Rahsia Awet Muda dengan Air Putih
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Sarah Smith
Assalamualaikum w.b.t,
Sarah Smith seorang yang mempunyai masalah penghadaman dan menderita sakit kepala telah membuat eksperimen tiga liter air sehari atas saranan pakar neurologi tentang masalah beliau. Beliau membuat eksperimen selama sebulan. Eksperimen ini dilakukan untuk mengatasi masalah kesihatan beliau, tetapi beliau dapat kesan yang lebih dari itu. Lihat gambar dibawah.
Anda pasti teruja! |
Jom ketahui bagaimana beliau melakukannya dan proses sepanjang tempoh sebulan itu.
Minggu Pertama
Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3 liter sehari adalah membahagi-bahagikan air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada normal (3 kali sehari) kepada 5-6 kali sehari.
Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.
Minggu Kedua
Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutana di bawah mata perlahan-lahan akan hilang. Bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum anda amalkan minum air kosong ini.
Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda mempunyai masalah kerana akan tetap membuan air kecil dengan kerap. (Sila bertabah dan bertahan untuk kesihatan anda jangka panjang)
Minggu Ketiga
Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang dan kulit kelihatan lebih anjal, berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya.
Selain itu juga, minum air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus dalam pekerjaan kita. Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan perhatian serta prestasi kognitif kita.
Minggu Keempat
Anda akan dapat melihat perubahan ketara berbanding minggu pertama. (Anda perlu mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan proses perubahan kulit wajah anda.
Link menarik:
1 comments:
Write commentsSalam singgah... Perkongsian yang baik
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana