Followers

KAYAP merbahaya??? Jangan abaikan entry ini!

Wednesday, April 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google dan Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

2 minggu yang lepas, saya didatangi oleh pelanggan melalui Sistem pesanan ringkas. Beliau mencari suplemen yang boleh membantu masalah kayap ular beliau. Kayap ini jika menyerang seseorang, ianya boleh menyebabkan sakit saraf yang melampau dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut. Jadi, mari kita belajar sedikit berkaitan tentang kayap.

Kayap dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.


Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. It akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, ia menjadi gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

kayap depan kayap belakang
Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf

Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) misalan diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroactive seperti amitryptiline.
Tapi, dengan Shaklee kami ada produk untuk anda cuba dan sudah ade testimoninya..

Kayap dan garlic shaklee

Apa kebaikan Garlic Complex ini ye?

Kebaikan garlic shaklee

Panadol merbahaya? Pengganti?

Tuesday, April 29, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih diberi rezeki menghirup udara segar pagi ini. Syukur Alhamdulillah. Saya sedang seronok sangat hari ini. Mana taknya, usaha yang diusahakan berhasil. Rahsia Cermin Ajaib saya berjaya juga dengan izin Allah.

Tetapi semalam ada kisah sedih sedikit. Anak saya demam. Bangun dari tidur baru perasan badannya panas. Jadi, cepat-cepat saya buatkan dia susu kerana saya nak masukkan nutriferon ke dalam susunya. Terpaksa buat begini, kerana dia tidak suka makan ubat. Tengahari, badannya sudah mula sejuk. Alhamdulillah.

Apa itu nutriferon ya? Nutriferon ini adalah penyelamat saya untuk seisi rumah. Memang saya sediakan setiap bulan. Ianya pengganti kepada panadol. Sebelum itu, jom kita baca artikel berkaitan panadol ini. Ia memberi kesan jangka panjang kepada kita. Sumber

---------------------------------
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.
-------------------------------------

Mak mertua saya suka makan panadol. Orang dulu-dulu memang suka makan panadol sebab pada zaman mereka, hanya panadol je yang mampu mereka beli untuk tahan sakit. Tetapi sejak saya beri mak mertua nutriferon, dah tak cari lagi dah panadol ni. Sangat berkesan katanya. Sakit kepala je makan nutriferon, lega rasa kepala, demam pun tak jadi.


NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ini umpama first aid kat rumah.. kene standby. ..letak kat rumah.. or dlm handbag or bwk travel ke mana2.. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya.. sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... jika tidak..simpan satu dua peket di dlm beg anda.


Bagaimana dengan anda? Saya? Saya lebih suka memilih nutriferon berbanding panadol. Sebab pahit dan tidak elok untuk jangka panjang juga. Nutriferon ni manis-manis buah, di hujung je baru rasa pahit. Jadi, buatlah pilihan bijak ye..

Kebaikan Nutriferon Shaklee

NUTRISI Penting ketika Haid

Monday, April 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari tu dapat voucher buku dari mama Shaklee saya, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) Seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dapat beli gula-gula hehehe. Jadi hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan 24 jam wanita haid terlebih dahulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit.

Bagus buku ni, banyak ilmu yang dapat kita kongsikan

Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ini, semuanya saya amalkan kecuali Vitamin E. Di dalam shaklee, pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Zinc - zinc
Air pula memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar. Tetapi jika anda seorang yang sukar minum air masak, shaklee ada penyelesaiannya iaitu Performance drink shaklee. Saya suka kerana ia berperisa oren dan sangat sedap lebih-lebih lagi jika dihidang sejuk.


Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak

Monday, April 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

Anak-anak saya sangat gemar makan Omega Guard. Lebih-lebih lagi yang kecil, dia suka kunyah macam makan gula-gula. Perlu disorok, jika tidak habis sebotol mahu dikunyahnya. Omega Guard ini sangat sesuai untuk minda kanak-kanak.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. 

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linolik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. 

Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Omega Guard Shaklee

Shaklee membekalkan Omega 3 yang diperlukan oleh kanak-kanak di dalam Omega Guard.




Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan