Sesi Mengejar Impian ~ Mission I'm Possible
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya majlis Sesi Mengejar Impian (MI #1) yang pertama julung kali yang diadakan serta dianjurkan oleh kami, ahli-ahli Mengejar Impian (MI). Ianya berlangsung dengan penuh aura dan sangat lancar.
Penampilan khas dari mentor kami, Presidential Master Cery sangat memberi kami aura dan penuh bersemangat sepanjang majlis berlangsung. Slot saya juga berjalan lancar dan saya harap dengan perkongsian saya itu, akan memberi kesan kepada peserta serta dapat membuka mata mereka untuk terus mengejar keredhaan Allah.
Penampilan khas dari mentor kami, Presidential Master Cery sangat memberi kami aura dan penuh bersemangat sepanjang majlis berlangsung. Slot saya juga berjalan lancar dan saya harap dengan perkongsian saya itu, akan memberi kesan kepada peserta serta dapat membuka mata mereka untuk terus mengejar keredhaan Allah.
Ahli MI terdiri daripada 16 orang ahli Shaklee 'Coordinator to be' di bawah pimpinan Presidential Master Shareeza Hashim (kak cery) |
InsyaAllah, majlis ilmu seperti ini akan kami adakan lebih kerap lagi untuk membantu rakan-rakan ahli Shaklee untuk sama-sama menimba ilmu bagaimana menjana pendapatan bersama Shaklee dengan lebih cemerlang.
Bersama mentor kami, kak cery dan anak shaklee saya. Ada seorang lagi tapi tak sempat ambil gambar bersama. |
Mesej penting dalam majlis ini adalah tentang teknik menulis blog dengan berkesan, tips teknik UPSELLING dan juga tips paling berharga dari mentor kami, Kak cery iaitu BACK TO BASIC.
Dalam perniagaan Shaklee yang kami jalankan, kami tidak diajar menjual produk semata-mata tetapi ia adalah lebih dari itu. Kekalkan momentom perniagaan ini dengan amalan-amalan rohani, teruskan berkongsi tentang segala kebaikan dan manfaat produk serta apa yang kita dah rasai setelah menggunakan produk Shaklee. Segalanya dari hati dan rezeki adalah milik Allah.
Dekatkan diri dengan 'biz partner' kita yang abadi iaitu Allah.
Akhir kata dari saya, renung-renungkan ayat ini.
Jika akhirat yang dikejar, dunia akan mengekori.
Jika dunia yang dicari, akhirat semakin menjauh.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana