Mitos/Salah Tanggapan tentang Penyusuan Susu Ibu
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Isu penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu baru pada abad ini, bukan lagi sesuatu yang ganjil. Malahan, ia umpama sudah menjadi fenomena si ibu melaksanakan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya ekslusif selama 6 bulan. Tetapi tidak kurang juga yang tidak menyusukan bayi mereka disebabkan mitos yang wujud. Jom kita lihat, mitos yang disebutkan:
Mitos 1: Merasa sakit semasa menyusukan bayi!
Sakit ketika menyusukan |
Terdapat wanita yang mengalami kesakitan di dalam rahim semasa mula
menyusukan bayi. Ia disebabkan oleh pengecutan rahim akibat daripada
tindakan hormon oksitosin.
Pengecutan rahim mungkin menyebabkan sesetengah wanita merasa sakit, walau bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang dalam masa satu atau dua hari.
Lazimnya, sakit di payu dara disebabkan oleh kedudukan ibu dan bayi yang kurang sesuai semasa menyusu. Begitu juga, kesakitan dan kecederaan di puting. Kesakitan ini tidak akan berlaku jika anda menggunakan posisi yang betul semasa menyusu.

Mitos 2: Ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan Caesarian tidak boleh menyusukan bayi.
Ini tidak benar. Ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan Caesarian masih boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi perubatan.
Walau bagaimanapun, dia memerlukan sedikit bantuan untuk memposisikan bayi kerana dia akan menyusukan bayi secara telentang dan sebelah atau kedua-dua belah lengannya mungkin terbatas kerana diletakkan titisan intravena.

Mitos 3: Tidak semua ibu boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.
Ini tidak benar. Hanya segelintir wanita yang betul-betul tidak boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka.
Satu tanggapan yang salah ialah wanita yang mempunyai payu dara kecil tidak boleh menghasikan susu yang cukup. Sebenarnya, saiz payu dara langsung tidak menjejaskan penghasilan susu!
Ramai ibu juga percaya, oleh kerana bayi mereka kerap menyusu termasuk pada waktu malam, susu mereka mungkin tidak mencukupi untuk bayi. Sekali lagi, ini adalah tidak benar.
Bayi menyusu kerap kerana dia sedang membesar dengan cepat dan memerlukan banyak susu.

Mitos 4: Penyusuan susu ibu menyebabkan payudara kendur
Ini tidak benar. Bentuk payu dara boleh dikekalkan dengan memakai coli yang boleh menampung payu dara dengan baik semasa hamil dan menyusukan bayi.

Jika anda ibu-ibu baru, jadikan ini sebagai panduan. Jangan terpengaruh dengan mitos yang ada ya.
Sumber: Mother's Smart Choice
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana