6 Tips Bekerja Ketika Hamil
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Kehamilan pastinya sesuatu yang mengujakan buat para wanita. Namun harus diingat, bekerja ketika hamil memerlukan tenaga serta kekuatan yang besar. Baik dari segi mental mahupun fizikal. Jadi, bagaimana agaknya untuk sukses dalam kerjaya dan pada masa yang masih mampu menjaga kandungan? Tip di bawah mungkin boleh membantu:-
-----------------------------------
- Maklumkan pada majikan - saat anda disahkan hamil, beritahu majikan tentang kehamilan dan mohon waktu kerja yang lebih fleksibel, cuti bersalin serta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rutin.
Ibu hamil
- Kenal pasti kesesuaian pekerjaan - kenal pasti situasi kerja anda dan sesuaikan dengan kajamilan. Jika kaerja anda berisiko serta boleh mengundang bahaya kepada kandungan, cuba mohon untuk ditukarkan kepada jabatan lain ataupun mohon ditempatkan di kawasan yang lebih selamat.
- Berhadapan dengan simptoom awal kehamilan - trimester pertama mungkin agak mencabar memandangkan anda akan berhadapan dengan masalah seperti loya, pening, muntah-muntah dan lain-lain. Cuba hilangkan masalah tersebut dengan pengambilan snek atau makanan-makanan ringan yang boleh membantu meringankan masalah tersebut.
- Sesuaikan suasana kerja - keselesaan di tempat kerja bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, tambahan pula buat anda yang sedang hamil. Tubuh akan mudah merasa letih serta sakit dibahagian sendi dan otot. Oleh itu, pastikan postur tubuh sentiasa berada pada keadaan yang selesa. Ruang kerja juga seharusnya sesuai untuk anda yang hamil agar mudah untuk anda bergerak.
- Usah amalkan diet ketat - mengandung bukan masa untuk kurus. Dalam tempoh kehamilan, anda seharusnya mengambil lebih nutrien agar tubuh sentiasa cergas. Juga pastikan anda sentiasa menyediakan snek di meja anda.
- Air yang mencukupi - ia sangat membantu dalam memastikan kehamilan yang sihat. Oleh itu, selain snek, pastikan anda sentiasa mempunyai sebotol air di meja.
-----------------------------------
Walau bagaimanapun, ibu hamil perlu memahami situasi bekerja dan menyesuaikan diri dengan tempat kerja. Selain dari itu, ibu hamil juga perlu membuat persediaan diri dari segi mental dan juga fizikal untuk melalui tempoh kehamilan dengan lebih mudah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana