Doa ketika Hujan
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa bergaji ni atau kata yang sering orang panggil sekarang WAHM, saya suka terapkan amalan-amalan yang baik-baik pada anak saya yang sulung. Anak kedua masih belum fasih bercakap tapi dia banyak belajar dari abangnya, Muhammad.
Turutan pembelajaran tu seperti ini:
Ibu -------> Muhammad -------> Ammar
Ketika hujan:
Ibu: Abang, jom baca doa ketika hujan.
Muhammad: Abang tak tahu lah ibu. Ibu baca lah.
Ibu: Ok, jom. Ibu baca abang ikut eh? "Allahumma soyyiban nafi'an. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Muhammad dan Ammar anak yang mendengar kata, rajin solat, tidak menjerit-menjerit pada ibu dan abah, menunaikan perintah Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kami sekeluarga keluarga yang bahagia dunia akhirat, eratkanlah hubungan kami dengan limpah kasih dan sayangMu"
Muhammad: Emmm (mengangguk dan ikut ibu baca doa sambil-sambil tersipu malu bila ibu sebut Muhammad dan Ammar)
Ketika hujan lagi:
Ibu: Abang, hujan. Jom baca doa.
Muhammad: Alaaa, ibu baca laa. Abang nak main ni.
Ibu: Sini laa, abang tadah tangan je. Ibu doa.
Muhammad: Erm yelaaa (sambil aminkan doa seperti biasa)
Ketika Muhammad sedang bermain:
Seperti biasa, saya akan menghabiskan masa di meja untuk membuat kerja-kerja saya. Tiba-tiba saya terdengar Muhammad bermain sambil bernyanyi-nyanyi kecil "Allahumma soyyiban nafia'an". Diulang-ulangnya berkali-berkali. Tak nak nyanyian itu berhenti, saya diamkan sahaja.
Saya ambil kesempatan ketika sedang menonton tv bersama-sama di dapur rumah kami.
Ibu: Muhammad, cuba baca doa ketika hujan.
Muhammad: "Allahumma soyyiban nafi'an".
Ibu: eh, abang dah pandai ye? Ok, nanti ajar adik pulak eh. Pastu ibu ajar abang baca doa yang lain-lain plak.
Muhamamad: hm hm (sambil mengangguk laju)
Ya Allah, sungguh tak ku sangka. Dalam diam, Muhammad berjaya hafal doa ketika hujan. Saya pasti dan saya yakin, pendekatan saya untuk belajar dan mengajar dengan TINDAKAN memberi kesan yang sangat besar. Semua ini atas izin Allah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana