Followers

Cabaran 30 Hari: #30: Apa Yang Saya Dapat dengan Berblog?

Tuesday, September 30, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, entri terakhir untuk cabaran 30 hari ni. Apa yang saya dapat dengan berblog? Saya suka tajuk hari ini.


Di bawah ini ialah apa yang saya dapat sekarang ni:

  • Dapat ramai kawan alam maya yang dah beberapa orang saya rapat walau tak pernah jumpa.
  • Dapat banyak ilmu tentang blogging, tutorial.
  • Saya belajar kemaskini blog sendiri dengan tutorial dari blogger-blogger awesome!
  • Dapat saya berkongsi kisah saya dengan Shaklee secara umum.
  • Paling UTAMA, saya dapat perbaiki bahasa dan penulisan saya. Paling Seronok!







Cabaran 30 Hari: #29: Bunga Kegemaran dan Ertinya Pada Saya

Tuesday, September 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Saya suka ros merah kerana bagi saya ia melambangkan cinta. Hehehe jiwang sekejap. 


Suami saya pernah bagi saya sejambak bunga ros di tempat kerja dulu. Hehe, boleh bayangkan tak betapa sweet nya beliau? (Nak pujuk sebenarnya tu.)







Cabaran 30 Hari: #28: 5 Perkara Bermula dengan Andainya

Tuesday, September 30, 2014 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Sejujurnya saya akui, saya takut hendak menulis entri kali ini kerana dengan perkataan 'andainya' yang saya kira sama maksud dengan 'kalau'. Abah saya sering berpesan dengan adik beradik saya ketika kami kecil, kita bercakap kalau itu, kalau ini seolah-olah menidakkan takdir Allah. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah Allah aturkan.

Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak mengatakan 'andainya'. Maafkan saya ya. Jujur, saya takut.








7 JAM TERAKHIR: Promosi Collagen Powder Shaklee

Tuesday, September 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee Malaysia

Assalamualaikum w.b.t,

Alamak, hari ini hari terakhir promosi kolagen terbaik dunia ke? Rugi sangat sesiapa yang tak rebut peluang keemasan ni. Ya, akan datang memang Shaklee buat promosi lagi tapi bila pula agaknya kan? Dulu saya ambil kolagen pada waktu pagi sebelum sarapan tetapi nutritionist Shaklee kata ambil pada waktu malam sebelum tidur kerana ia waktu yang paling baik untuk kolagen itu bertindak balasa dengan badan.


Collagen powder Shaklee ini mengandungi 7 bahan aktif semulajadi yang menjadikan ianya terbukti berkesan dan menjadikan ianya unggul.


Kolagen Shaklee terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

Faedah tambahan: menyokong KESIHATAN SENDI & MENGUATKAN TULANG. Membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.


Jangan ketinggalan tau. Memang rugi tak ambil peluang ini.

Link menarik:
>>> Jeragat pudar hanya dengan 7 sachet sahaja
>>> Testimoni Awet Muda
>>> Kebaikan collagen powder







Cabaran 30 Hari: #27: Mood Saya Hari Ini

Tuesday, September 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google



Gembiraaaaa! Kerana banyak perkara telah diselesaikan semalam. Tiap-tiap hari saya gembira sebab banyak perkara yang perlu saya syukuri dan nikmati. Jika ada yang mengganggu fikiran saya, saya tetap akan memilih gembira dan secara tak langsung, saya terus jadi positif. Seronok kan? Gembira setiap hari, okay?







Tips Melatih Diri Agar Sentiasa Positif

Tuesday, September 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Saya suka bila berada di sekeliling warga Jutawan Shaklee kerana mereka sangat memberi inspirasi kepada saya dan juga banyak membantu saya untuk sentiasa positif. Tetapi terdapat juga segelintir yang sukar untuk berfikiran positif. Bagaimana saya melatih diri untuk sentiasa positif? Antaranya ialah:


  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
  • Bergaul dengan orang-orang yang positif.
  • Elakkan sesiapa sahaja yang berfikiran negatif, yang sentiasa mengeluarkan status negatif terutama sekali di dalam FB (Unfollow mereka). Bukan bermaksud putuskan hubungan tetapi untuk melatih diri anda agar sentiasa positif.
  • Sentiasa bersyukur walau sedikit. (Jika yang sedikit itu pun anda sukar untuk bersyukur, bagaimana pula anda boleh mensyukuri nikmat yang sedikit)
  • Sentiasa melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif.



Jom cuba latih diri agar sentiasa positif kawan-kawan. :)







Cabaran 30 Hari: #26: Gajet Kepunyaan Anda

Tuesday, September 30, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Cabaran hari ke 26 ringkas sahaja. Kita layan gambar ye.

Ini lah gajet yang saya ada, digunakan sepenuhnya.










Cabaran 30 Hari: #25: Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Monday, September 29, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ini entri tertunda. Fuh! Bersawang cabaran 30 hari ni. Ampunnn. Ok, nak cerita hari ni seharian keluar rumah uruskan macam-macam hal. Antaranya tukar debit kad Maybank baru. Debit kad lama tamat tempoh semalam. 


Pasti anda tahu sekarang ni tengah kecoh berkaitan apps Maybank2u & Cimb tidak boleh digunakan kerana ada sindiket sedut duit melalui simkad bukan? Ish menyeramkan dan menakutkan. Walaupun duit dalam akaun saya takdelah banyak tapi kalau disedut duit tu, menggigil lah juga satu badan. Hehehe..


Dalam masa menunggu pegawai bank tu buatkan debit kad saya, sempat juga saya bertanya. Beliau menjawab memang sekarang sedang berlaku dan beliau menasihatkan supaya jangan gunakan telefon bimbit (smartphone) untuk buat sebarang transaksi. Kita ambil langkah berjaga-jaga ya. Nasib baik saya memang dah buang dah apss tu sejak tahu hal ini. Gunakan laptop atau terus ke ATM berdekatan sahaja.


Tiba-tiba terbaca pulak berkaitan ini 'Trojan' sasar ATM. Kesian pihak bank. Jika ia terus-terusan berlaku, pihak bank lah yang akan menanggung kerugian.




Tips Kelihatan Cantik Dengan GLA Complex

Sunday, September 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi tadi Adaa, kawan dari group September kelolaan mama Shaklee ku, kongsikan 1 tips untuk nampak cantik ketika kita pakai bedak. Tipsnya sangat mudah. Hanya dengan menggunakan 1 biji dan juga bedak.


Kebiasaannya, kita akan menggunakan foundation sebagai asas sebelum kita sapukan bedak ke wajah untuk memastikan bedak tahan lama dan nampak lebih berseri. Ada juga segelintir yang tidak suka menggunakan foundation kerana asasnya berminyak dan membuatkan si pemakai tidak selesa. Penyelesaian  kepada masalah ini ialah GLA Complex. Bagaimana?

Ambil 1 biji GLA Complex, cucuk dengan peniti dan sapu pada wajah. Kemudian, tekapkan bedak sedikit demi sedikit.
(1 biji GLA Complex, boleh disapu sehingga seluruh leher dan kedua-dua belah tangan dari siku ke bawah) 
Hasilnya, bedak tahan lama dan muka bebas minyak. 


Nampak menarik, kemudian saya terus buat. Betul, saya memang tak sangka bahawa GLA Complex ni boleh dijadikan asas bedak. Kulit saya rasa lembap sangat dan GLA ini tidak berbau ya. Jadi anda tak perlu risau. Ok, jom baca apa kata Adda:


Terima kasih Adda atas perkongsian yang berguna ini.







Kelebihan Chewable Vitamin C Plus Shaklee

Sunday, September 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Jika sebentar tadi saya ceritakan yang saya suka beri anak-anak saya makan chewable vitamin c plus dari shaklee kan. Pasti anda tertanya-tanya apa kelebihan vitamin ini sehingga saya berikan mereka vitamin ini ketika mereka demam atau tidak sihat?


Kelebihan Chewable vitamin c plus:
  • Rasanya yang lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Menarik minat kanak-kanak dan dosnya bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.
  • Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Bentuk chewable vitamin c plus shaklee mudah untuk dikunyah oleh kanak-kanak

Kanak-kanak hanya perlu mengambil 1 tablet sehari sahaja dan makan setiap hari. Tetapi anak-anak saya ni bila ambil 1, akan mula lah menambah 2, 3 tablet kerana rasanya yang sedap. Sehinggakan kami terpaksa sorok botol-botol vitamin Shaklee ni. Jika tidak, habislah sebotol tu sehari. 







Pentingnya Menjaga Tahap Kesihatan Anak-anak

Sunday, September 28, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee Malaysia

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat berhujung minggu semua. Hari cuti ni mesti ramai yang keluar berhibur bersama anak-anak kan. Bawa anak-anak beriadah sambil mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, ayah dan anak. Tapi pernah tak anda merasa bimbang bila anak-anak anda bermain dengan anak-anak keluarga lain? Bukan kita tak suka nak bagi mereka bergaul tetapi ditakuti anak-anak kita menyebabkan anak-anak orang lain berjangkit.


Bukan apa, sekarang ni sedang musim demam, batuk dan selsema. Kita yang dewasa ni pun mudah berjangkit dan menjangkiti orang lain, inikan mereka anak-anak kecil yang mempunyai tahap antibodi yang masih rendah. Jadi, persoalannya di sini, pentingkah menjaga tahap kesihatan anak-anak? Bagi saya, ianya sangat penting.


Bukan bermaksud perlu menjauhi atau melarang anak-anak kita bergaul sesama mereka tetapi kita yang perlu tingkatkan tahap kesihatan mereka melalui makanan tambahan dan sebagainya. Saya akui ramai ibu bapa yang fikir anak-anak kecil tidak perlu ambil apa-apa makanan tambahan kerana mereka ini masih belum tercemar lagi (belum terdedah pada dunia sekeliling). Saya juga mempunyai fikiran yang sama dengan anda semua.


Tetapi, pendirian saya mula berubah setelah saya melihat anak sekecil itu perlu ambil ubat yang mempunyai dos yang tinggi semata-mata untuk baik dari sakit. Ya, memang kita gembira kan bila anak yang sakit ini sihat setelah ambil ubat. Tetapi, hati kecil saya tetap berkata. Tak nak lah bagi makan ubat demam atau ubat batuk ni selalu. Kesian kat dia.


Kemudian, saya ambil Chewable Vitamin C Plus untuk anak-anak saya. Tak sangka, kalau mereka selsema ambil 2 biji sehari keesokannya kurang dah selsema dan demam pun tak lama. Sekarang ni, saya rasa dah lama sangat tak pergi ke klinik sebab anak-anak dah jarang demam. Ini adalah perkongsian ikhlas dari saya seorang ibu yang sangat mementingkan kesihatan anak-anak










Nama Domain Baru

Sunday, September 28, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, saya dah selamat tukar nama domain berbayar yang baru. Dari hanamarsom.blogspot.com kepada www.ibuhana.com. Sebenarnya nak guna nama penuh sendiri tapi sebab terlalu panjang dan mungkin akan menyusahkan anda semua nak mengingat, jadi ibuhana.com adalah pilihannya.


Saya menggunakan khidmat Bro Framestone atas cadangan dari mama niza. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pertukaran domain ini. Bro membantu saya memilih nama domain yang sesuai, mudah diingati dan sudah tentu yang akan memberi manfaat kepada kita dalam dunia blogging.


InsyaAllah akan terus rajin berblogging dan membina ukhuwah dalam alam maya ini. Doakan supaya kita semua dapat memberi manfaat kepada insan lain melalui penulisan kita. 






Rahsia Kurus Dalam Masa 3 Bulan

Thursday, September 25, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Soffiah

Assalamualaikum w.b.t,

Dilema ibu mengandung, ibu yang melahirkan adalah berat badan yang naik mendadak dan susah nak turun. Pernah rasa dilema yang macam ni tak? Saya dulu pun ada perasaan takut juga tapi saya ni jenis yang mudah naik dan juga mudah turun. Tetapi selepas saya tahu pola pemakanan saya yang membuatkan berat badan saya kekal sama macam zaman anak dara dulu, dah tak runsing lagi dah. Lagipun, saya ambil suplemen tambahan. (nanti saya cerita lagi.)


Telah menjadi kebiasaan berat badan naik semasa mengandung dan setelah melahirkan tapi turunnya hanya beberapa kilogram sahaja. Nak tahu tak apa rahsia untuk turunkan berat badan secara semulajadi? 


Shaklee telah membuktikan perubahan saiz badan dan juga wajah seseorang yang dahulunya digelar "makcik" tetapi sekarang bertukar menjadi "kakak". Biasa lah, badan naik sikit je terus orang panggil makcik kan?


Lihat wajah beliau. Sangat ketara.

----------------------------------

Masa bersalin hari tu saya ambil SET BASIC BERSALIN SHAKLEE. Pastu saya nak menjayakan Penyusuan susu ibu so saya add on Alfafa, ostematrix dengan ESP Soy Protein untuk "Milk Booster". Pastu bila kita menyusu badan ni memang kita akan jadi lalu makan sangat, saya jadi risau la pastu ada sahabat saya cadangkan ambik Lecithin dia boleh pecahkan lemak. Apa lagi saya istiqamah jerlah makan semua supplement tu..dan hasilnya alhamdulillah terbukti berkesan dan sesuai dengan badan saya. 

So pasni kalo sesapa ada masalah macam saya bolehlah cuba no Set BersalinSet Penyusuan dan Set Slimming Shaklee. InsyaAllah berkesan sebab saya dah rasai dan alaminya. Saya ni pesen kuat makan nasi, kalo suh diet tak boleh makan nasi dan kena berpantang macam2 sangat memang hampeh lah.Dalam pantang pun saya makan semuanya, yerlahkan lepas bersalin badan perlu recover balik kan supaya sihat.

----------------------------------

Kenapa ambil 3 item di atas boleh berubah muka beliau? Nak tahu tak, ESP ni adalah suplemen awet muda tau. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan dan banyak lagi. Haa, kalau cerita dalam satu entri, pening nak baca kan.





Cabaran 30 Hari: #24: Rumah Impian

Wednesday, September 24, 2014 5 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Sampai kita ke hari yang ke 24. Ini bermakna tinggal 6 hari sahaja lagi untuk tamatkan cabaran 30 hari Kelab Blogger Ben Ashaari. Nanti mesti rindu. Hehe.


Rumah impian setakat ni tak ada yang khusus tapi saya hanya nak rumah yang selesa dan kelilingnya boleh tanam bunga atau sayur-sayuran. Yang paling utama, nak duduk sendiri dengan suami dan anak-anak sahaja. Sekarang ni saya duduk dengan mak mertua. Kesian dia sendirian kat rumah. Ok je duduk dengan mak mertua ni tapi yang saya tak suka sebab ada oranglain selain mak mertua. Saya rasa tak bebas.

Gambar sekadar hiasan :) Terima kasih pak gugel :)

InsyaAllah satu hari nanti pasti impian saya ini tercapai! Amin ya rabbal alamin.  








Cabaran 30 Hari: #23: Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Tuesday, September 23, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Soalan mencabar untuk hari ni sebab pekerjaan yang saya sangat impikan sebenarnya dah pun tercapai iaitu suri rumah sepenuh masa tetapi BERGAJI. Haa saya pasti wanita yang sudah bergelar ibu impikan pekerjaan ini kan? 


Tips saya tulis impian anda ini hari-hari dan insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya. Dulu sebelum saya jadi suri rumah ni, hari-hari saya akan tulis signature di bawah setiap status saya dengan WAHM-to be Hana. Siapa sangka Allah makbulkan permintaan saya ini walau bukan dengan cara yang saya impikan. Tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik bukan?



Bila dah jadi WAHM ni memang seronok, ada masa saya keluar juga mencari angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan apa, ada juga yang berpendapat duduk rumah ni membosankan. Silap tu silap. Nak tahu bosan ke tak, mari lah kita sama-sama jadi suri rumah sepenuh masa sambil menjana pendapatan.


Lutut Tidak Boleh Bengkok!

Monday, September 22, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Masih lagi entri yang berkisarkan tentang pengalaman kemalangan saya setahun yang lepas. Kalau nak dikongsikan di dalam satu entri, mesti ramai tidak mahu baca kan. Berderet ayat. Jadi, saya bahagi-bahagikan mengikut point penting.


Saya berada di Hospital selama 20 hari iaitu dari 20.9.2013 sehingga 9.10.2013. 20 hari tu memang hari-hari yang sangat lama bagi saya. Dengan keadaan terbaring, masih menyusukan Muhammad Ammar Zakwan yang baru berusia 10 bulan pula. (Bab penyusuan ketika sakit ni akan saya kongsikan di entri yang lain ya).


Sehingga lah pada 9.10.2013, doktor dah tetapkan masa untuk berjumpa dengan ahli fisioterapi. Sebenarnya mereka lah yang datang ke katil saya. (Ingat, saya tidak boleh bergerak kan :)) Pertemuan itu untuk menentukan sama ada saya boleh pulang ke rumah atau tidak. Mereka nak lihat sama ada saya boleh turun dan naik katil dengan sendiri atau tidak boleh.

Keadaan di hospital bulan 9, 2013


Alhamdulillah, sesi fisioterapi itu berjaya. Saya dibenarkan pulang. Seronok tak terkata. Hampir mengalirkan airmata juga. Bohong kalau saya kata saya boleh turun dan naik ke katil sendiri 100 peratus. Masih memerlukan bantuan, tetapi ahli fisioterapi tu hanya ajar dan bantu mana yang perlu sahaja kerana mereka nak saya latih untuk kuatkan organ, tulang dan tenaga saya sendiri.


Rupa-rupanya, siapa sangka kaki yang tegak dan tidak bergerak selama 20 hari itu KEJUNG, TIDAK BOLEH BENGKOK! Mungkin dalam 5-10 peratus sahaja yang bengkok tu. Allahuakbar, terpaksa letak bantal di bawah kaki untuk sokong kaki saya. Tapi saya lebih seronok sebab lepas dapat turun sendiri dan duduk di kerusi roda tu, adik saya bawa saya keluar dari wad dan pusing-pusing hospital dan hirup udara segar.


Sungguh, sangat segar! Barulah saya perasan, betapa selama ini saya tidak menikmati dan mensyukuri nikmat udara yang Allah telah berikan kepada kita semua. Bersyukur ya kawan-kawan. Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan nikmat ini semua.


Bila dah tahu lutut tak boleh bengkok tu, saya terus buat tempahan online beli set sendi iaitu AJHT, Omega Guard dan juga Ostematrix. Siapa sangka selepas beberapa minggu, lutut saya sudah boleh mula bengkok sedikit demi sedikit dan pengambilan vitamin ini juga mampu mengurangkan rasa sakit di bahagian sendi. Saya juga lakukan fisioterapi sendiri selepas subuh, nak lembutkan sendi katanya. 


Kelebihan setiap vitamin di dalam set sendi:


1) ADVANCE JOINT HEALTH TABLET - mengekalkan tulang rawan yang sihat


~ menyokong keselesaan sendi

~ memelihara tisu-tisu penyambung yang sihat

~ meningkatkan kesan kusyen



2) OMEGA GUARD - mengurangkan inflamasi

~ omega 3 melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
~ bertindak sebagai pelincir. Membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
~ pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamin dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi.

3) OSTEMATRIX - mengekalkan sel tulang yang sihat

~ kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen
~ magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.


Alhamdulillah, dengan izin Allah lutut saya dah boleh bengkok dan otot serta sendi saya juga bertambah kuat selepas mengambil vitamin-vitamin di atas. Nantikan entri saya selepas pembedahan dan juga liku-liku penyusuan di hospital nanti ya.

Link menarik:


Cabaran 30 Hari: #22: Destinasi Percutian Impian

Monday, September 22, 2014 2 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Destinasi percutian impian ini sebenarnya banyak tapi saya kongsikan satu sahaja disebabkan destinasi percutian impian ini tergendala sejak tahun lepas. Kami suami isteri merancang untuk ke Terengganu dan Kelantan selama 1 minggu pada penghujung tahun lepas. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. 


Saya sudah pernah ke kedua-dua tempat ini ketika menyambung ijazah di UMT, Terengganu dahulu tetapi percutian impian ini untuk suami dan anak-anak. Kenapa lama sangat ya? Seminggu terus nak pergi sana macam nak duduk sana je kan. Sebenarnya kami nak bercuti santai tanpa kelam kabut. Kami nak buat sama dengan trip bercuti di Langkawi tahun 2011 yang lalu selama 6 hari (jika tidak silap). Trip bersama keluarga kakak ipar.


Percutian sangat santai kerana kami bawa mak dan juga anak-anak yang masih kecil. Jadi percutian itu macam duduk rumah. Pagi di tempat penginapan, petang berjalan-jalan pusing Langkawi kemudian makanan dibeli bungkus dan makan ramai-ramai di kondo tersebut. Agak-agak penat, balik kondo tidur. (hehe) Pemilik kondo telah menyediakan segala peralatan memasak tau. Seronok sebab kami (ibu-ibu) taklah penat melayan kerenah anak-anak kan.


Eh, nak cerita tentang destinasi percutian impian kan? Tempat yang ingin kami lawati ialah:

Pasar besar Kedai Payang atau lebih dikenali sebagai pasar payang di Terengganu


Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan

Yang paling utama untuk destinasi ini tentunya nak merasa pelbagai jenis makanan yang dijual serta yang tidak boleh didapati di tempat lain. Keasliannya hanya di kedua-dua tempat ini sahaja. Kebanyakan yang pernah melawat Terengganu dan Kelantan gelar ianya negeri SYURGA MAKANAN. 


Eh, tiba-tiba meleleh air liur. Dimana pula destinasi percutian impian anda?


Jangan Sempitkan Pemikiran JIKA Hendak Berjaya!

Sunday, September 21, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak saya ber'shaklee', sejak saya kenal mama Shaklee saya (kak cery) terlalu banyak perkara yang mengubah saya. Dari segi pemikiran, percakapan dan apa sahaja yang hendak dikongsikan mestilah yang mempunyai unsur-unsur positif. Di ajar supaya sering bersangka baik. Walaupun ada masa, terlupa tapi masih boleh diperbaiki.


Kita yang perlu mencorakkan diri kita. Jadi berhati-hati dalam berkata-kata, berhati-hati dalam memikirkan sesuatu. 


Sempitkan pemikiran umpama kita memandang rendah pada keupayaan diri kita sendiri. Apa yang dimaksudkan dengan sempitkan pemikiran ni? Kabur ye? Lihat contoh di bawah:

Macam mana nak buat entri? Takde idea lah.
Awak boleh lah, awak mahir bab-bab it ni. Buat blog semua senang je.
Saya ni fail lah bab-bab nak belajar ni. Asal nak belajar je, terus ngantuk.
blablablabla...

Pernah terkeluar ayat di atas dari mulut anda semua? Sempit sangat pemikiran kita kan? Kenapa tidak anda berusaha untuk fikirkan idea? Tak perlu banyak, RAJIN-RAJINKAN DIRI MEMBACA kemudian kongsilah apa yang anda baca. Masih perlukan idea juga ke? Allahuakbar, mudahnya kerja kita ni kan? Kongsikan sahaja apa yang kita baca tetapi olah sedikit guna ayat anda sendiri. Kalau masih tiada idea tu maknanya masih belum membaca lah tu. Setuju?



Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak idea yang kita dapat. JANGAN PERCAYA KATA-KATA SAYA, TAPI BUAT SAHAJA.


Pesanan: Contoh di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. :)


Cabaran 30 Hari | #21: Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Sunday, September 21, 2014 6 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Dari dua tahun lepas, kami suami isteri hanya terbayang nak pergi satu tempat ni sahaja. Rancang nak bawa anak-anak sekali, InsyaAllah Allah izinkan.

Seronoknya dapat pergi sini.

Kami dah tempah untuk pergi pada tahun 2016. Tapi kalau diizinkan Allah dengan rezeki Shaklee dalam masa terdekat, kami bersyukur sangat-sangat. Kenapa rancang lambat sangat? Pada 2016 tu nanti, anak no 2 ni dah 4 tahun, abangnya pula dah 6 tahun dan saya kira dah cukup besar dan faham untuk beribadah di sana nanti.


Tetapi tak salah tau nak bawa anak yang masih bayi. Boleh sahaja, tiada masalah. Kami pun belum pasti dalam masa terdekat ni, kami akan ada anak kecil lagi ke tidak kan? Jadi sambil-sambil merancang 2 tahun lagi tu, boleh lah sambil-sambil tambah duit dalam tabung. :)


InsyaAllah, doakan ya kawan-kawan.


Giveaway 2014 Mialiana.com

Saturday, September 20, 2014 9 Comments A+ a-



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

#1: Vitamin Untuk Mereka Yang Pernah Patah Kaki

Saturday, September 20, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Baru ada masa nak update entri. Tadi pergi kenduri kahwin kat kampung ni. Tak tolong rewang tapi rewang makan je. :) Nak dijadikan cerita, tadi ada seorang makcik ni tanya lah saya ni. Yelah kena pula dengan hari ini cukup setahun kemalangan kan (okay, masih berhutang satu entri). 


Okay berbalik pada soalan makcik tadi. Beliau tanya saya, apa yang saya ambil untuk kaki saya ni. Boleh dikatakan teruk juga kemalangan saya dulu, patah peha kanan dan dislocate serta retak pinggul kiri. Masuk besi khas sahaja untuk pinggul kiri tu ya. Ada 2 jenis untuk sebelah kiri tu. (Nanti saya kongsikan gambar x-ray tu ya).


Kemudian, saya bagitahu yang saya ni makan shaklee sejak tahun 2010 jadi saya hanya amalkan itu sahaja dan ada juga berurut kampung. Saya ambil ESP, Ostematrix, Vivix, Zinc, Vit C, Vitalea, B Complex, Omega Guard dan AJHT (ada lagi vitamin lain, kalau senaraikan macam nak kata makan semua je). Haa banyak. Terkejut makcik tu. Tapi yang memang khusus untuk tulang yang patah tu, boleh lah saya cadangkan anda yang patah kaki ni ambil ESP, Zinc dan Ostematrix untuk yang bajet rendah.


Kenapa saya cadangkan 3 vitamin ini? Mari saya terangkan kelebihan vitamin-vitamin tersebut ye.



ESP:

- Mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. - saya tiada luka luar tapi saya pasti kat dalam mesti banyak yang luka. Kita tak nampak kan. Parut jahitan pula, saya puas hati, tak teruk sangat cantik je. :)

- Merangsang pembentukan semula otot dan kulit: semasa kita kemalangan, otot kita banyak yang dah cedera tau, jadi ESP penting untuk pembentukan semula otot ni.

- Mengembalikan kepejalan otot.

- Memberi tenaga: Ini penting sebab saya dah terbaring tanpa boleh bergerak langsung, rasa-rasa ada tenaga ke tak? Tiada ya. Saya hanya mampu goyang-goyang badan ke kanan dan ke kiri itu pun kadang-kadang je. Jadi ESP membantu saya untuk kekal bertenaga walau berbaring lebih 24jam. Sebenarnya 480 jam tau. (Ini di hospital je, belum tambah lagi ketika di rumah.)



Zink:

- Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman: Boleh lihat testimoni bibir saya berjahit. Anda pastinya teruja. 



Ostematrix:

- Menguatkan tulang dan sistem saraf.

- Mengurangkan rasa kebas, kejang dan sakit sendi.

- Meringankan tekanan: Duduk di hospital selama 20 hari, mesti rasa tertekan kan? Jadi, ostematrix membantu saya untuk kekal tenang.


Kesannya pada saya, tulang saya cepat bersambung badan saya cergas dan Alhamdulillah Allah izinkan saya boleh bangun, berdiri dan mula berjalan dalam masa 2-3 bulan selepas kejadian. Doktor menganggarkan 6 bulan hingga setahun tau. Mereka pun terkejut! Kuasa Allah!


Kalau ada kenalan yang patah kaki atau retak, jangan lupa cari saya ya. Kita bercakap one-to-one berdasarkan pengalaman yang ada. (Maaf entri saya terpanjang pula.)




Cabaran 30 Hari | #20: Quote Kegemaran Anda

Saturday, September 20, 2014 4 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Cabaran hari ini berkait sedikit dengan kejadian setahun yang lepas iaitu 20.9.2013. Cukup setahun saya kemalangan untuk pertama kalinya. Macam-macam yang berlaku selepas itu dan benar apa yang telah dijanjikan Allah, besar hikmah setiap kejadian, setiap yang berlaku.




Jika dulu, sebelum kejadian itu saya hanya memandang sahaja quote ini. Saya hanya mengiyakan sahaja tetapi tak pernah ada perasaan yang bersungguh-sungguh mengatakan ianya betul. 


Percayalah kawan-kawan bahawa quote ini sangat tepat. Ujian Allah itu adalah tanda kasih dan sayang Allah pada hambaNya. Allah masih memberi peluang untuk kita sentiasa dekat padaNya. Allah hanya mahukan kita sentiasa ingat padaNya. 

Nantikan entri saya sempena setahun selepas kejadian. (hehehe)


Cabaran 30 Hari | #19: 1 Resepi Kegemaran Anda

Friday, September 19, 2014 1 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Hari ini lambat saya sahut cabaran hari ke 19, anak yang kedua ni demam pula. Meragam dan nakkan perhatian yang sangat lebih dari biasa. Sebut pasal resepi ni lama juga fikir sebab saya ni tak berapa pandai memasak lauk-pauk ni. Kuih-kuih atau kek ada juga lah yang pandai dan lebih suka buat kek.


Saya paling suka buat kek batik. Resepi memang sangat ringkas dan mudah. Saya pasti semua orang tahu macam mana nak buat kek batik ni kan. Kenapa saya suka resepi ini? Jeng..jeng..jeng..abah saya paling suka kek batik yang saya buat.


Walau adik atau kakak saya guna resepi yang sama, tetap juga kek batik saya yang paling sedap! :) Tiap-tiap tahun mesti abah akan suruh saya buat kek batik untuk beliau makan di pagi hari raya atau bila-bila sahaja. Abah sendiri yang akan beli bahan-bahannya. Kek batik saya ni keras (maksudnya keras macam biskut tu).


Saya pernah makan kek batik yang lembik, lemau biskutnya. Tekak ni tak boleh terima. Lain orang, lain seleranya kan? Nak tahu resepi saya?


Bahan-bahan:

250gm milo
1 cawan marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 paket biskut marie asli (dipatah dua)

Cara-cara:
- Masak marjerin dan susu pekat sehingga sebati menggunakan api sederhana. Setelah sebati, masukkan milo dan sebatikan, kemudian masukkan biskut.

- Setelah biskut disalut milo letak di dalam loyang. tekan sehingga mampat dan sejukkan. Setelah sejuk, boleh lah dipotong.


Pesanan: masa nak potong ni memang agak susah sebab keras (rangup) tetapi bila makan, memang nak lagi dan lagi dan lagi. :) Selamat mencuba!


Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang!

Friday, September 19, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Malam semalam saya menerima mesej dari anak Shaklee saya yang berbunyi;

Haritu orang sakit pinggang, rasanya kurang minum air kot. Ni dah 3 hari tak ambil suplemen ok sikit..kire buah pinggang orang dah problem ke ape?

Hmm rasa-rasa kalau anda dapat soalan ini, apa anda akan jawab? Saya senyum sahaja permulaan tu. Bukan apa, soalan bagus ni sebenarnya untuk uji tahap mana yang saya faham dan tahu tentang sesuatu penyakit. Ye, kami ahli Shaklee bukanlah doktor atau sesiapa pun yang berada di bidang kesihatan ini tetapi ada juga segelintir doktor sebenar yang betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee ni tau.


Jadi, kami wajib belajar tentang sesuatu masalah. Berbalik kepada soalan tadi, saya terangkan kepada beliau beberapa penerangan untuk pemahaman beliau. Alhamdulillah, beliau faham dan beliau tidak ada simptom-simptom kerosakan buah pinggang. 


Teringat pula saya pada abah saya. Beliau mempunyai masalah buah pinggang kecut dan beliau amalkan pengambilan vivix, Alhamdulillah ujian darah dan pemeriksaan wajib di hospital berjalan dengan lancar dan jayanya. Rujuk link SINI.


Untuk pengetahuan semua, penyakit buah pinggang ini bukanlah penyakit yang datang secara tiba-tiba atau disebabkan oleh tersalah ambil suplemen atau sebagainya. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Masalah buah pinggang ini mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukan kesan kepada kesihatan.


Mari kita lihat apa sebenarnya tanda-tanda awal penyakit buah pinggang:
  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  • Darah keluar bersama-sama air kencing.
  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  • Bengkak pada pergelangan kaki.
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Alhamdulillah, anak shaklee saya tu tidak mempunyai tanda-tanda seperti di atas. Cuba anda semak diri anda, jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas ini bermaksud anda mempunyai masalah kerosakan buah pinggang. Boleh terus dapatkan pemeriksaan di hospital-hospital berdekatan.


Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!


Ujian pemeriksaan pengesanan kerosakan buah pinggang sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja. Selain itu, pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal sangat berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.


Untuk mengelak berlakunya kegagalan buah pinggang, marilah kita bersama-sama menjalani pemeriksaan kesihatan 6 bulan atau setahun sekali. Jom jaga kesihatan diri!

Credit info



Kek Coklat Moist Kukus Mudah

Thursday, September 18, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni pagi-pagi Muhammad dah suruh buat kek coklat. Sebenarnya semalam lagi dah minta, saya pun dah keluarkan semua bahan tiba-tiba telur habis. Tak jadi nak buat, tunggu abah Muhammad belikan telur (kes malas nak pergi kedai).


Lepas masak lauk tengahari tadi, buat juga lah kek coklat kegemaran Muhammad ni. Nak resepi tak? Mudah tau, saya memang selalu juga lah buat kek ni. Sejak sekolah menengah lagi, resepi dari mak mertua kakak. Jom tengok resepi, tak payah guna mixer. Kacau guna senduk je.


Bahan kering:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
Sedikit garam

Bahan basah:
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Tiada di dalam gambar: minyak masak, susu cair, air panas dan gula halus :)


Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan kering.

Ini pembantu yang ambil kesempatan, sambil tolong gaul sambil makan gula halus kat dalam bekas kisar tu.


Kemudian masukkan pula bahan basah. Tetapi perlu diingat, AIR PANAS wajib dimasukkan yang terakhir sekali ya.

Haa, macam ni lah jadinya.

Tugas yang terakhir, kukus selama 1 jam. 

Penutup kukus perlu balut dengan kain untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam kek. Ni mak yang ajar, selalu tak tutup sudahnya kek tak berapa cantik bahagian atas sebab ada air. Ingatnya, BALUT. :)

Dah siap kukus. Saya buat kat dalam bekas tupperware sebab pengukus mak kecil tak berapa muat loyang. Lagipun senang nak simpan nanti. (pemalas, jangan ikut)

Eh, macam ni sahaja ke? Nak makan macam ni je pun boleh, nak lebih umphh letak lah topping.

Bahan-bahan topping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang awak suka)
1/2 cawan minyak masak.

- Gaul sambil masak di api kecil ye. Elakkan hangit jadi pahit. :)

Ok, siap!

Gambar kek yang dah potong tak ada sebab empunya kek ni makan dengan lajunya.. Tak sempat nak ambil gambar.

Selamat mencuba! Sedapppp.


Cabaran 30 Hari | #18: Siri TV kegemaran

Thursday, September 18, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Cabaran hari ke 18 ni mencabar sungguh. Bukan apa, saya ni jarang tengok tv jadi saya tak tahu siri tv kegemaran atau mungkin tak ada yang digemarkan. Masa kerja dulu kami suami isteri memang jarang menonton tv. Kebanyakan masa di rumah tu adalah masa untuk anak-anak, untuk suami/isteri. 


Anak pun jadi tak berapa nak menonton tv melainkan ketika mereka berada di rumah mak (pengasuh). Bila dah tak bekerja ni, ingatkan ada juga lah masa saya menonton tv kan. Rupanya tak ada jugak. Yelah, saya perlu korbankan masa saya untuk berjaya. Bak kata mentor saya, korbankan perkara-perkara yang anda suka lakukan. Tak lama, sekejap je.


Untuk tidak menghampakan cabaran hari ini, saya akan kongsikan dengan anda semua siri tv kegemaran saya ketika saya masih lagi bersekolah.



Siapa yang sezaman dengan saya mesti pernah tonton cerita ni kan. Dulu memang suka tengok cerita ni. Sekarang dah tak ingat dah jalan ceritanya macam mana. hehe. 

Ok, nak terjah blog kawan-kawan pula. 



Cabaran 30 Hari | #17: 5 Perkara Yang Saya Rindukan

Wednesday, September 17, 2014 0 Comments A+ a-

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,



5 Perkara yang saya rindukan:

1) Memandu kereta di jalan besar menuju ke mana-mana dengan sendiri. Ok, baru perasan lesen memandu dah tamat lebih sebulan. Oh bila nak renew ni.

2) Berborak dengan rakan sekerja. Rindu rakan-rakan semasa mengajar di KUIM, Cosmopoint dulu. Tak lupa juga kawan-kawan di Muarlite, Ramunia. Uish rindu semua kawan bekerja lah.

3) JND 370

4) Rindu bau bayi comel, bau syurga tu. Oh nikmatnya! Bau ni memang bau yang paling wangi. Nasib baik anak no 2 ni masih bau bayi walau dah nak masuk 2 tahun bulan 11 ini. Maklumlah, masih menyusu badan kan, jadi baunya tu sedapppp sangat.

5)  Rindu masa mula-mula kawin. Walau duduk berjauhan selama 2 bulan tapi seronok sangat masa tu. 


Hee, cukuplah setakat 5 ni. Makin di ingat nanti makin rindu pula. :)


Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan