Followers

Vitamin Kesihatan Pertama

Friday, October 31, 2014 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, rezeki Allah hari ini. Allah turunkan hujan di tanah Muar, Johor pada penghulu segala hari, hari yang berkat. Jangan lupa doa hujan ye.

"Allahumma soyyiban nafi'an"


Okay berbalik pada tajuk saya. Hari ini terasa nak berkongsi kepada anda semua vitamin kesihatan pertama saya.



Imbas semula ke belakang, dahulu saya adalah seorang yang penakut makan ubat. Bila demam, memang rotan lah makanan saya sebab saya susah nak makan ubat. Sampaikan abah sediakan ubat dan rotan bersebelahan. Disuruh pilih, mana satu pilihan Qolbu. Hehe..


Sampailah meningkat remaja, dah bekerja baru mula pandai makan panadol. Itu pun kadang-kadang tersangkut kat tekak. Seterusnya hingga berkahwin dan bersalin anak seorang.


Kisah vitamin pertama bermula ketika anak berumur 10 bulan. Susu saya merudum (saya fully breastfeeding). Saya akui masa ni kekurangan banyak ilmu penyusuan, silap saya sendiri. Kemudian saya mula mencari vitamin atau apa-apa sahaja yang membantu boost susu saya.


Di sini cinta bermula. Saya beli B complex, vitalea, vitamin c dan Alfalfa complex dengan mamafaiz (kak cery) untuk atasi masalah saya. Nak tahu apa yang saya dapat?

~ saya rasa lebih bertenaga
~ kurang stress
~ badan semakin cergas
~ kurang mengantuk dan letih
~ saya dah jarang sangat sakit (ia tingkatkan imun), kalau sakit cepat sembuh.
~ badan saya dah tak stress
~ susu menunjukkan peningkatan positif (perlu diingat, stress dan badan letih penyebab susu merudum)
~ semakin bersemangat bekerja
~ keputihan langsung tiada (dulu banyak keputihan)
~ Alfalfa bertindak seperti kacip fatimah (faham-faham lah ye)
~ kulit saya bertambah cantik
~ kulit dah tak kusam


Ini kebaikan yang saya rasa dan membuatkan saya jatuh cinta, jatuh cinta dan semakin jatuh cinta dengan shaklee. Memang tidak disangkal lagi.


B complex, vitalea dan vitamin c ini sebenarnya vitamin asas untuk sesiapa sahaja. Sebab itu, saya lebih suka cadangkan kepada mereka yang tak pernah ambil vitamin atau sesiapa sahaja yang cepat letih dan hendak tingkatkan tahap kesihatan.


Bila badan sihat, secara tak langsung setiap apa yang berlaku akan menjadi lebih bermakna dan dipermudahkan.

Tinggal 35 Jam!

Thursday, October 30, 2014 3 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, dapat juga update blog walau talian internet masih lagi belum ada. Gara-gara pencuri kabel telefon tu lah. Hikmah juga ni sebab dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak. Ada lebih masa baca buku yang bermanfaat.


Eh, apa yang tinggal 35 jam tu? Promosi berganda dari Shaklee lah.




Untungnya mereka yang ambil peluang beli promosi berganda ni.

Kelebihan Esp:
~ mencantikkan kulit
~ mempercepatkan penyerapan nutrien lain
~ bekalkan protein yang mencukupi untuk badan
~ awet muda
~ membantu perjalanan penyusuan anda
~ memberi tenaga berkekalan
~ sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
~ memberi kenyang yang lebih lama
~ membina otot jadi tiada badan menggelebeh selepas berdiet


Kelebihan Mealshake:
~ bekalkan nutrien yang mencukupi untuk anak anda
~ menambah selera makan anak anda
~ meningkan sistem imunisasi (kurangkan masalah kesihatan)
~ mengatasi masalah sembelit
~ sesuai diminum oleh seisi keluarga anda
~ rasa vanila yang sedap


Untung anda yang ambil esp dan mealshakes sebagai makanan tambahan anda.


Saya dah merasai kesemua kelebihan kedua-dua suplemen diatas. Seronok sangat bila dapat beri yang terbaik buat ahli keluarga saya.


Akhir kata, tik tok tik tok!

Testimoni Homemade Scrub!

Wednesday, October 29, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah! Saya rasa gembira dan seronok sangat ni. Rasa puas sangat bila dapat gembirakan hati kawan-kawan dan pelanggan saya. Ingat tak hari tu saya ada buat entri "homemade scrub"?


Tak sangka kawan saya merangkap bekas pelanggan shaklee saya cuba buat scrub #3 yang saya cadangkan dan beliau beritahu hasilnya sangat memuaskan beliau.




Kalau nak tahu scrub #3 yang mana, boleh baca entri "homemade scrub" tu ya. (Maaf tak boleh nak link kan sebab guna telefon je ni).


Alhamdulilah, inilah yang saya suka sangat buat bisnes shaklee ni. Shaklee mengajar saya untuk berkongsi, berkongsi dan berkongsi serta membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.


Hasilnya anda sendiri akan puas hati sebab Allah izinkan anda bantu mereka. Kepuasan dan nikmat yang tak terkata.


Owh lupa, nak tahu kenapa saya kata beliau ni bekas pelanggan saya? Sebab beliau dah jadi ahli Shaklee macam saya juga. Beliau sangat berpuas hati dan jatuh cinta dengan shaklee sehingga terpaksa menjebakkan diri beliau mendaftar sebagai ahli.


Haa, pasti anda nak tahu kan macam mana boleh jatuh cinta dengan shaklee ni. Konsep shaklee ni senang, anda guna dulu produk shaklee. Bila dah guna, dah jatuh cinta secara tak langsung anda akan kongsikan kepada kawan-kawan, adik beradik dan sesiapa sahaja yang anda rapat.


Dari situlah tiba-tiba je 'eh, dapat pelanggan pulak. Eh, dapat bonus laa'. Mudah kan? Tak perlu jual tapi hanya perlu BERKONGSI! :)


Selamat berkongsi kawan-kawan.

posted from Bloggeroid

Testimoni Penapis Air Shaklee!

Wednesday, October 29, 2014 5 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Okay, kita layan video pendek sangat ni ya.









5 Makanan Turun Berat Badan

Tuesday, October 28, 2014 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Jika anda seorang yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, diet memainkan peranan yang lebih besar daripada apa yang anda mungkin bayangkan. Penurunan berat badan bukan sekadar mengawal kalori makanan yang anda makan. 


Untuk menjadikan program penurunan berat badan anda lebih menarik, apa kata anda ambil makanan yang lebih sedap yang boleh membantu proses tersebut. Jom kita lihat apakah ia?



1) Buah Delima

Buah delima kaya dengan fiber - salah satu nutrisi penting dalam penurunan berat badan yang berterusan. Oleh kerana makanan yang kaya dengan serat akan membuatkan anda kenyang lebih lama, ia membantu anda mengawal nafsu makan.


2) Buah Pear

Mengambil buah pear bersaiz sederhana, membantu anda mencegah perut daripada kembung dan menjaga sistem pencernaan anda.


3) Kranberi

Kranberi adalah salah satu sumber asid ursolic, bahan yang telah terbukti membantu membakar lemak.


4) Buah Epal

Jadikan epal sebagai snek sampingan anda dan membantu anda kenyang dan turunkan berat badan.


5) Ubi Keledek

Jika anda makan ubi kedelek, ia akan membuatkan anda kenyang kerana kaya dengan serat. Ia juga mengawal gula dalam darah yang membantu anda melawan nafsu makan serta menurunkan berat badan.


Mengambil makanan di atas secara sederhana, mengikut kuantiti yang diperlukan, bersenam dan mengambil suplemen tambahan seperti set kurus shaklee membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Jangan ambil secara berlebihan ye, menambah kandungan gula dalam badan sahaja.


Selamat menurunkan berat badan semua!






Cara Menghilangkan Parut atau Bekas Luka dengan Cepat.

Monday, October 27, 2014 22 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Parut atau bekas luka, jika terdapat di bahagian muka adalah sesuatu yang amat memberi kesan kepada kecantikan dan keyakinan diri seseorang lebih-lebih lagi seorang wanita.


Untuk menghilangkan parut atau bekas luka, ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat mereka yang memperolehinya.


Jika ada di kalangan anda yang ingin menghilangkan parut atau bekas luka dengan cepat secara semulajadi dan berkesan, anda disarankan menggunakan cara-cara seperti di bawah:


1. Limau nipis
Ambil 1 biji limau nipis, belas menjadi beberapa bahagian kemudian sapukan di bahagian parut atau bekas luka tersebut. Biarkan seketika dan cuci dengan air suam. 


2. Timun
Hancurkan timun dan letakkan di bahagian parut atau bekas luka dan biarkan sepanjang malam. Lakukan setiap malam sebelum tidur setiap hari sehingga parut atau bekas luka tersebut hilang.


3. Madu
Sapu madu pada parut atau bekas luka dan biarkan semalaman. Lakukan setiap hari.


4. Minyak zaitun
Sapu minyak zaitun pada parut atau bekas luka setiap hari dan parut atau bekas luka tersebut akan hilang dengan sendirinya.


Ambil 1 biji vitamin E sebelum tidur setiap hari sebagai makanan tambahan anda. Anda juga boleh sapukan vitamin E tersebut pada parut atau bekas luka dan biarkan semalaman. 


InsyaAllah, jika anda amalkan cara-cara di atas parut atau bekas luka anda akan hilang dengan cepat. 


Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, anda digalakkan mengambil ESP shaklee kerana ESP menggantikan sel-sel yang lama dengan sel-sel baru dalam masa 21 hari. Ia juga membantu penyerapan nutrien yang lain dengan lebih cepat. 


Jom kita lihat testimoni mereka yang berjaya hilangkan parut atau bekas luka dengan mengamalkan vitamin E shaklee.





Pesanan: Promosi Beli 6 percuma 1 ESP Shaklee bakal tamat pada 31 Oktober ini. 






Homemade Scrub!

Sunday, October 26, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk memastikan kulit bersih dan segar, scrub muka yang boleh mencegah jerawat dan masalah kulit kering. Cubalah scrub buatan anda sendiri yang pastinya lebih bersih dan bagus secara tak langsung membantu anda menjimatkan wang.


Saya akan berikan beberapa scrub yang anda boleh buat dengan menggunakan bahan yang ada di rumah.

SCRUB #1: Membantu mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam dan perbaiki parut.


* Teh hijau dikatakan mempunyai agen anti-penuaan apabila digunakan ke atas kulit.


SCRUB #2: Menghilangkan sel-sel kulit mati dan menyegarkan kulit.


Manfaat kopi bagi kecantikan:
- Mencegah dan Mengurangkan Kedutan di Kulit 
- Menghaluskan Kulit 
- Mencegah Timbulnya Jerawat 
- Melembabkan Kulit 
- Membantu Menghilangkan Sel Kulit Mati 
- Menghilangkan Bau Badan 
- Menghilangkan Selulit 
- Meneutralkan kulit jengkel



SCRUB #3: Menghilangkan white head dan black head serta mengecilkan liang pori dan secara tak langsung mengurangkan masalah jerawat anda.


Saya memilih scrub #3 ini sebab bahan-bahannya memang sentiasa ada di depan mata saya. :)

>>> Manfaat Alfalfa complex dari segi kesihatan.

Tadaaaaa! Ini saya pakai scrub alfalfa, memang best! Mata terpaksa ditutup, saya malu..hehe :D

Cara menggosok scrub dengan betul:
1. Basahkan muka dengan air.
2. Ambil sesudu scrub dan urut perlahan-lahan di seluruh muka dan leher anda, elakkan kawasan di bawah mata.
3. Anda boleh menggosok kuat sedikit di bahagian t-zon muka anda untuk membuang kulit mati dan bintik hitam.


AMARAN! 
Jangan gosok terlalu kuat dan lebih dari 2 minit.

Apa pula kata pengguna lain tentang scrub alfalfa ni?


Wallah! Salam 1 Alfalfa 1 Rumah! :)






7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Saturday, October 25, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari kumpulan sokongan saya, kumpulan Shaklee. Ilmu ini dikongsikan oleh mama Shaklee saya. Ia perlu dikongsikan kepada sesiapa sahaja. Semoga orang lain juga mendapat keberkatan dengan mengamalkan ilmu ini.


>>> 7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI <<<



(1). Memperbanyak Membaca “Laa hawla Walaa Quwwata Illa billah"
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “Laa hawla Walaa Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )




(2). Membaca ” Laa Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca Laa ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).




(3). Mengekalkan Membaca Istighfar
Barangsiapa mengekalkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )




(4). Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca surah Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )




(5). Membaca Surah Al-Waqiah
Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)




(6). Memperbanyak Selawat Atas Nabi SAW
Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihi wassalam berdiri seraya bersabda:
“Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”




(7). Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)



Allahuakbar, banyak lagi yang perlu saya perbaiki untuk menuju ke syurga Allah. Banyak lagi yang perlu saya lakukan demi Syurga yang dijanjikan Allah, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan suruhan Allah dan sentiasa berbuat kebaikan.






Keyword: Pengalaman Bertahajud

Thursday, October 23, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah seronok saya bila ada yang mencari di blog ini tentang tahajud dengan kata kunci 'tahajud pengalaman'. Jadi saya kira mereka hendak tahu pengalaman bertahajud.


Sebelum ini saya pernah buat entri tentang tahajud. Alhamdulillah sejak saya bershaklee saya dah mula lakukan solat-solat sunat. Mama shaklee saya sering ingatkan kami tentang amalan-amalan akhirat ini. Bersyukur kerana berada di dalam kumpulan ini.


Sejak bertahajud, saya banyak rasakan perubahan pada diri saya. Hidup saya lebih tenang dan saya menjadi seorang yang sangat positif. Menjadi seorang yang positif itu sangat penting kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita.


Selain dari itu, perubahan yang lebih ketara adalah hidup saya sekarang lebih mendorong kepada membuat kebaikan dengan lebih lagi, nak jadi insan yang lebih baik dan kalau boleh tak nak lagi dah bergelumang dengan dosa. Sama ada dari segi penampilan, perbuatan atau pertuturan.


Ini perubahan ketara yang saya sedar dan ia mendapat sokongan positif dari suami dan tiada paksaan, semuanya atas kehendak saya sendiri. Kalau nak cerita, memang banyak perubahan yang saya alami tapi saya tak tahu macam mana nak zahirkan di sini.


Cuma kalau boleh, saya nak sesiapa sahaja yang baca entri saya ini cubalah bangun untuk bertahajud, sujud padaNya dan rasai sendiri perbezaan pada diri anda.


Allah swt dah banyak beri peringatan pada kita, puting beliung di Kedah, angin dan ribut di Pandamaran, Klang. Allahuakbar! Saya takut dengan keadaan ini. Allah beri kita ujian tanda Allah masih sayang pada kita.


Jom kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang baca entri saya ini, jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah beri kita kekuatan fizikal dan mental, beri kesempatan untuk berbalik padaNya, sujud padaNya.

Tips Kawal Kolesterol Dalam Badan

Wednesday, October 22, 2014 7 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai masalah kolesterol tinggi akibat daripada gaya hidup, kesukaran mengawal diet seharian dan beberapa faktor yang lain.


Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan di setiap sel dalam badan anda. Ia penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu. 


Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko dan penyakit jantung.


Bagaimana hendak mengawal kolesterol? Di bawah ini saya sertakan tips untuk mengawal kolesterol.


Tips mengawal kolesterol dalam badan.


1. Kawal saiz hidangan - Bermaksud anda perlu mengawal jumlah makanan yang anda ambil setiap hari. Jika tidak dikawal jumlahnya akan menyebabkan berlakunya obesiti dan juga kolesterol tinggi. Saiz hidangan yang sederhana mampu mengawal gaya hidup yang lebih sihat.

2. Makan sayur dan buah-buahan - pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan sihat. Ini kerana buah dan sayuran mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan badan. Ia juga bebas dari kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah.


3. Pilih bijirin penuh - satu kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok dan tekanan darah tinggi. Ianya secara tak langsung mengawal kolesterol dalam badan anda.

4. Pilih sumber protein rendah lemak - protein rendah lemak adalah bagus diambil dalam diet seharian. ESP shaklee menawarkan protein rendah lemak. Anda boleh ambil 3 hidangan sehari untuk membantu anda mengawal kolesterol dalambadan.

5. Kurangkan garam dalam makanan

6. Ambil Phytocol-ST sebagai makanan tambahan anda. Phytocol-ST shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam badan anda. Jadi ia sangat disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.




Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam badan.


Jom sama-sama kita amalkan tips di atas untuk kawal kolesterol dalam badan kita.


Pesanan: Walaupun anda kurus dan tidak mempunyai masalah berat badan, belum tentu anda bebas dari kolesterol. Opsss!






Wordless Wednesday #2: Syurga!

Wednesday, October 22, 2014 2 Comments A+ a-


Allahuakbar! Masih jauh perjalanan kita menuju ke syurga. Masih banyak yang perlu dilakukan. Semoga Allah memberiku kekuatan dan permudahkan jalanku ke sana.






Minuman Bertenaga Selepas Beriadah!

Tuesday, October 21, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Cerita ni sebenarnya cerita minggu lepas (baru sekarang nak cerita? err..). Saya sediakan air yang bertenaga untuk mak dan kawan-kawan mak. Air yang sangat sesuai untuk mereka yang beriadah atau melakukan aktiviti lasak.


Mak dengan kawan-kawan mak memang selalu ada aktiviti gotong royong kat blok tu. Aktiviti tu selalunya buat sebulan sekali dan masing-masing akan bawa kuih, keropok untuk dimakan setelah penat bergotong-royong.


Aktiviti makan-makan semestinya di rumah mak sebab tempat yang nak dibersihkan depan rumah kami je. Jadi, pagi tu mak suruh saya rebus ubi, buat sambal hijau (sambal lada cili dengan ikan bilis). Dah siap-siap masak, mak masuk rumah suruh buat air teh.


Eh, penat-penat dan panas-panas ni tak kan nak bagi minum air panas. Apa lagi, saya pun bancuh lah air sunquick ditambah dengan Performance Drink. Kenapa Performance Drink?

Tahukah anda:
Performance drink dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered programme). Ia juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance drink sebagai pilihan utama mereka. 

Ubi rebus, sambal lada cili, performance drink dicampur ke dalam air sunquick!

Haa, rasa-rasa best tak kalau kita dah penat lepas tu minum Performance Drink ni? Tambah pula airnya sejuk. Wahhh, lega tekak.


Manfaat utama PD yang perlu anda tahu:
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium,phosphorus, magnesium, dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulut dan kelihatan muda
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga oto dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Pesanan: Sila abaikan rupa sambal lada cili saya tu ya. Terlebih garing :D






Keyword: Cekodok Kentang Rangup??

Tuesday, October 21, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Cara senang buat kek

Assalamualaikum w.b.t,

Ye, cekodok kentang rangup. Rasanya tak pernah lagi buat cekodok kentang rangup, yang saya ada kongsikan di dalam blog ini cuma sambal kentang rangup je. Petanda apakah ini?


Mungkin mereka yang menaip kata kunci ini sebenarnya nak cari resepi potato fritters sebab tengah ramai yang saya nampak buat potato fritters tu. Ramai betul yang kongsikan di facebook.


Okaylah, saya kongsikan resepinya di sini ya. Mana tahu nanti saya pula yang buat..hehe


POTATO FRITTERS

3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

Cara-caranya
~ satukan kentang yang telah disagat denga tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos
# resepi asal noraida durani ( tq )

credit to Cara senang buat kek

Resepi dah ada tu, sila lah buat. Nampak macam senang je kan. Kalau ada yang tolong buatkan pun sedap juga ni :)






First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya

Monday, October 20, 2014 14 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Suka dengan segmen ni tapi asyik tak sempat nak buat (alasan je kan). Ok, jom tambah kawan jom!


Klik banner untuk join :)

Jom tambah kenalan: Facebook, Twitter, Instagram

Saya Tag:
Amy

Tamat: 21 Oktober 2014, 6 petang.






Penapis Air Shaklee Terbaik!

Monday, October 20, 2014 10 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ini kisah semalam, saya buka paip di sinki dapur tiba-tiba air yang keluar keruh sangat warnanya serupa air teh. Kemudian, baru teringat nak buat eksperimen tapis air menggunakan Get Clean Water Pitcher Shaklee atau bahasa mudahnya penapis air Shaklee.


Saya memang dah sangat-sangat jatuh cinta dengan penapis air ini kerana kelebihannya yang tidak perlu dipasang pada paip dan juga boleh dibawa kemana-mana sahaja. Saiznya yang sangat praktikal iaitu sebesar jug air minuman 2 liter sahaja.


Rasa air yang telah ditapis juga sedap. Kriteria ini ditetapkan oleh kakak saya, Roziah Marsom di mana beliau tidak menyukai air tapis yang tidak sedap. Beliau pernah minum air yang ditapis tetapi dari jenama xxx xxxx. Penapis air Shaklee ini menepati citarasa beliau. Amboi, macam sejenis makanan pula. :)


Berbalik pada kisah semalam, rujuk pada gambar untuk lebih faham ya!



Kronologi:

Gambar atas sebelah kiri: 1 jug kecil air paip yang berwarna serupa air teh :D
Gambar atas sebelah kanan: Air paip telah dituang ke dalam penapis air Shaklee.
Gambar bawah sebelah kiri: Air sedang di tapis.
Gambar bawah sebelah kanan: Air paip yang kotor telah menjadi jernih setelah ditapis. 


Seronok kan? Saya memang gembira sangat bila berpeluang juga menguna penapis air shaklee terbaik ini! Harganya hanya RM460 sahaja tetapi jika anda ahli Shaklee anda hanya perlu bayar RM3xx.xx sahaja! Penjimatan hampir RM100. Jimat dan berbaloi-baloi! Saya suka!!!



Pesanan: Oh ya! Saya pun ada rakam testimoni semalam, nanti saya upload di entri yang lain ya! Tunggu!






Pemenang Segmen Bersiri #1!!!

Monday, October 20, 2014 11 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, pemenang telah dipilih dari senarai peserta yang telah menghantar URL pertandingan yang tamat pada 16 Oktober yang lepas. Senarai peserta di SINI.



Tahniah Banu!

Whatsapp saya di 012-7350070 atau private message saya di SINI ya!

Maklumat yang diperlukan:

Nama penuh:
No telefon:
Alamat rumah:
E-mel:

Sila tuntut hadiah anda sebelum atau pada 27 Oktober 2014 ya. Selepas dari tarikh ini, tuntutan tidak akan dilayan. Sekali lagi, tahniah Banu!


Kepada peserta yang tidak berpeluang untuk menang, jangan risau kerana segmen ini bersiri dan insyaAllah akan saya adakan lagi setiap bulan. Stay tune!






Rawat Masalah Mata Rabun

Sunday, October 19, 2014 8 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Masalah mata rabun kini bukan sahaja berlaku pada golongan dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali dan semakin ramai yang mengalaminya.


Penjagaan dari kecil terutamanya dalam bab pemakanan boleh membantu pencegahan awal masalah rabun. Amalkan pemakanan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti di bawah:

1) Lobak merah
Membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

2) Epal
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.

3) Mangga
Mengandungi vitamin A yang memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya.

4) Betik.
Kaya dengan vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan mata.


Buah-buahan ini dapat membantu mengurangkan masalah rabun malah jika yang sudah ada masalah rabun, jika mengamalkan pemakanan sihat ini ia mampu mengurangkan tahap rabun anda.



Selain daripada itu, pengambilan carotomax secara konsisten juga boleh membantu mengurangkan tahap rabun anda tetapi perlu diingatkan supaya ambil secara konsisten dan makan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Carotomax diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur, pot marigold, epal, strawberry, minyak sawit, fava d'anta, brokoli, ubi kentang, cantaloupe dan lobak merah.


Link berkaitan:
>>> Kelebihan carotomax
>>> Testimoni






Bagaimana dan Mengapa Perlu Ke Jadi Ahli Shaklee?

Sunday, October 19, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Banyak persoalan tentang menjadi ahli Shaklee dan mengapa perlu menjadi ahli. Di sini saya sertakan FAQ mengenainya.


Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?


Untuk menjadi ahli Shaklee perlu membuat pembayaran sebanyak RM65 untuk pendaftaran dan RM10 untuk urusan mengepos memberkit untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah Sarawak. Pendaftaran dilakukan secara online oleh saya sebagai sponsor anda. Dan anda akan terus mendapat serta merta No. ID anda. 

Ataupun ingin berdaftar sendiri secara manual, boleh pergi ke mana-mana branch Shaklee untuk mengisi borang dan masukkan nama sponsor adalah saya (Norhana Marsom, ID: 866186). Dan lakukan pembayaran RM65.

Ataupun anda membuat pembelian produk Shaklee sebanyak RM650 ataupun point melebihi 200 ke atas akan mendapat keahlian secara percuma. Juga akan mendapat CASH REBATE ataupun bonus pada  bulan berikutnya. 


Perlukah untuk memperbaharui ataupun renew keahlian?


Tak perlu. Keahlian anda adalah seumur dengan pembayaran RM65.


Bagaimana perlukah untuk maintain point pembelian?


Tidak perlu seandainya anda ingin makan sendiri. Tetapi jika ingin serius berbisnes, perlu mendapatkan point tertentu pada tahap tertentu. Jika saudara mara ataupun kawan-kawan satu office ingin membuat pembelian, pun boleh gunakan ID anda. 


Perbezaan harga dengan menjadi ahli Shaklee ataupun tidak ahli Shaklee?


Harga runcit produk Shaklee adalah berbeza sebanyak 25% hingga 30% dengan harga ahli. Sebab itu disarankan anda menjadi ahli Shaklee untuk mendapatkan faedahnya. Anda akan dapat membeli pada harga ahli dan pada masa yang sama akan dapat kumpul point dan akan dapat CASH rebate bulan berikut jika pengumpulan point sampai pada tahap tertentu.


Kebaikan menjadi ahli Shaklee dengan saya?


Jika menjadi ahli untuk makan sendiri, anda akan mendapat tunjuk ajar sepenuh cara pengambilan ataupun jadual pemakanan vitamin. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membantu anda mendapatkan kesan optimum dengan pengambilan vitamin Shaklee. Pendek kata sesi konsultasi sepanjang hayat la.

Ataupun jika anda berminat untuk menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber pendapatan utama ataupun secara sampingan, saya akan bertanggungjawab untuk membimbing anda daripada zero untuk meraih pendapatan bersama Shaklee. Anda akan dibimbing bagaimana untuk melakukan pemasaran (marketing), cara untuk berblogging dan sebagainya. 


Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian maklumat ini.







Bahagian 2: Mengapa Shaklee Tetap Menjadi Pilihan Saya

Saturday, October 18, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Usaha tanpa doa dan doa tanpa usaha adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi. Sebagai hamba Allah swt, kita sering dipesan untuk melakukan amalan kebaikan dan berbuat baik. 

Manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan bagaimana kesilapan itu mengajar seseorang juga bergantung kepada penerimaan seseorang. Pilihan di tangan anda.

Sejak saya menjadi ahli shaklee, saya sering diingatkan tentang ilmu akhirat tak lupa juga ilmu duniawi. Apa kaitannya pula dengan pilihan saya ini? Baca apa yang ingin saya sampaikan dengan berlapang dada ya.

Saya mempunyai sekumpulan ahli Shaklee yang sangat mengambil berat di antara satu sama lain dan sering berkongsi ilmu duniawi iaitu:
  • Saya di ajar bagaimana pemasaran yang betul melalui fb atau blog atau mana-mana media sosial.
  • Di ajar berkongsi kisah Shaklee sesama sendiri yang sangat memberi inspirasi (konsep berkongsi)
  • Ahli kumpulan Shaklee yang sangat membantu jika ada di antara kami mempunyai masalah.
  • Mengajar saya untuk lebih kreatif


Saya juga di ajar bagaimana caranya untuk menjemput rezeki bukan mencari rezeki. Sekali lagi, ini adalah pilihan saya yang tepat!

Amalan yang sering diingatkan


  • Ditekankan konsep zikir: istigfar 100x, selawat 100x, ya wahab 300x, La haulawala 100x
  • Solat taubat: dulu memang tak pernah buat, dan sekarang dah jadi rutin harian. Bila tak buat rasa maca suatu kehilangan. Ya Allah, banyak dosa saya.
  • Solat Dhuha: Sama juga tak pernah buat sebelum ni, lepas dah buat memang rasa nikmatnya.
  • Solat tahajud: Ini lagi lah tak pernah buat sebelum ni. Kalau dah tidur memang tak bangun dah lah. Bangun subuh je tapi lepas belajar bertahajud setahun yang lalu banyak sangat perubahan.
  • RCA: ini paling saya suka sebab ianya reflek pada diri kita. Cakap perkara positif apa yang kita nak jadi ataupun apa-apa sahaja yang positif. InsyaAllah suatu hari nanti, anda akan jadi apa yang anda cakapkan.
  • Tambahan: diajar untuk bersedekah, bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia serta sering positif. Allahuakbar, kesannya sangat best!
Hasilnya, saya adalah SAYA YANG BARU, yang LEBIH BAIK dan juga YANG TERBAIK!

Saya tak dapat ini semua di mana-mana sebelum ni. Pernah masuk syarikat MLM yang perlu labur duit yang banyak. Kalaulah boleh diundurkan masa, saya tak nak join. Tapi pengalaman itu sangat berharga.

Sebenarnya saya tak tahu pun yang Shaklee ni adalah syarikat MLM, saya hanya tertarik dengan produknya sahaja, selepas dikaji pemasaran shaklee (selepas join) barulah tahu MLM rupanya. SAYA TAK MENYESAL! Ini pilihan terbaik saya!

Link berkaitan:
>>> Bahagian 2: Mengapa Shaklee Tetap Menjadi Pilihan Saya






Terapi Urut Dalam Pengurusan Stress

Friday, October 17, 2014 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Anda selalu stress? Anda mungkin perlukan urutan ini untuk mengatasi masalah stress anda. Jom kita lihat segala yang berkait dengan stress ini. Tahukah anda apakah punca menyebabkan stress ini terjadi?


Punca stress:

  • Beban kerja berlebihan
  • Masa tidak mencukupi
  • Masalah hubungan interpersonal
  • Masalah persekitaran
  • Masalah kewangan

Kesan stress pula boleh mempengaruhi banyak perkara antaranya ialah dari segi fizikal, tingkah laku dan juga emosi.

Fizikal
  • Kegemukan
  • Tekanan jantung
  • Lemah stamina
  • Gugup
  • Sakit kepala
Tingkah laku
  • Mudah marah
  • Pendiam
  • Susah tidur
  • Mudah panik
  • Kurang tumpuan
Emosi
  • Kemurungan
  • Rendah diri
  • Kerisauan

Bagaimana hendak tangani masalah ini? Tahukah anda teknik urutan juga boleh melegakan serta mengurangkan stress.


Teknik menguli
Pergerakan menolak- menarik atau memerah pada bahagian badan yang lebih berisi terutamanya punggung, tepi pinggang, perut, peha dan perut kaki.


Contoh terapi urutan:

Bahagian tepi kening dan atas tengah kepala.

  • Tekan dengan tiga jari (telunjuk, tengah dan manis) di bahagian tepi kening kiri dan kanan
  • Tekan dan gosokkan ke atas dari hujung kening hingga ke atas kepala tersebut.
  • Ulang 7 kali

Rasionalnya urutan ini adalah untuk meransang hormon pituitati badan yang mengawal emosi dan minda serta alam persekitaran. Ia dapat mengurangkan kemurungan, pening dan meningkatkan daya ingatan.


Untuk lebih mudah menangani masalah stress ini , anda juga disarankan mengambl B-complex shaklee kerana ia bermanfaat dalam melawan tekanan. Ia memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.







SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI

Friday, October 17, 2014 19 Comments A+ a-


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!








Senarai Peserta Segmen Bersiri #1

Friday, October 17, 2014 7 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah segmen bersiri yang pertama telah tamat jam 11.59 malam semalam. Saya juga sudah keluarkan senarai peserta di entri yang sama tapi tak mengapa, saya akan keluarkan senarai ini sekali lagi. Saya tak sangka dengan sambutan yang luar biasa. Anda semua memang blogger hebat. Menyokong di antara satu sama lain.


Jangan lupa blogwalking semua ya. Ingat tujuan asal bersegmen ini adalah untuk membina ukhuwah di antara blogger. Semoga berjaya semua!


SENARAI PESERTA:

  1. http://www.kisahsidairy.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  2. http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  3. http://adna2029.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  4. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  5. http://myredloves.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  6. http://www.mialiana.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  7. http://suzlinazreena.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  8. http://murnimohdyusof.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  9. http://eshazara.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  10. http://hajarashikin.blogspot.com/2014/09/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  11. http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  12. http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  13. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  14. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  15. http://www.jiakreatifelt.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  16. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  17. http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  18. http://cikna136.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  19. http://sallyadan.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  20. http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  21. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/10/segmen-1-nak-url-please-bersama.html
  22. http://farhana-mohamad.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  23. http://jnjikita.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  24. http://izzeyda.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  25. http://inameowmew.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  26. http://www.ayuinsyirah.my/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  27. http://lissadblog.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  28. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  29. http://kathyrbain.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  30. http://fuzamusa.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  31. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  32. http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  33. http://meinnameisthazrina.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  34. http://sweetsouryaya.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  35. http://hanaexotics.blogspot.com/2014/10/segmen-nak-url-pleasee-p.html
  36. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  37. http://duniakita94.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  38. http://ckecilberbicara.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  39. http://cahayakasih90.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  40. http://aunidenovella.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  41. http://www.zukidin.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  42. http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  43. http://umikasum.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  44. http://hanyadihatiku.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  45. http://realiticikpin.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  46. http://www.arzmoha.com/2014/10/nak-url-please-bersama-ibuhanacom.html
  47. http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  48. http://alyadina.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  49. http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  50. http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  51. http://juliajamaludin.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  52. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  53. http://ghasaje.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  54. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  55. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  56. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  57. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  58. http://ayunirafilah.blogspot.com/2014/10/teks-norhana-marsom-gambar-norhana.html
  59. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  60. http://jombercontest.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  61. http://www.aimisyahirah.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  62. http://norazua10.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  63. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  64. http://ayoikema.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  65. http://khatyaiman.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  66. http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html
  67. http://planetcikhijau.blogspot.com/2014/10/segmen-bersiri-1-nak-url-please-bersama.html






Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan