, ada seorang kenalan baru saya bertanya soal bonus Shaklee..

Katanya macam mana nak sahkan bonus Shaklee yang banyak-banyak tu berkat.. Lebih kurang begitu soalannya. Pointnya sebab dalam tu ada hasil daripada orang di bawah, downline.

Saya beritahu dia bonus Shaklee ni jelas. Tak ada yang hidden. Kalau tengok statement bonus Shaklee, jelas kiraannya dari mana datangnya bonus tersebut. Kalau ikutkan garis panduan MLM sah syariah yang diterangkan oleh UZAR, Shaklee patuhi semua syarat-syarat tersebut.

Dalam Shaklee jugak tak ada dapat duit atas angin. Register orang dapat duit, xde.. So recruit la beribu orang pun kalau tak guide, tak ajar tak dapat apa-apa jugak kalau orang tu tak gerak. Shaklee pun bagi leadership bonus sebagai upah mengajar.. bukan ambil duit bonus downline, tapi ni Shaklee bayar khas... bonus downline tak berkurang sedikit pun.

Konsepnya keberkatan tu sama jugak macam orang bekerja pejabat. Kalau gi kerja duk mengular tak buat kerja.. datang lambat, balik awal, suka skip kerja.. Tapi hujung bulan gaji masuk jugak langsung tak kurang sikit pun macam biasa.. Agak-agak berkat ke x??

Dia bertanya lagi.. Kalau downline buat sendiri, upline tak guide macam mana pulak bonusnya??

Sama tak konsepnya macam Manager kat pejabat.. dia tak guide anak buah.. Lepas tangan... Tapi dia dibayar gaji yang mahal sebab dia adalah manager yang tugasnya lead dan manage anak-anak buah di bawahnya.. Bagi saya sama jgk.

Kat mana-mana pun sama ada kerja sendiri, kerja pejabat makan gaji, atau bisnes MLM, soal keberkatan tu di mana-mana. Kita yang pilih nak menjaganya atau tidak.

Macam leader-leader Shaklee Jutawan, salah satu cara kami nak menjaga keberkatan rezeki dengan cara monitor dan touch anak cucu cicit seboleh mungkin sampai 6th level.. add dalam secret group yang semua boleh dapat ilmu yang dikongsi..

Lagi bonus yang dapat sebahagiannya dicurahkan balik dengan menaja seminar-seminar, Family Day dan trip reward.. leader habis beribu2, malah kadang-kadang mencecah belas atau puluh ribu. Tu pilihan.. Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh kalau tak nak jaga keberkatan. Juga tak lupa dengan cara zakat dan infaq untuk penyucian harta.

Bagi saya soal keberkatan tu soal pilihan jugak.. Even kadang-kadang sistem dah jelas, patuh syariah, tapi kalau individu yang menjalankannya tak buat dengan betul, sonsang jugak jadinya kan..

Pilih pilih pilih...
Jadi, pilih lah yang menepati syariah dalam memilih perniagaan atau MLM yang sesuai ya!

Pilihan di tangan anda!

Ingin daftar keahlian anda, konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement


Testimoni: Vitamin E Shaklee Menjadikan Umur 35 Tahun Kelihatan 27 Tahun!

Tuesday, June 24, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Promosi Vitamin E bakal tamat 30 Jun 2014 ini. Apa kata kita lihat testimoni terbaru ini. Masih hangat tau!


Percaya ke percaya? 

Umur 35 tahun tetapi bila buat ujian ke atas kulit di KIOSK SK-II, kulit berumur hanya 27 tahun! Semua ini hasil setelah mengamalkan vitamin E sejak beliau berumur 33 tahun. Saya sekarang 31 tahun, lagi 2 tahun agak-agak berapa umur saya ya? Hmm mungkin 25 tahun! Hehehe... Anda mahu?

Anda juga boleh! Tiada yang mustahil kerana dengan vitamin E Shaklee, anda akan dapat pelbagai manfaat. Antaranya:

1. Membuatkan si pengamal nampak MUDA kerana Vitamin E MELAMBATKAN proses PENUAAN.

2. Mengurangkan PARUT yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan atau JERAWAT.

3. Melindungi KULIT daripada kerosakan akibat radiasi UV matahari dan udara tercemar.

4. Mengurangkan KEDUTAN di muka.

5. Mengurangkan JERAGAT dan KECUTKAN JERAWAT.

6. Mengurangkan BINTIK-BINTIK hitam di muka.


1 botol Vitamin E mengandungi 120 biji kapsul berharga RM149 sahaja, penggunaan selama 4 bulan. Boleh juga dijadikan masker.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk


Cloth Diapers Berumur 2 Tahun Masih Berguna!

Tuesday, June 24, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Bermula awal bulan Mei 2014, saya dah tak hantar anak yang kecil saya (Muhammad Ammar Zakwan) ke rumah pengasuhnya lagi. Sebab keadaan kesihatan saya boleh dikatakan 100% pulih. Alhamdulillah, diberi keizinan Allah SWT jaga anak sendiri depan mata. 

Anak saya ni jenis kuat makan, kuat juga membuangnya. Lasak pula tu. Sekejap sahaja main, berpeluh walaupun baru sahaja lepas mandi. Rimas juga kan bila tengok dia berpeluh, jadinya saya suka laa sangat-sangat nak mandikan dia. Dia pun memang suka main air. Maklumlah, budak-budak.

Suatu hari tu, tiba-tiba suami berbunyi. 
"Adik ni satu hari berapa banyak pampers yang dia pakai..satu pack sebulan pun tak cukup"
Erkkk..Otak ligat fikir. Macam mana ya cara nak kurangkan penggunaan pampers. Nak kurangkan kos juga tu kan. Susu memang dah sangat-sangat kurang lah sebab saya masih menyusukan dia sehingga sekarang (setahun 7 bulan), insyaAllah akan teruskan sehingga 2 tahun atau lebih dari itu. Selagi dia nak, dan selagi ada susu. 

Kemudian, teringat pula cloth diapers yang saya beli dengan kak Siti Noriza Saleh. Tapi dah lama sangat. Saya beli masa mula-mula dapat tahu saya mengandungkan Ammar ni. Kira-kira 2 tahun yang dulu lah kan. Sebab Ammar pun dah setahun 7 bulan sekarang ni. Konon-kononya dulu nak jimatkan penggunaan pampers. Tapi tak dapat sokongan encik suami. Hihi..

Jadi, bermulalah episod ber 'cloth diapers' untuk Ammar ketika umurnya setahun 7 bulan. Hihi..Seronok juga tengok sebab cantik. Tapi CD saya tak lah cantik sangat. Kosong sahaja. Beli yang murah, tapi murah-murah pun 1 tu dalam RM20, sekarang mungkin lebih murah kot.

Gambar google..saya punya orange, soldier green, red heart, darck choco dan black rose

Cantik kan!

Ada 2 inserts
Haa ini cloth diapers saya jenama GG Babies. Boleh laa pakai dalam masa 5 bulan ni sementara nak ajar Ammar tak pakai pampers lagi kan.




Setelah beberapa hari menggunakan cloth diapers ini, kesimpulan yang saya dapat buat ialah SANGAT JIMAT!!! Sebab sehari saya hanya menggunakan 1 sahaja pampers pakai buang. Sebab masih ada baki banyak kan, jadi gunakan sampai habis lah. Kalau tak, membazirnya, siapa yang nak pakai.

MISI MENGURANGKAN KOS BERJAYA!

Jom berCD. :D


Waktu Terbaik Solat Tahajjud ~ Waktu yang Paling Tenang!

Monday, June 23, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,




Saya mengamalkan solat Tahajjud ni bermula bulan Jun 2013 yang lepas. Saya berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan saya memulakan langkah saya dengan mengamalkan solat sunat taubat dan juga solat sunat tahajjud. Ia juga atas ingatan mama Shaklee saya, kak cery. Beliau sentiasa mengingatkan kami amalan-amalan rohani dalam menjemput rezeki. Bersyukur dipertemukan dengan upline yang terbaik!

Alhamdulillah, solat sunat tahajjud mempunyai kelebihan seperti di bawah:

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
 

Waktu terbaik untuk melaksanakan adalah di 1/3 malam seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran. 
 
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)
 
Kebiasaannya, semasa permulaan langkah saya, saya melaksanakan solat sunat tahajjud ni pada pukul 5 pagi. Dan ada suatu ketika, saya terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi, saya pun terus bangun dan melaksanakan solat sunat yang ringan iaitu solat sunat Tahajjud. Khusyuknya..MasyaAllah. Sangat tenang ketika itu kawan-kawan. Sungguh, saya rasa sangat perbezaannya. Benarlah seperti yang di kata, waktu terbaik melaksanakan solat sunat tahajjud ini ialah di 1/3 malam. Kerana ketika ini, adalah ketika di mana saat tenang tanpa ada satu bunyi pun. Di saat insan lain sedang lena diulit mimpi.
 
Kita lihat pula bagaimana yang diperkatakan dengan solat 1/3 malam. Saya ambil dari sini.

Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Dibahagikan kepada 3 bahagian. Kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.
 
Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan:

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

Perlaksanaan solat sunat tahajjud ini sangat mudah! Hanya dengan 2 rakaat yang ringkas dan tiada had bagi rakaat tersebut. Allahuakbar, mudahnya menjemput PAHALA kan.

Jom kawan-kawan, kita sama-sama beramal dan menggandakan pahala. Lebih-lebih lagi, ramadhan hampir tiba. Sebelum sahur tu, boleh lah kita tunaikan solat sunat tahajjud ni dulu.


Kebaikan Carotomax

Sunday, June 22, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Carotomax sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah penglihatan, masalah mata. Tetapi sebenarnya, carotomax ini lebih dari itu.

Carotomax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seerti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.


Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Kebaikan carotomax:
  • Lebih selamat dari vitamin A
Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan penglihatan
Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags, dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan penyakit kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial
Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi
Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang infeksi
Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

Banyak kan kebaikan carotomax ni. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung. Juga menghalang pembentukan sel kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.

1 botol Carotomax mengandungi 30 biji kapsul berharga RM74 sahaja, penggunaan sebulan.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk


Testimoni: Kopi vs Cinch Energy Tea Mix

Saturday, June 21, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hai semua. Diharap sihat sentiasa. Siapa yang kat sini suka berjaga malam? Tak kira lah berjaga malam untuk bekerja atau belajar. Saya pasti anda semua memang selalu berjaga malam masa zaman belajar kan? Sebab malam-malam laa waktu yang best sangat-sangat untuk belajar. Sunyi dan senang masuk input yang dipelajari.

Ketika entry ini dibuat, saya sedang berjaga malam. hehehe. Kalau anda nak tahu, saya ni seorang yang tak boleh tak cukup tidur. Nanti mulalah sakit badan, sakit kepala, pening-pening lalat pada keesokan harinya. Tapi disebabkan komitmen bisnes sendiri, saya korbankan masa tidur saya. 

Dulu saya selalu minum air kopi tapi masih juga mengantuk. Hanya dapat bertahan untuk beberapa jam sahaja. Selepas itu tombang! Bangun pagi mula lah, sakit-sakit badan dan kepala ni berdenyut-denyut. Hilang semua tenaga. Walaupun saya gantikan waktu tidur sekejap di siang hari, tetap tak melegakan sakit-sakit saya tu.

Baru-baru ini, saya telah mencuba Cinch Energy Tea Mix. Itupun saya dapat semasa Sesi Mengejar Impian #1. Teringat rakan-rakan Shaklee yang sudah mengambil Cinch Tea ini kata, sangat bertenaga bila berjaga malam. Jadi, saya pun cuba lah bancuh bersama-sama dengan Performance Drink. Rasanya sangat sedap. Dan yang lebih seronok adalah saya betul-betul bertenaga. Bayangkan, saya hanya tidur 3 jam sahaja. Dan pada keesokan harinya, saya tak ada pun sakit-sakit kepala, sakit-sakit badan disebabkan tak cukup tidur tu. Memang seronok lah.

Gambar gelap sebab minum malam-malam
Selepas dari itu, apa lagi klik klik terus di www.shaklee2u.com.my beli sekotak untuk diri sendiri, kongsi dengan encik suami. hehehe. Yang membuatkan saya tersangat suka cinch energy tea mix ni, ia mampu mengurangkan rasa lapar dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet! Sungguh best lah kan. Sangat disarankan diambil bersama dengan set kurus shaklee.

Ini kata saya, apa pula kata pengguna lain?





Sekotak Cinch energy tea mix mengandungi 28 sachet berharga RM131.

Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk

Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 

[Testimoni] Vitamin E Mengeringkan Luka di Pergelangan Tangan Bayi

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Ibu Hebatkan

Assalamualaikum w.b.t,

Ibu mana yang tak sayangkan anak kan? Di gigit nyamuk pun, nyamuk yang di marah. Lagikan pula tangan yang berkudis, tak baik-baik kan. Saya sayu melihat testimoni bergambar ini, mungkin bayi ini sebaya dengan anak saya, Muhammad Ammar Zakwan 1 tahun 7 bulan. Kecil sahaja tangannya. Kita ikuti kisah bayi ini.


"Bermula dgn 1 biji air gatal di lengan yg menjadi kudis, kemudian merebak ke beberapa bahagian badan si kecil. Ia amat membimbangkan saya sbg ibunya. Memandangkan anak masih menyusu bdn, sy ambil peluang consume nutriferon utk kuatkan sistem imunnya.

Selain itu, saya sapukan luka dgn krim yg dibeli di farmasi. Ada bahagian tertentu yg lukanya beransur pulih. Tapi luka yg besar jadi semakin teruk! Silap saya tak teringat pula vita E shaklee bagus utk bantu baikpulih luka! Slps 5 hari (11/6), saya hentikan sapuan krim farmasi dan mula sapukan vita E shaklee pada luka2 tersebut. Syukur padaNya.. luka beransur kering dan kini tinggal parut yg semakin pudar.. Tq Allah..Tq Shaklee!" -Puan Aini.

Alhamdulillah, selepas 7 hari, luka yang besar di bahagian pergelangan tangan bayi ini sembuh dengan izin Allah. Syukur. Kita berusaha Allah yang menentukan bukan?

Bulan ini, bulan promosi Vitamin E. Bakal berakhir pada 30 Jun 2014. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Jom rebut peluang!

1 botol Vitamin E berharga RM149 penggunaan selama 4 bulan.

1 hari, anda hanya membelanjakan RM1.25 untuk mengurangkan risiko kanser atau sakit yang mampu menelan perbelanjaan ribuan ringgit.

Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan